Followers

November 27, 2011

Faculty Dinner 2011



Semalam ada dinner untuk students Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Tema dinner untuk semester ini adalah bertemakan Smart & Elegant. So, dengan tak ada idea langsung aku hanya sarung baju rompol2 kaler purple dan seluar slack. Ok, agak sempoi di situ tapi apakan daya itu sahaja yang mampu. Niat di hati nak pakai dress, tapi aku tak bawa pula dress kat sini. 

Kenangan untuk semester Akhir. Ini hanyalah kenangan untuk dikenang bersama. Ok, we will see! Wajah kita akan berubah dari tahun ke tahun :) Yang membesar mungkin juga akan mengecil, yang mengecil pula boleh jadi akan membesar. HeHeHe... Ataupun, yang besar akan terus membesar, dan yang kecil akan maintain mengecil =)) Ok, so... apa yang anda wish??? Takpe, perubahan ini terletak pada diri masing-masing. You all must decide! So, what is your answer guys??? ^_^

All my course mates semuanya segak-segak belaka. Kekurangan seseorang di dalam gambar but nevermind, we still enjoy the moment together. Actually, not only one person, but two persons. Engkau tetap kekal di ingatan ;(

ME - Nurul - Mar - Sya - Nadz



Pic ni sebelum majlis start. Nampak kan kitorang punya muka masih fresh... 



Networkers ^_^









Hidup ini penuh tanda tanya
Kadang engkau suka kadang engkau duka
Semuanya terlewari hari demi hari
Bahkan duka yang mendalam
Membuat orang patah semangat menjadi putus asa

Tapi itu tindakan yang tak terpuji
Sabarlah kawan semua itu hanya lah cubaan buat kita
Yang masih hidup
Kerna dunia tanpa ada semua itu pasti terasa sepi

Semua yang hidup sudah di atur
Bahkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku di depan nanti
Teruskan lah langkah hidup dengan semangat
Tanpa putus asa dan terus berjuang
Raih impian mu
- Isma Izzati -
1.35 am

November 25, 2011

Can't Sleep...

"Can't Sleep" pun boleh jadi Title kan?? Al-maklum lah ni namanya ada hati nak buat belog tapi kekurangan idea. Eh eh, bukan kekurangan idea sebenarnya lebih kepada kemalasan diri yang melanda tanpa diragui lagi. Cepatnya masa berlalu... Bulan demi bulan, sekarang dah bakal nak masuk bulan Disember. Cepat sungguh masa berlalu. Bila imbas kenangan lama, dah 9 bulan pemergiaan arwah. Bila semakin dah nak habis belajar ni, rasa rindu tu bukan kemain lagi pada kenangan. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita semua akan meninggalkan sesama kita untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Semoga persahabatan kita semua akan terus kekal. Tidak mungkin aku akan lupakan kenangan kita semua bersama. Yang pasti, kita semua pernah melalui kenangan yang paling tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Kehilangan arwah Umi membuatkan kita semua semakin akrab dan mengambil berat antara satu sama lain. Itu yang pasti!








Yup. Ini adalah kenangan kita bersama. 
Semoga ianya akan kekal terpahat di ingatan.
Dan amat benar sekali, beli tengok gambar ini aku merasakan badan aku dah makin mengembang. HaHaHa...
Ok, masa untuk menurunkan berat badan!!!


 


November 11, 2011

11.11.11

Assalammualaikum...



Nama baby ni betul-betul buat aku teringat pada Muhd Asyraf. Even spelling dia lain, tapi pronounce masih tetap sama. Dah lama berkubur sebenarnya nama ini. Tapi, semalam bila jumpa dengan baby Ashraf, perasaan seorang ibu macam hadir dalam diri. wahahaha! Mesti tak percaya bukan? Sebenarnya, bukan sebab baby ni je buat aku teringat kan dia, tapi teringat juga dengan tarikh 11.11.11 hari ini yang buat aku post entry jadikan kenang-kenangan yang aku menulis something pada hari ini. Takde kijo nama nyeeee! Takde mengena langsung dan takde kaitan. Camane nak bagi keseinambungan ayat-ayat di atas? HAHAHA... Siapa Ashraf ni? Dia adalah anak kepada Siti Madihah. Siapa Siti Madihah nih? Dia adalah kakak saya =) Sejak bila saya ada kakak? Oh, saya ada keluarga angkat yang saya sangat dari kecil sampai sekarang. Family diorang saya dah anggap macam keluarga sendiri. Kalau ikutkan adik-beradik saya semuanya ada 6 orang. Ramai kan? Lagi ramai, lagi meriah. 


Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. Hari Ahad ni dah nak kembali ke Arau. Meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Lagi sebulan je aku nak tamat pengajian. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan sehingga ketitisan terakhir. Doakan aku! Sungguh takut ;'( Apa yang aku perlu sekarang adalah doa dari mak dan ayah agar aku sentiasa berjaya. InsyaAllah... 

Ayah yang COOL =) 
Mak yang SUPER COOL =)










Kalian adalah cinta hati saya sampai kapan pun!!!



Oh sebenarnya nak cerita tentang Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 yang diadakan di SMK Kg. Jawa, Klang. For the first time aku jumpa Najib Tun Razak ngan isteri beliau, Rosmah Mansor. Perasaan?? Hurmmm, at first aku semacam exciteddd nak tengok 'muka ke muka' macamana ye jumpa orang yang pangkat besar-besar ni. Feeling bila dah jumpe, agak excited sedikit tapi sekadar tengok dari kejauhan. Kalau tunjuk gambar, memang kurang sedikit la 'feel' dia sebab gambar pun tak clear langsung. HEHE... Eh, I bukan x pro amek gambar. Cuma pakai kamera HP jewwww. Itu lewww gambar pun tak seberapa la aihhh...  Gambar dalam HP dan disebabkan belum ada mood lagi nak Bluetooth, nanti next time I will try to upload. 

Good Night.










November 10, 2011

Jam 1 Petang



Assalammualaikum.

Perasaan ingin meng'update' entry kali ini adalah kerana saja suka-suka. Cerita Soffiya sudah habis kelmarin dan kini ada slot drama baru: Kisah Dhia lakonan Nora Danish. Kadang-kadang layan drama ni memang best lagi-lagi bila menonton bersama family mahupun kawan-kawan. Sekarang drama yang aku follow up ialah Drama Lestary: Cinta Elysa lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif (dalam cerita Juvana dia lebih fofular dengan nama BOTAK). OK. Bukan nak sentuh pasal Fasha Sandha, sebaliknya nak cerita pasala Johan Arif. HAHA... Nampak tak ada unsur ke'GATAL'an di situ. Tak paham? Erkk... tak pe. Kita abaikan. Apa pendapat anda melihat lakonan Johan Arif ni? Rasanya dia macam pelapis pelakon lelaki yang boleh tahan hebat la lakonan dia. Sekali tengok macam Nabil Raja Lawak pun ada. Dua kali tengok, macam Zul Huzaimy. Tiga kali tengok, ye lah macam Johan Arif plak =)

Ini adalah Johan Arif Asari 
(sumber: Google)

Bagi sesiapa yang tak kenal, ini Zul Huzaimy.
(sumber: Google)


Drama ni pun belum habis lagi. So, nanti dah habis baru akan dikomenkan. 

Cerita mengenai kehidupan sekarang, alhamdulillah so far baik-baik saja. Sekarang sedang bercuti di rumah bersama keluarga tercinta. Semakin dewasa kini semakin ingin lebih dekat bersama keluarga. Zaman muda dulu jiwa ini lebih terdorong kepada mencari kawan-kawan yang boleh sama-sama enjoy. Sekarang tidak lagi. Jiwa lebih kepada ingin meluangkan masa bersama keluarga. Pengalaman banyak mengajar sebenarnya serta diikuti faktor usia. Kadang-kadang berkali-kali cuba memperingatkan diri bahawa kita di dunia ini hanya sementara. Bila makin dewasa ini, kadang-kadang otak saya jadi bingung sekejap. Dulu saya masih dapat melihatnya, sekarang semuanya tidak lagi. Terpisah dua alam yang sangat berbeza. Kadang saya meminta untuk didatangi sahabat yang dapat memberi saya semangat. Saya tidak pandai berdakwah tapi cukuplah perubahan dari segi pemakaian, percakapan dan pergaulan yang sopan. Bila melihat orang yang baik-baik dari segi pemakaian, percakapan serta pergaulan mereka, saya jatuh hati tidak kira dia adalah seorang wanita atau lelaki. Anugerah Allah itu indah bukan? Dia memberi kita pelbagai nikmat. Dia hanya nak hamba-Nya taat dan patuh pada suruhan-Nya. 

Memang hidup ini perlu ada matlamat. Kita perlu merancang kehidupan kita bila mana usia kita mencecah 30an, 40an dan seterusnya. Terima kasih Ya Allah kerana kau masih memberi aku peluang untuk bernafas sehingga ke saat ini. 

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)