Followers

February 3, 2011

Seketika Berfikir Tentang Itu...

Assalammualaikum.

Jom kita fikir sejenak. Mungkin ini juga adalah kesilapan yang saya sedang lakukan. Tapi, tujuan saya hanyalah semata-mata ingin memperingatkan pada diri saya dan juga kepada teman-teman di luar sana. Okeyyy. Actually, saya ingin bercakap tentang isu wanita berfesyen dan bertudung. Saya ini bukanlah orang yang layak untuk bicara tentang isu begini, sebabnya saya bukanlah kategori orang yang alim dan bukan orang yang baik sangat. Masih banyak yang perlu diperbaiki diri saya ini. Tapi, saya sedang berHIJRAH. Berhijrah ke mana? Biarlah saya sahaja yang tahu akan niat saya itu.

Seperti yang kita ketahui, bila seseorang wanita itu menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Ketahui lah anda bahawa harga diri seorang wanita tiada nilainya kerana terlalu mahal untuk dibeli. Syariat Islam juga telah menetapkan supaya seseorang wanita itu perlu berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia, ia ibarat intan dan berlian. Sebab apa? Sebabnya intan dan berlian ini dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Dan macamtu jugak lah diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Walaupun begitu, mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat dengan ikut panduan syarak yang telah ditetapkan oleh Islam.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita... alhamdulillah, sekarang ini kita boleh lihat ramai wanita yang telah menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Kita boleh lihat sana sini wanita telah mula memperkenakan tudung di atas kepala. Walaupun pelbagai gaya tudung dipakai, tapi pemakaiannya masih tidak cukup sempurna. Sebabnya... masih lagi menampakkan bentuk leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung tetapi pada masa yang sama memakai kain terbelah bawah, berseluar ketat dan sebagainya... 

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, paling bergaya, ada 'standard' dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. 

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. 

Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? 

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang

Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki

Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas

Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. 

Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan. 

Huhuhu.... setepek setepek kena batang hidung saya ;( Sungguh sahabatku diluar sana. Memang agak sukar bila kita cuba untuk berubah kerana syaitan itu akan make sure yang kita akan GAGAL ke jalan yang menuju ke ALLAH tapi sangat mengalu-alukan kita ke jalan yang gelap tu. Yelah, ada kawan lah nanti si Syaitan tu duk gelap sama-sama dengan kita. Sob Sob..


Akhir kata dari ku..... Semua manusia tidak sempurna.Tapi kita masih berkesempatan untuk berubah untuk menjadi lebih sempurna bermula darihari ini... insyaAllah =)



Kulit oh Kulit

Assalammualaikum.

Saja ingin berbicara tentang masalah wajah. Gilo ke apo si Isma ni tengah pagi buto ni duk post entry pasal nak rawat-rawat wajah pulak kan? hehehe... Penat aku menghadap FYP research, sampai dah nak termuntah dah. Ececeyyy, macam banyak pulak la kan aku study? Baru start hari ni kowt. Adoyaiii ~ Hmmm, tinggal lagi 4 hari lagi aku nak balik Arau. At least, kena lah start buat jugak kan even hati berat nak menghadap ke semua journal-journal ni. Rasakan kau bahang jadi student final year. Banyak benda yang kau kena korbankan. Sob2x ;(

Ha.. back to my entry.Hmmm... korang ada masalah tak pada kulit wajah? Masalah macamana nak mengecilkan liang roma? Masalah jerawat? Ouh, aku mengalaminya. Tapi, alhamdullillah, sekarang jerawat dah tiada. Nak kata langsung tak ada tu tipulah kan. Kadang-kadang naik jugak lah tapi boleh di jangka waktu nak keluar jerawat tuh. Contohnya, bila stress sangat dan bila hormon tak stabil. Sekarang, masalah yang ingin dikurangkan ialah untuk mengecilkan liang roma di wajah. Iyelah, perempuan mana yang tak mahu cantik kan? For me, bukan lah nak cantik semata-mata. Tapi nak mendapatkan kulit yang bersih dan sihat. Sebab pada aku, bila dah mengalami masalah jerawat macam ni, proses untuk sembuhkan kulit memakan waktu yang panjang. Tapi masih bersyukur sebab tak mengalami jerawat yang serius macam jerawat batu. Haishhh, mengalami masalah jerawat tak batu pun hati manyak runsing wooo ~

Sebab terlalu rajin hari ini, aku saja membaca petua-petua kecantikan yang lebih spesifik pada penjagaan wajah. So far, penjagaan wajah memang paling utama perlu dititikberatkan :) Bukan nak kata selama ini aku tak titikberatkan, cuma biasa-biasa aja. Dah banyak sangat produk cuba tapi hasilnya takdelah seperti yang di canang-canangkan. Semuanya hampeh.. 

