Followers

December 21, 2010

LAYAN LAYAN

Assalammualaikum

Ceh cehh.. Apa yang nak di layan pun tak tahu lah. 
Sekarang sila translate kan "ask heart' in malay - Tanya Hati. 
Tapi nak tulis Tanya Sama Hati sebenarnya. Ini lagu by The Ramlees. 
I love this song!!!
Lagu ini selalu berkumandang di corong radio if anda semua dengar radio lah kan. Lagu ini tribute to P.Ramlee and bukan lagu ini sahaja yang berkumandang di radio, banyak lagu lagi tapi di mainkan semula oleh kumpulan artis yang lain. Lagu ini selalu dinyanyikan oleh si dia. Jiwa seorang yang klasik memang lah begitu. Hehehe. Asal lagu ini berkumandang je, mula la beliau nyanyi tak henti-henti. Dari memandu dengan perlahan, tetiba jadi laju dan sekelip mata sudah sampai destinasi. Ngeheee ~ Pada mulanya, rasa macam lagu lama lagi sedap untuk didengar. Tapi bila lama-lama dengar lagu ini, jadi macam terlayan plak. *ahakss* 

Cuti semester dah nak berakhir. Saat-saat menghitung hari untuk dimulakan dengan langkah baru, tahun baru, kehidupan baru pada tahun baru yang bakal menjelma tidak lama lagi. TAHUN 2011. Ouh, sekejap sangat dah masuk tahun 2011. Lagi 9 tahun je akan mencecah tahun 2020. Saya pun tidak pasti bagaimana keadaan pada tahun 2020 itu nanti. Sudah berkahwin kah saya? Sudah ada anak kah saya ketika itu? Hmmm... atau, saya sudah tiada di bumi ini lagi? Hidup kena survive. Belajar berdikari. If tengok tahun-tahun yang akan datang, zaman akan terus berubah. Bertambah maju. Kalau diikutkan, saya ni belum maju lagi. Masih di bawah tempurung kelapa lagi. Heee ~ Tapi, alhamdulillah saya tidak buta IT. Kira tahu jugaklah mana nak click close, mana nak minimize. Hek eleh, itu adik korang yang kecik pun tahu kan kan. Yelah, itu pasal la saya cakap saya celik IT. HAHA.. So, macam biasa semua pun akan menanamkan azam baru sempena tahun baru yang bakal menjelma, tinggal lagi 10 hari lagi je dari sekarang. Lets countdown the days =)) Nak tahu azam baru saya? Sempena tahun 2011 ni, rasa nak melangkah ke tahun baru tu macam lain sikit. Mungkin sebab nombor pangkal hujung dah berubah menjadi kategori 'belas-belas'. Ouh, maksud saya di sini macam kita belajar matematik, bermula dari sa, belas, puluh, ratus and so on.. Itu yang saya maksudkan. Kita melangkah ke tahun baru. Ke angka 'belas' yang pertama. Dan bila masuk je tahun 2011, umur saya akan melangkau ke - 24 tahun. Ouh, cepat nya masa berlalu. Ikutkan, memang masih menikmati usia 23 tahun tapi saya ini suka mengira ikut tahun. Kalau lahir tahun 1987, so bila tahun 2011 semua orang yang lahir pada tahun sama dengan saya secara sendirinya akan saya kira sudah 24 tahun walaupun tarikh dilahirkan lambat lagi. Macam tak percaya je dah 24 tahun. HAHAHA. Weh, sumpah rasa macam dah kakak-kakak okeyyy. Dah tak boleh gelak-gelak gedik. Gedikkk ke??? Dah tak boleh menjerit-jerit depan public. Paling tidak pun sudah harus belajar kedewasaan dan perlahan-lahan meninggalkan zaman keremajaan. Masih remaja lagi... Tapi, 24 tahun tu  patut dah boleh timang anak sorang. Dah dengar anak panggil diri kita Mama/Mami/Ibu pun. HEHEHE.. Logik tak kalau saya cakap, if kita kahwin ketika usia 22 - 23 tahun, then the next year kita dapat anak. Dalam masa 20 tahun akan datang, kita dah ada sorang anak teruna/dara. Waktu usia kita 24 tahun, kita dah lahirkan anak. Then, waktu 20 tahun akan datang kita dah berusia 44 tahun. Dalam lingkungan 45-50 tahun, kita dah leh dapat CUCU. Hehe.. Mak dan ayah saya kahwin lambat :))


