Followers

December 30, 2010

jejaka HOT

Okie dokie. Apa yang HOT? jeng...jeng..jeng...

ahaaa.. mesti ada yang dah boleh target jejaka mana yang sekarang ni memang tengah malatop2 dan menjadi sebutan ramai orang.. Siapa lagi kalau tidak bukan si Khairul Fahmi Che Mat. Macam pisang goreng panasssss weyh Goal Keeper Malaysia ni sekarang. Bukan apa, memang semua pun kagum dan 'salute' dengan gaya dia beraksi. Lagipun, memang perlawanan semalam dia betul-betul membuatkan ramai aweksss teruja melihat aksi si Fahmi ni bermain. Tapi jangan tak tahu, Fahmi ni sudah berPUNYEEE! At first, memang dah agak watak Fahmi ni macam pemalu. Then, bila dah study blog (study tuhhhh... wakaka), baca satu demi satu entry si girlfriend Fahmi ni post, then memang dah boleh baca si Fahmi ni memang seorang yang pemalu. Ho, soe lagi.. demo oghe kelate...supo hok kawe. Hehehe.. Tapi, awek si Fahmi, meh la aku bagi nama si Elia ni dia duduk kat Setiawangsa. Diorang ni sama-sama lahir tahun 1989. Muda dua tahun dari aku. Kira adik la ni kan... Tapi bila dah famous macam ni, dah tak nampak macam adik-adik. Macam aku yang adik ada laa... Hahaha.. Weh, mamat ni memang chinese look abesss. Malas nak cite panjang sebenarnya. Sebab aku yakin semua blogger yang rajin update blog and tengok bola semalam mesti akan update pasal pemain HOT ni. Percayalah cakap aku. Tahniah buat pasukan Malaysia. Bangga gilerrr ;)

Meh aku bagi link si Elia, awek si Fahmi ni... Short & Sweet ;) Ouh, lupa. si Elia ni ada cousin tinggal di Andalas. Ada dia update kat blog dia. Cousin dia ni budak taman perumahan aku jugak. Baru tahu... Mana tahu, dia beraya uma cousin dia tahun ni dengan si Fahmi, senang cket nak mintak autograph.. Ngeh3..


December 21, 2010

LAYAN LAYAN

Assalammualaikum

Ceh cehh.. Apa yang nak di layan pun tak tahu lah. 
Sekarang sila translate kan "ask heart' in malay - Tanya Hati. 
Tapi nak tulis Tanya Sama Hati sebenarnya. Ini lagu by The Ramlees. 
I love this song!!!
Lagu ini selalu berkumandang di corong radio if anda semua dengar radio lah kan. Lagu ini tribute to P.Ramlee and bukan lagu ini sahaja yang berkumandang di radio, banyak lagu lagi tapi di mainkan semula oleh kumpulan artis yang lain. Lagu ini selalu dinyanyikan oleh si dia. Jiwa seorang yang klasik memang lah begitu. Hehehe. Asal lagu ini berkumandang je, mula la beliau nyanyi tak henti-henti. Dari memandu dengan perlahan, tetiba jadi laju dan sekelip mata sudah sampai destinasi. Ngeheee ~ Pada mulanya, rasa macam lagu lama lagi sedap untuk didengar. Tapi bila lama-lama dengar lagu ini, jadi macam terlayan plak. *ahakss* 