Tapi,sekarang alhamdulillah. Since aku guna TIA AMELIA. Ceyy, nak highlight besaw-besaw bagi kome nampak. (Aii, keluar loghat perak plak!) dan setiap malam pakai Simple Light Moisturizer. Agak berkesan dan aku dah promot pada kawan serumet dan bila dia pakai produk ni, dia pun nampak perubahan pada kulit wajah dia. Okeyyy, boleh tersenyum setelah menggunakannya. InsyaAllah.







Ha... actually aku try dengan set promotion. Harga waktu tu kalau tak silap RM23.90. Boleh didapati di Watson atau Guardian. Kalau beli set promotion, ada pencuci, penyegar dan pelembap. Saving cket duit korang kalau beli set promotion ni. Yelah, mestilah nak kena cuba dulu. Kalau dua tiga minggu ada perubahan, baru beli yang botol besar. Pencuci muka dia aku tak pakai dan ganti dengan Tia Amelia. Sebab bila cuci muka dengan Tia, after basuh muka tu rasa bersih sangat dan kulit muka akan tegang. Sesetengah orang kata dia tak sesuai pakai Tia sebab nanti kulit diorang akan tegang sangat dan rasa sakit pada kulit wajah. So, bagi sesiapa ada masalah kulit wajah atau sekarang ini sedang runsing nak cuba produk apa, boleh lah try produk Simple ni. Tak mahal pun, korang mesti mampu beli. Only RM23.90 ;)


Kalau tak, cuba lah benda yang paling menjimatkan dengan menepek bedak sejuk. Hehehe... bedak sejuk ni salah satu cara nak mengurangkan jerawat jugak. Selain tu, hasilnya kulit korang akan lebih cerah dan halus. Tapi bedak sejuk ni orang kata kena pakai berterusan. Perubahan yang korang inginkan tu tak akan nampak dalam seminggu dua. Mungkin berbulan-bulan dan mungkin juga memakan masa bertahun-tahun. Patutlah tak ada perubahan pada wajah aku sebab aku pakai seminggu dua pastu stop panjang. Ikut mood pulak tuh bila rajin nak pakai, aku pakai. Bila malas, langsung tak usik bekas bedak sejuk tu. Bukan apa, dulu masa duk hostel... toilet jauh sangat nak cuci muka. Sekarang dah duk rumah sewa, bukan alasan toilet, tapi habuk-habuk bedak sejuk bila dah kering tu nanti melekat kat sarung bantal. huhu... Tu yang terasa leceh bila pakai bedak sejuk.


Okeyyy, bedak sejuk ini yang dimaksudkan. Mungkin ada jenis yang lain, tapi if tanya aku bedak sejuk mana yang aku tahu.. yang bekas macamni la bentuk yang aku rasa paling familiar. Actually, banyak petua yang boleh diamalkan. Rajin dengan tak rajin nak buat je masalah nya. Ada orang kata nak mengecilkan liang roma kita boleh letakkan ais pada wajah sebelum pakai make-up. Haa... rasanya petua ni ada betulnya sebabnya mak andam akan buat macamni pada pengantin. Al-maklumlah, pengantin mestilah kena maintain make-up sampai berjam-jam kan. Boleh try di rumah. Ambil ketulan ais yang kecil-kecil dan balut dengan apa-apa kain tuala dan tekap la pada muka anda. 


Cara lain yang ingin dikongsi?? Hmmm... boleh jugak pakai madu. Tapi, nak beli madu yang original tu mahal jugak kan? Kalau tak silap la.. Sesiapa yang ingin mencuba dan ada hasilnya, boleh berkongsi :) Ini dah kira macam bukan mengecilkan liang roma, tapi dah masuk petua menghilangkan parut jerawat. Petua lain yang aku rasa berkesan ialah dengan menggunakan kulit kayu manis. Kulit kayu manis ni kena tumbuk sampai jadi serbuk dan kemudian letak sedikit air. Pastu, tepek kat yang ada parut jerawat tu. Kalau boleh, gunakan sekerap yang mungkin. Tapi tapi tapi, pedih sikit lah bila pakai tu. Bagi sesiapa yang tak tahan, sila jangan cuba ok! Ha, bagi sesiapa yang tak tahu rupe bentuk kulit kayu manis ni, macamni lah bentuknya..


