Followers

June 16, 2010

Suddenly, I want to update my blog. Tapi tak tahu la nak tulis apa. Dah lama tak membelog, jadi macam kekok dan terasa kekakuan idea. Ouh, bukan kekakuan. Tapi kebuntuan idea. Penggunaan bahasa Melayu sangat memalukan kerana aku memang suka taram je ikut sedap sesuatu bunyi yang mengikut rentak hati yang mana ala-ala sedap boleh didengar di telinga aku tapi hancur sama sekali di telinga orang lain. Hehe.. Orang lain kemelayuan mereka sangat bagus tidak macam saya. Hari Sabtu yang lepas saya sangat sibuk di kenduri kahwin Kak Nonie iaitu beliau merangkap kakak saya tapi kami tidak sedarah dan sedaging kerana ternyata daging saya melebihi dari dagingnya. Hiksss.. Nak bagitau yang saya sekarang ini sudah semakin mengembang. * shy * 

Dan semalam pun ada kenduri lagi. Tapi kenduri makan-makan untuk kaum keluarga yang terdekat sahaja. Bab makan lagi. Haisshhhh, asyik merungut gemuk. Tapi selalu diduga dengan makanan-makanan yang sedap tatkala diri ini menanam azam untuk mengurangkan berat badan yang semakin hari semakin bertambah. Hee.. * shy * Asyik malu je kalau cakap pasal berat badan ni. Agaknya kan, kena tunggu ada orang tanya anak berapa baru aku nak turunkan berat badan kot. Huhu. Dah terlambat. Lemak-lemak waktu tu pun mungkin dah sedap sebati dalam badan aku ni dan tak mau keluar lagi dah. Haish, tapi setakat ni belum ada yang bertanya soklan itu pada diriku. Kalau orang tanya pun, mesti soalan macam ni. " Keje ke belajar lagi?? ". Okeylah tu, nampak matured dan mungkin nampak ada gaya student lagi. Kira tak adelah orang ingat aku budak sekolah lagi. Dah besar-besar camni, takkan lah nak cakap aku budak sekolah kan. Kalau macam budak sekolah betul- betul punye, alangkah bangga nye saya. Awet muda gitu..

Okeylah, jom-jom kita tengok gambar. Sekadar cuci mata. Orang kata bila tengok gambar,otak kita akan kembali refresh pada kenangan itu. 

 

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)