Cuti semester dah nak berakhir. Saat-saat menghitung hari untuk dimulakan dengan langkah baru, tahun baru, kehidupan baru pada tahun baru yang bakal menjelma tidak lama lagi. TAHUN 2011. Ouh, sekejap sangat dah masuk tahun 2011. Lagi 9 tahun je akan mencecah tahun 2020. Saya pun tidak pasti bagaimana keadaan pada tahun 2020 itu nanti. Sudah berkahwin kah saya? Sudah ada anak kah saya ketika itu? Hmmm... atau, saya sudah tiada di bumi ini lagi? Hidup kena survive. Belajar berdikari. If tengok tahun-tahun yang akan datang, zaman akan terus berubah. Bertambah maju. Kalau diikutkan, saya ni belum maju lagi. Masih di bawah tempurung kelapa lagi. Heee ~ Tapi, alhamdulillah saya tidak buta IT. Kira tahu jugaklah mana nak click close, mana nak minimize. Hek eleh, itu adik korang yang kecik pun tahu kan kan. Yelah, itu pasal la saya cakap saya celik IT. HAHA.. So, macam biasa semua pun akan menanamkan azam baru sempena tahun baru yang bakal menjelma, tinggal lagi 10 hari lagi je dari sekarang. Lets countdown the days =)) Nak tahu azam baru saya? Sempena tahun 2011 ni, rasa nak melangkah ke tahun baru tu macam lain sikit. Mungkin sebab nombor pangkal hujung dah berubah menjadi kategori 'belas-belas'. Ouh, maksud saya di sini macam kita belajar matematik, bermula dari sa, belas, puluh, ratus and so on.. Itu yang saya maksudkan. Kita melangkah ke tahun baru. Ke angka 'belas' yang pertama. Dan bila masuk je tahun 2011, umur saya akan melangkau ke - 24 tahun. Ouh, cepat nya masa berlalu. Ikutkan, memang masih menikmati usia 23 tahun tapi saya ini suka mengira ikut tahun. Kalau lahir tahun 1987, so bila tahun 2011 semua orang yang lahir pada tahun sama dengan saya secara sendirinya akan saya kira sudah 24 tahun walaupun tarikh dilahirkan lambat lagi. Macam tak percaya je dah 24 tahun. HAHAHA. Weh, sumpah rasa macam dah kakak-kakak okeyyy. Dah tak boleh gelak-gelak gedik. Gedikkk ke??? Dah tak boleh menjerit-jerit depan public. Paling tidak pun sudah harus belajar kedewasaan dan perlahan-lahan meninggalkan zaman keremajaan. Masih remaja lagi... Tapi, 24 tahun tu  patut dah boleh timang anak sorang. Dah dengar anak panggil diri kita Mama/Mami/Ibu pun. HEHEHE.. Logik tak kalau saya cakap, if kita kahwin ketika usia 22 - 23 tahun, then the next year kita dapat anak. Dalam masa 20 tahun akan datang, kita dah ada sorang anak teruna/dara. Waktu usia kita 24 tahun, kita dah lahirkan anak. Then, waktu 20 tahun akan datang kita dah berusia 44 tahun. Dalam lingkungan 45-50 tahun, kita dah leh dapat CUCU. Hehe.. Mak dan ayah saya kahwin lambat :))


Orang kat status, 22 tahun semua dah status MARRIED. I bila nak tukar status pulak? hukhuk. Haishhh ISMA, hang jangan duk gatai sangat nak kahwin. Belum sampai seru lagi :) Yelah, bukan apa. I realized that my parents is not getting younger. My time with them are very PRECIOUS and I always wish that I could be with them 24/7 :( They gave me a lot of support and of course so much love.. The more I grew older, the closer we are since im wiser now. I love them very much, so that I want to be the best for them. Memang mak dan ayah tak pernah tanya pasal kahwin, sebab saya masih menuntut lagi. Tapi, mak ada sikit-sikit pasang angan :D Nak pelamin macam ini lah, nak wat hantaran macam ini lah. Agaknya dah tak sabar kot nak dapat menantu. NGEEEE ~ Sabar ye mak, ada jodoh ada lah mak. Doa restu mak dan ayah yang ku pinta agar selalu mendoakan yang terbaik buat anakandamu ini. Uikss... dari nak cakap pasal azam, dah merepek cakap pasal nak kahwin. Suka lari topik laaaa ~ 

