Followers

December 13, 2010

Do it Yourself

Ok. Entry kali ini nak cakap pasal barangan-barangan keperluan yang perlu kita titikberatkan berdasarkan kekerapan yang sepatut kita gunakan. Ini gara-gara terbaca satu artikel yang sememangnya ingin dikongsikan bersama-sama dengan korang semua. Kita semua menjalani kehidupan seharian memang tidak lengkap kalau tak sikat rambut kan kan? Selepas mandi, sebelum tidur, nak janguk-janguk (bahasa kelate), nak melawo mesti la nak sisir rambut. So, pernah tak korang cuci berus sikat rambut tuh?? Haa.. inilah yang kawan nak kongsikan. Aspek kebersihan perlu di utamakan. Benda ni simple, mudah and easy je. Korang semua kena rajin-rajinkan diri cuci setiap minggu dengan menggunakan air panas. Tapi, kalau sikat tu dah rosak, ganti aje lah dengan yang baru. Nak tahu sebab kenapa perlu buat macam tue? Sebabnya ada kajian mendapati 1mm folikel rambut kita ini boleh menyumbang kepada 50,000 gem dan berus rambut itu boleh menjadi punca keadaan tersebut. Berus sikat rambut tu sebenarnya mengumpul lebihan produk-produk rambut dan menjadikannya melekat dan menarik kekotoran pada rambut kita. Tu yang kadang-kadang korang ada nampak tak bulu-bulu kat sikat tu. Yesss, itulah yang kita cari pada rambut anda. Hehehe... 



Second things is.. Kasut Jogging. Kasut jogging pun kita perlu titikberatkan ye anda semua. Sebabnya kalau kita berlari menggunakan kasut yang lama, ini boleh mengundang risiko cedera dan jangkitan pada kaki kita. Kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah di pam. Wahhh... dahsyat statement kajian ni. So, kalau anda betul-betul menitikberatkan aspek kebersihan, apa salahnya tukar pada yang baru. Tukar bila betul-betul dah tak koyak sangat. Mmm... camana pada mereka yang tidak bersukan? Rajin-rajin lah cuci kasut =))



Third is.. Berus Gigi. Yesssss. Yang ini aku kerap kali melakukannya dengan menggantikan berus gigi yang baru after 3 months. Kajian bagitahu berus gigi yang digunakan lebih dari tiga bulan adalah kurang berkesan. Virus seperti Hepatisis B da C boleh merebak sekiranya kita berkongsi berus gigi. Ishhh, berkongsi berus gigi? Tak sanggup. 





Yang ke-empat, ha... perhatian pada gadis, remaja perempuan, wanita, ibu-ibu dan puan-puan sahaja. Anda perlu tukar coli setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan. Sebabnya payu dara kita ini dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen Cooper. aik, macam mini cooper plak kan. Haha. OK. Balik cerita asal. So, disebabkan coli yang longgar ini akan memberikan impak pada payu dara apabila ia melantun berulang-ulang dan ini boleh menyebabkan payu dara anda mengendur. Dan untuk makluman, penyokong besi yang dipasang pada coli akan menjadi kurang berkesan selepas tiga bulan. (Peringatan buat aku) Only for three months aja berkesan. 

Yang kelima, biasalah kita semua tidur menggunakan bantal. Bantal pun perlu dititikberatkan. Kalau tak mahu cuci, jemur kat panas. Ganti kain cadar dan sarung bantal dengan kerap. Ini bagi menghindarkan kita dari dijangkiti hama, najis hama dan juga peluh. 

Yang keenam, pisau pencukur harus ditukar selepas dua atau tiga kali cukuran. Dan peringatan penting, jangan berkongsi pisau cukuran bagi mengelakkan jangkitan kulit. 

Yang ketujuh, tuala mandi. Kita harus cuci tuala mandi kita seminggu sekali pada suhu 60 darjah Celcius dan jangan berkongsi tuala mandi. 

Ok. Itu saja. Sekian .

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)