Followers

January 7, 2013

Kursus Kahwin 2013

Dear Diary,

Kami decide nak pergi Kursus Perkahwinan dulu in sha Allah dalam bulan February atau pun awal bulan March. As per our discussion, aku bersetuju lah nak ambil kursus di area Taman Setiawangsa atau Setapak. After kursus, boleh lah kami pergi usha barang-barang hantaran sket kat area KL tak pun Jalan TAR. Sekarang tak boleh nak amek cuti sangat sebab banyak nak pakai cuti masa raya dan hujung-hujung nak dekat majlis kahwin nanti.

Tarikh yang ada tapi masih belum pilih tarikh yang sesuai lagi:

2-3 February / 9-10 February / 16-17 February / 23-24 February

Lokasi: Mahligai Firdaus Sdn Bhd, 3-2-11 Wisma Prima Peninsula Jalan Setiawangsa II, Taman Setiawangsa, KL

Tempoh Kursus: 12 Jam

Sabtu: 10 am - 6.30 pm
Ahad: 9 am - 1 pm

Contact Number: 03-4252 2067 @ 013-604 6333

Fee: RM80

Barang-barang hantaran pun rasanya dah start kena cari dalam awal bulan March. As per our discussion, kami nak buat 7 berbalas 9 dulang. Haritu masa majlis tunang, kami buat standard 5 berbalas 7 dulang. Ni majlis kahwin nak buat lebih sket untuk barang-barang kegunaan after kahwin nanti jugak kan. Perancangan nak kahwin ni mesti details. Kena alert  time SALE for customer bijak lagi-lagi bila nak shopping barang-barang hantaran with affordable price. Yeahh, jadilah pengguna yang bijak ya! Chinese New Year is coming around. Boleh lah usha2 beg tangan yang brand untuk dijadikan hantaran. Kami target each month mesti ada barang hantaran yang wajib dibeli. 

Barang hantaran pihak lelaki pada perempuan:

1) Telekung
2) Jam Tangan
3) Handbag
4) Set Perfume
5) Innershine 
6) Buah-buahan
7) Gelang Tangan @ Rantai Leher

Barang hantaran pihak perempuan pada lelaki:

1) Al Quran + Sejadah
2) Jam Tangan
3) Spectacles 'Rayban'
4) Kasut 'Timberland'
5) Set Perfumes
6) Set Penjagaan Muka
7) Cincin
8) Gadjet - Ipad
9) Kek

Itulah target barang hantaran kami bedua. Kalau dilihat, kedua-dua hantaran yang akan dibeli sama jugak macam pengantin yang lain. Tak nak membazir sangat, just nak sederhana sahaja. Kehidupan kami after kahwin itu yang lebih penting. Sekurang-kurangnya, ada rumah untuk kami hidup bersama beserta nak shopping barang keperluan rumah lagi - Peti Ais/ Mesin Basuh/ Dapur Gas/ TV etc.

Dugaan bertunang ni sangat kuat. Macam-macam yang u'olls akan rasa bila dah jadi tunang orang. So, jangan terlalu excited sangat dan jangan lah tak amek peduli langsung. Simpanlah rasa excited tu dalam hati. Sampai masa nanti, baru tunjuk ye :)



Buat bakal Imamku,

Selamat malam. Semoga hari esok lebih bermakna buat kita berdua. Ingatlah daku dalam setiap doamu. 


Yang benar,

Hamba Allah




January 1, 2013

Azam Tahun Baru 2013

Hi Diary. Hari ini aku telah kembali menceriakan dirimu setelah lama kau dipinggirkan. Cian ah kau diketepikan oleh tuanmu. 


Hoyey!! Tahun baru beb. Reality kita sekarang berada di tahun baru 2013. Pasti sana sini duk pasang azam baru. Kan Kan? At least satu dua mesti ada dalam list. Azam aku tahun ini mestilah pertama sekali nak improve work performance. Alhamdulillah, last month aku dapat dua berita gembira. First ialah dapat letter "Performance Bonus 2012" and the second letter "Salary Increment". Sepanjang aku kerja sini, sebenarnya takdelah panjang mana pun baru 8 bulan je aku kerja di sini. Aku tak sangka gaji aku dinaikkan secepat ini. Apapun, aku tetap bersyukur kerana kenaikan gaji ini sedikit sebanyak boleh la aku menyimpan sikit-sikit untuk masa depan jugak. Sebelum ni ada jugak menyimpan, tapi tah duit tu tetap mengalir macam air jugak la. 



Sekarang kena buat persiapan untuk majlis kami nanti. Memang sangat merunsingkan kepala weyh! Macam-macam nak buat dan macam-macam tu semua perlukan duit. Boleh botak kepala aku kalau cakap pasal duit ni. Hahaha. Mana ye aku boleh cari duit sampingan? Bisnes? Hurmm, minta maaflah ye skill memang takde dalam bab bisnes ni. Aku tak reti promote barang or semua lah. Biarlah aku hanya menjadi pengguna setia produk-produk tertentu yang berada di pasaran. Biarlah aku yang melariskan produk korang. Biarlah aku yang support bisnes korang.



Azam kedua aku ialah nak menurunkan berat badan. Hehehe. Mesti korang bosan lah dengar bab diet ni. Yelah merata cakap nak kurus balik, sebab dah gemok lah, takde masa nak work out la, takde masa nak gi Gym la. Pipi dah naik la. Lemak kat peha dah kumpul la. Macam-macam la.




Nanti sambung lagi :)

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)