Apa-apapun, nanti lain kali aja saya update pasal azam baru. Ada baca berita tentang budak perempuan berusia 17 tahun yang kena tikam 19 kali di perut dan di simbah asid oleh lelaki berusia 42 tahun (ada tulis 44 tahun) gara-gara cinta lelaki ini tidak dibalas. Lebih kepada dia mencemburui perempuan ini sebab mesra dengan lelaki lain. Tapi, terbongkar pula doktor mengesahkan anak dalam kandungan yang baru 5 bulan mati akibat kesan tikaman di perut. Apa yang terbongkar? Terbongkar yang dimaksudkan di sini ialah keluarga budak perempuan ini tidak tahu menahu tentang kehamilan anak perempuan mereka sebab di rumah, budak perempuan ini tak nampak tanda-tanda hamil. Mungkin juga perempuan ini cuba merahsiakan hasil hubungan terlarang ini dari keluarga sendiri. Kesian kan. Bukan apa, kesian la bila di tikam 19 kali dan di simbah asid. Tapi, terbongkar sendiri yang ada kandungan dalam perut walhal baru berusia 17 tahun dan belum kahwin lagi. SPM lagi kan. Dan dan dan, mak masih gagah untuk menerima anaknya. Pengorbanan seorang ibu memang tiada nilainya. Dalam berita ini mengatakan lelaki berusia ini cemburu melihat perempuan ini keluar bersama lelaki lain sedangkan dengan lelaki berusia ini pun budak perempuan ini melayan jugak. Hmmm... cuba fikir? Saya kasihan dengan budak perempuan ini. Tapi, mungkin ada hikmahnya. Budak perempuan ini masih di rawat di ICU. Mungkin ada hikmahnya pada budak perempuan ini. Saya rasa anda semua dapat fikir budak perempuan ini jenis yang macammana semasa dia sihat sempurna. Kalau dia tidak melayan cinta lelaki itu, barangkali mungkin silap terang-terang pada lelaki itu. Itu lah nama nya CINTA GILA.Tapi, bila meminta-minta pada lelaki untuk membeli kan itu ini, dan melayannya, tapi masih melayan lelaki yang lain, kemungkinan besar padahnya. Kalau dapat lelaki yang tidak GILA, mungkin dia tidak akan mengapa-apakan kita. Itulah sukarnya bila hati menyimpan dendam. Ternyata kita akan lebih terpesong jauh dan melakukan sesuatu di luar kawalan. Tapi tapi tapi, jangan ingat dari luar nampak normal nampak waras. Tapi, bila hati di kuasai syaitan, takde siapa pun yang boleh membantu kecuali Allah Taala. Saya fikirkan macammana lah perempuan itu nak tempuh masa depan dia dengan keadaan yang begitu? Semoga Allah memberi kekuatan pada beliau. Amiin.

End. 


Assalammualaikum

addict -_-

Assalammualaikum. 
Ouh, makin hari makin menggilai dunia fesyen. 
Apakahhhhh ???
Tak mahu menjadi mangsa fesyen buat masa ini kerana kepingin membeli barang atas hasil duit sendiri.
Akan tetapi.... 
Tak dapat menahan nafsu melihat gaya mereka di luar sana yang sangat menggiurkan. 
Wah, ayat macam nak geli geli pulak kan aku nih. 
Sangat adore melihat mereka menggayakan fesyen up-to-date but still muslimah. I love it =)
Sampai terikut-ikut di buatnya dan terus webcam suruh tengok ada gaya tak?? (okie, sedap kan hati mestilah cakap ada gaya) :D






Okey. Sila GELAK =) Kenapa saya tak seswai pakai camni.. Sebab nanti nampak lagi BULAT. 

Terima Kasih. 

Assalammualaikum

December 13, 2010

Do it Yourself

Ok. Entry kali ini nak cakap pasal barangan-barangan keperluan yang perlu kita titikberatkan berdasarkan kekerapan yang sepatut kita gunakan. Ini gara-gara terbaca satu artikel yang sememangnya ingin dikongsikan bersama-sama dengan korang semua. Kita semua menjalani kehidupan seharian memang tidak lengkap kalau tak sikat rambut kan kan? Selepas mandi, sebelum tidur, nak janguk-janguk (bahasa kelate), nak melawo mesti la nak sisir rambut. So, pernah tak korang cuci berus sikat rambut tuh?? Haa.. inilah yang kawan nak kongsikan. Aspek kebersihan perlu di utamakan. Benda ni simple, mudah and easy je. Korang semua kena rajin-rajinkan diri cuci setiap minggu dengan menggunakan air panas. Tapi, kalau sikat tu dah rosak, ganti aje lah dengan yang baru. Nak tahu sebab kenapa perlu buat macam tue? Sebabnya ada kajian mendapati 1mm folikel rambut kita ini boleh menyumbang kepada 50,000 gem dan berus rambut itu boleh menjadi punca keadaan tersebut. Berus sikat rambut tu sebenarnya mengumpul lebihan produk-produk rambut dan menjadikannya melekat dan menarik kekotoran pada rambut kita. Tu yang kadang-kadang korang ada nampak tak bulu-bulu kat sikat tu. Yesss, itulah yang kita cari pada rambut anda. Hehehe... 