Bersungguh jugak kan aku menaip entry kali ni. Huhu ~ Eksaited plak sebab nak berkongsi petua la katakan. Ngeh ngehh.. Pasni, leh wat tentang penggunaan foundation. Aku ni tak berapa nak suka make-up sangat. Tapi at least after pakai toner, memang tepek foundation. Sebabnya tak naklah bagi nampak muka tak mandi sangat kan. Eh eh, mandi setiap pagi okeyyy tapi tak nak lah nampak muka tak mandi sangat tuhhh :P dan semestinya sebab nak menyamarkan noda di wajah.. itulah tujuan utama nya. Tapi, memang foundation diciptakan untuk menyamarkan noda di wajah bukan? 

Tangan dah penat menaip. Next, will be continue. tatatititutu



February 2, 2011

Mari Bersangka Baik Sesama Manusia

Assalammualaikum.

Haaa... mesti pelik bukan sampai dua kali aku meng'update' blog. well.. well.. well.. Mengisi masa lapang walaupun hakikatnya takde lah lapang mana pun. 

Tadi terbaca artikel ini. Saja ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita sentiasa bersangka baik sesama manusia. (~ Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ~)


Kenapa ye kita perlu bersangka baik sesama insan? Sebabnya, ini lah cara kita menunjukkan diri kita seorang yang sentiasa berfikiran positif. Yang penting sekali, dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan hasad dengki mahupun dendam dengan orang lain :) dan hasilnya, hati kita akan bahagia. 





Sekiranya anda bertemu dengan seseorang, anda harus yakin bahawa dia lebih baik dari anda. Bicaralah dalam hati anda, "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari ku."

Sekiranya anda bertemu anak kecil atau baby, maka bicaralah dalam hati anda bahawa "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku...."

Sekiranya anda bertemu dengan orang yang lebih tua, maka ucapkanlah dalam hati anda bahawa " Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dari ku..."

Sekiranya anda bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka bicaralah dalam hati anda.. " Orang ini memperolehi kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dari ku......"

Sekiranya anda  bertemy dengan seseorang yang kurang berilmu @ tidak pandai, maka berkatalah dalam hati anda.. " Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu, sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik dari ku... "

Dan sekiranya anda bertemu dengan orang kafir @ orang bukan Islam, maka katakanlah dalam hati anda "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia mendapat hidayah dari Allah lalu memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usiaku diriku kufur dan berbuat kejahatan. Tentu dia lebih dari ku..."






SURAH AL-KAUTSAR

Assalammualaikum.

Hari ini saya nak share tentang satu Surah yang amat pendek untuk dibaca dan yang penting sekali amat mudah untuk dihafal, iaitu Surah Al-Kautsar. Mari kita sama-sama baca surah ini...




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM




Mari kita kenali dulu asal-usul Surah Al-Kautsar. Di mana surah ini adalah surah yang paling pendek, hanya mengandungi tiga ayat dan diturunkan di Mekah.

Korang tahu tak apa maksud disebalik surah ini?

Hmmm... Ini yang ingin dikongsi bersama dengan anda. Surah ini bermaksud sungai di syurga, dimana sungai ini tercipta dari batu permata nan indah dan cantik =)

Rasanya lebih manis dari MADU


Warnanya lebih putih dari SUSU

&

Lebih wangi dari KASTURI

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana surah ini diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya, Nabi Ibrahim a.s dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Macam-macam khasiat yang terkandung dalam surah ini dan boleh kita amalkan :)

----------------------------------

# Baca lah surah ini ketika hujan dan berdoa apa yang dihajati, mudah-mudahan Allah Taala akan makbulkan doa-doa anda.

# Jika kita dalam keadaan kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilanglah dahaga.

# Jika anda sering sakit mata seperti mata kerap berair, gatal-gatal, bengkak... sapukan air mawar yang sudah dibacakan dengan surah ini sebanyak sepuluh kali pada mata anda.

# Jika rumah anda terkena sihir, baca surah ini sebanyak sepuluh kali. Mudah-mudahan Allah Taala akan bagi ilham atau petunjuk pada kita dimana letaknya sihir itu.

# Jika anda membacanya seribu kali, insyaAllah rezeki anda akan bertambah.

# Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


# Dan bagi orang yang teraniaya, sekiranya anda membaca sebanyak tujuh puluh satu kali, Allah Taala akan memberi petunjuk kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

----------------------------------

Perkara yang baik, kita sebar-sebarkanlah ya kawan-kawan. 





Saya ingin berhijrah.... ke dunia yang lebih tenang =)


Saya Nak Upah (wat muka chomel..)