Orang kat status, 22 tahun semua dah status MARRIED. I bila nak tukar status pulak? hukhuk. Haishhh ISMA, hang jangan duk gatai sangat nak kahwin. Belum sampai seru lagi :) Yelah, bukan apa. I realized that my parents is not getting younger. My time with them are very PRECIOUS and I always wish that I could be with them 24/7 :( They gave me a lot of support and of course so much love.. The more I grew older, the closer we are since im wiser now. I love them very much, so that I want to be the best for them. Memang mak dan ayah tak pernah tanya pasal kahwin, sebab saya masih menuntut lagi. Tapi, mak ada sikit-sikit pasang angan :D Nak pelamin macam ini lah, nak wat hantaran macam ini lah. Agaknya dah tak sabar kot nak dapat menantu. NGEEEE ~ Sabar ye mak, ada jodoh ada lah mak. Doa restu mak dan ayah yang ku pinta agar selalu mendoakan yang terbaik buat anakandamu ini. Uikss... dari nak cakap pasal azam, dah merepek cakap pasal nak kahwin. Suka lari topik laaaa ~ 

Apa-apapun, nanti lain kali aja saya update pasal azam baru. Ada baca berita tentang budak perempuan berusia 17 tahun yang kena tikam 19 kali di perut dan di simbah asid oleh lelaki berusia 42 tahun (ada tulis 44 tahun) gara-gara cinta lelaki ini tidak dibalas. Lebih kepada dia mencemburui perempuan ini sebab mesra dengan lelaki lain. Tapi, terbongkar pula doktor mengesahkan anak dalam kandungan yang baru 5 bulan mati akibat kesan tikaman di perut. Apa yang terbongkar? Terbongkar yang dimaksudkan di sini ialah keluarga budak perempuan ini tidak tahu menahu tentang kehamilan anak perempuan mereka sebab di rumah, budak perempuan ini tak nampak tanda-tanda hamil. Mungkin juga perempuan ini cuba merahsiakan hasil hubungan terlarang ini dari keluarga sendiri. Kesian kan. Bukan apa, kesian la bila di tikam 19 kali dan di simbah asid. Tapi, terbongkar sendiri yang ada kandungan dalam perut walhal baru berusia 17 tahun dan belum kahwin lagi. SPM lagi kan. Dan dan dan, mak masih gagah untuk menerima anaknya. Pengorbanan seorang ibu memang tiada nilainya. Dalam berita ini mengatakan lelaki berusia ini cemburu melihat perempuan ini keluar bersama lelaki lain sedangkan dengan lelaki berusia ini pun budak perempuan ini melayan jugak. Hmmm... cuba fikir? Saya kasihan dengan budak perempuan ini. Tapi, mungkin ada hikmahnya. Budak perempuan ini masih di rawat di ICU. Mungkin ada hikmahnya pada budak perempuan ini. Saya rasa anda semua dapat fikir budak perempuan ini jenis yang macammana semasa dia sihat sempurna. Kalau dia tidak melayan cinta lelaki itu, barangkali mungkin silap terang-terang pada lelaki itu. Itu lah nama nya CINTA GILA.Tapi, bila meminta-minta pada lelaki untuk membeli kan itu ini, dan melayannya, tapi masih melayan lelaki yang lain, kemungkinan besar padahnya. Kalau dapat lelaki yang tidak GILA, mungkin dia tidak akan mengapa-apakan kita. Itulah sukarnya bila hati menyimpan dendam. Ternyata kita akan lebih terpesong jauh dan melakukan sesuatu di luar kawalan. Tapi tapi tapi, jangan ingat dari luar nampak normal nampak waras. Tapi, bila hati di kuasai syaitan, takde siapa pun yang boleh membantu kecuali Allah Taala. Saya fikirkan macammana lah perempuan itu nak tempuh masa depan dia dengan keadaan yang begitu? Semoga Allah memberi kekuatan pada beliau. Amiin.

End. 


Assalammualaikum

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)