Second things is.. Kasut Jogging. Kasut jogging pun kita perlu titikberatkan ye anda semua. Sebabnya kalau kita berlari menggunakan kasut yang lama, ini boleh mengundang risiko cedera dan jangkitan pada kaki kita. Kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah di pam. Wahhh... dahsyat statement kajian ni. So, kalau anda betul-betul menitikberatkan aspek kebersihan, apa salahnya tukar pada yang baru. Tukar bila betul-betul dah tak koyak sangat. Mmm... camana pada mereka yang tidak bersukan? Rajin-rajin lah cuci kasut =))



Third is.. Berus Gigi. Yesssss. Yang ini aku kerap kali melakukannya dengan menggantikan berus gigi yang baru after 3 months. Kajian bagitahu berus gigi yang digunakan lebih dari tiga bulan adalah kurang berkesan. Virus seperti Hepatisis B da C boleh merebak sekiranya kita berkongsi berus gigi. Ishhh, berkongsi berus gigi? Tak sanggup. 





Yang ke-empat, ha... perhatian pada gadis, remaja perempuan, wanita, ibu-ibu dan puan-puan sahaja. Anda perlu tukar coli setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan. Sebabnya payu dara kita ini dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen Cooper. aik, macam mini cooper plak kan. Haha. OK. Balik cerita asal. So, disebabkan coli yang longgar ini akan memberikan impak pada payu dara apabila ia melantun berulang-ulang dan ini boleh menyebabkan payu dara anda mengendur. Dan untuk makluman, penyokong besi yang dipasang pada coli akan menjadi kurang berkesan selepas tiga bulan. (Peringatan buat aku) Only for three months aja berkesan. 

Yang kelima, biasalah kita semua tidur menggunakan bantal. Bantal pun perlu dititikberatkan. Kalau tak mahu cuci, jemur kat panas. Ganti kain cadar dan sarung bantal dengan kerap. Ini bagi menghindarkan kita dari dijangkiti hama, najis hama dan juga peluh. 

Yang keenam, pisau pencukur harus ditukar selepas dua atau tiga kali cukuran. Dan peringatan penting, jangan berkongsi pisau cukuran bagi mengelakkan jangkitan kulit. 

Yang ketujuh, tuala mandi. Kita harus cuci tuala mandi kita seminggu sekali pada suhu 60 darjah Celcius dan jangan berkongsi tuala mandi. 

Ok. Itu saja. Sekian .

SUKA DIA

Yup... aku sangat suka dengan dia. Dia yang aku maksudkan di sini ialah.......... Ryzal Jaafar. Owh, suka sangat dengan mamat nie. Tadi tengok Jangan Tidur Lagi, ada dia. If korang perasan, dia selalu berlakon watak baik. Hopefully, kat luar pun dia berpewatakan baik lah kan. Insya-Allah. Kenapa aku suka dia? First of all, of course la sebab orangnya tinggi. Actually, tak berapa minat mamat yang muka ala-ala jambu ni. Mamat muka putih-putih suci macam nie. Kalau boleh, aku sebenarnya suka yang gelap ala-ala hitam manis.  Heee ~ Tak tahulah kenapa suka sangat dengan dia nih. Sebab macam budak baik kot. Macam aje lah tapi tak tahulah dalaman nya bagaimana orangnya. 







Jeng... Jeng... Jengggg................ Dan dia tetap di hati. Hehehe...

Dan gadis yang aku suka tengok selain Irma Hasmie, aku suka tengok Norliana Shamsudin. Bukan lesbian wokeyhh, tapi suka watak lakonan beliau yang selumber dan funny. Cantik dan manis tu of course la. Tapi yang pasti, bakat tu ada. Dan bila diorang berlakon, mesti ada kelakar-kelakar watak yang dibawa =)) Ha, one more thing.. Dia ni bekas girlfriend Pierre Andre. If aku lelaki, if aku LELAKI la kan, aku memang choose dia ni pun. HEHEHE...  



Ok. Geli plak entry kali ni. Seolah-oleh aku melahirkan rasa suka pada seseorang. Dah la suka pada perempuan pulak tuh. Tapi ni sekadar luahan dari mata je okeyyy. Jangan duk pikiaq bukan-bukan naa ~ Ok, orang kedua aku suka tengok Sherry Ibrahim. Nak tahu siapa dia? Google la sendirik. Hehehe.... Sherry ni pun best jugak bila dia berlakon. Macam gedik-gedik manja. Pada aku, masih boleh diterima sikap gedik-gedik manje si Sherry nie. Sebab nampak natural aje. Aku suka since tengok cerita Chapalrela. Weh, kelakar ok cerita Chapalrela nie. Rugi korang tak layan cerita nie. Bukan la lawak memanjang cerita dia, tapi sepanjang cerita ada part-part yang memang funny dan buat aku terhibur. Lagipun, dia ni memang cantik pun. Dan untuk makluman, dia lah bekas girlfriend Ashraf Muslim. Wewiitttt~  Pernah couple dengan Ashraf Muslim yang handsome tuh. Tapi diorang berdua ni takde banyak cerita panas pun kan kat media. So, in my list aku dah list kan Irma Hasmie, Norliana Shamsudin dan Sherry Ibrahim. Lisa Surihani?? Hmm... bukan aku tak minat dengan lakonan Lisa, lakonan dia boleh diterima tapi kalau tanya aku, aku biasa-biasa aja bila tengok dia nie. Comel tu memang comel, cun memang cun la kan. Semua orang pun tak akan nafikan. Tapi, ini cakap atas dasar suka pada perwatakan, gaya, imej dan lakonan. Sifat-sifat dalaman tu of course lah aku tak tahu diorang punye real life yang macammana. So, entry ini sekadar ingin berkongsi perasaan suka melihat mereka-mereka ini. Korang pun mesti ada kan? Kan? Kadang-kadang ada perasaaan kita suka tengok gaya, cara bercakap, cara berjalan,  perwatakan, cara berpakaian seseorang tu dengan sendirinya. Bukan bermaksud kita Lesbian or Gay (bagi lelaki), cuma kadang-kadang SUKA sebab ada aura pada mereka ini yang membuatkan kita suka pada mereka. If tanya aku, if aku listkan... 


- Aku suka tengok orang pandai. Pandai bergaya tu satu bonus lain lah kan. Sekarang ni, aku suka tengok budak yang otak pandai. Sebab bila kita berbicara dengan diorang, ada satu benda yang susah aku nak describe ada pada mereka ini. Mereka bijak dan yang penting, kata-kata mereka banyak mendatangkan ilham pada aku dan semestinya diorang tak bercakap kasar. Hmm.. memanglah aku suka kan. Sebab aku pun memang tak suka berkasar-kasar nie. Hee ~ Yang pandai bergaya ni, memang pada aku satu bonus lah. Tapi, bila berbicara, rasa macam kosong. Lebih kepada alamakk, kau dah la chantek. Tapi bila bukak mulut, rasa macam takde apa-apa. Dari aku suka tengok kau cantik, tapi lama-lama dah rasa biasa-biasa aja. Tapi, if bijak dan cantik, uishh... sumpah aku mesti sentiasa puji-puji budak tu punya dan kira umpama doa lah kan. Cukup 44 kali kita mendoakan insya-Allah, termakbul. Tapi, itu semua pada dasarnya tak penting pun. Yang penting, HATI kita. Bila meningkat dewasa, if korang sedar or mengalaminya sendiri, korang akan sedar ia berlaku sekeliling korang semua. Itu semua anugerah dari Allah. Hargainya lah... yakin dan percaya pada Allah. Itu yang penting..


December 12, 2010

Wayang


Hari Khamis lepas pergi tengok wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hehe. Ramai sangat-sangat-sangat orang Melayu yang menonton cerita ini. Biasalah, filem melayu, siapa lagi kalau tak bukan orang Melayu yang kena support filem orang melayu kita. So far, cerita ini agak kelakar. Hehehe... Nak kata lawak giler tu tak ade lah. Sebab ada certain part yang feel bored while watching this movie. Tapi, enjoy la tonton cerita hantu Kak Limah tambah lagi ada si Awie and Johan Raja Lawak. Kalau ada Zizan Raja Lawak mesti triple lawak kan.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, result dah keluar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada Mu ya Allah... Sem depan dah naik Semester 5. Lagi setahun nak tamatkan pengajian. Final year project sedang menanti. Praktikal pun sedang menanti bulan Mei - Julai ni. Then final semester dari Julai - November 2011. End of 2011, insyaAllah kalau tiada halangan dalam pembelajaran dan kehidupan , terus nak cari kerja =)) One more year to go Isma ~  New Year is coming around. Semoga aku mendapat keredhaan dari mak dan ayah serta mendapat rahmat dari Mu ya Allah untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar tahun akhir. Kalau ada rezeki, insyaAllah nak sambung belajar lagi. Tapi, biarlah keadaan yang menentukan. Takut nanti saya yang paling lambat kahwin. Hihihi... Kegatalan memuncak di sini =) Tidak lupa juga, Selamat Pengantin Baru buat abang Ejat, Luqman dan Kak Hana. Next year, mereka akan fly ke UK dan menetap di sana selama 3 tahun. Kak Hana akan sambung phD (Doctor of Philosophy) dan abang Luqman akan berkerja di sana. Congratulations to both !! Duk berangan if dah menetap kat sana, mesti kalau ada rezeki dapat anak, mesti anak depa speaking kencang punye...  Hehehe...

HAPPY BECOMING NEW YEAR !!!

December 5, 2010

December

Today is Sunday. Ada MELODI. Yeayyyy !!! So, jangan lupa layan Melodi okies hari ni. 

Silalah datang kembali mood untuk berbelog. Malas sangat nak update belog tapi dah hias cantik-cantik dan yang penting sekali dah buang masa ku berjam-jam mencari template untuk blog konon nak cantik macam belog kawan-kawan yang lain tapi masih belum se chantek belog-belog mereka. Haih, aku ni harap je amek Networking tapi masih tak PRO lagi dengan dunia perangkaian seperti ini. huhu ~ 

December ini ada majlis kawan-kawan mendirikan masjid. Selagi ada kelapangan waktu, akan aku penuhi undangan tersebut. Pada 28hb November 2010 (Ahad), kawan aku time study di Politeknik Shah Alam, Shuhaidah binti Shaharom telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Farhan Ali. Dan semalam  (04hb December 2010) adalah kawan semasa study di MGS dulu, OUH sangat tak sangka Lailatul Fadzillah Abdul Hadi dah sah menjadi isteri orang yang telah berlangsung di Dewan Teluk Pulai, Klang. Dan kawan saya Emy Aida binti Mohd Yusof juga, rakan sekolah Teknik Ampangan, telah selamat mendirikan masjid bersama pasangan hidupnya pada 20h November 2010 di Kepong, Selangor. Tapi, majlis Emy aku tak dapat pergi. OUH, mereka berdua (Emy & Lailatul) adalah kawan sebelah meja semasa zaman persekolahan dulu. Dengan Emy, dua tahun (Form 4 & Form 5) kami duduk sama-sama dalam kelas. So, memang banyak la kenangan dalam kelas. Dan Lailatul pun ada member semeja masa di MGS. Haihhh ~ Memang sangat tak sangka-sangka. Kalau ingat balik, dulu-dulu ada jugak gatal-gatal cakap pasal kahwin dengan mereka ini semua. Dan sekarang, semua nya dah hadapi realiti kehidupan itu. Dan sekarang, aku nak tengok Nur Hakimah Nur Hashim punya turn plak. Hehehe.. Kawan baik semasa study di Andalas suatu ketika dulu. Kami berdua dulu memang sangat comot ok. Tapi masih gatal-gatal suka kat abang-abang senior. Haha ~ Dan kawan-kawan aku semasa study di Politeknik Shah Alam, Ruzanna Razali, Nurul Aqma dan Nur Izzati... Milik siapakah mereka ini??? Kita tunggu bila sampai waktu =)) Dan kawan-kawan di UiTM Arau, Perlis.. Semoga aku dapat berkongsi kegembiraan bersama mereka semua. Amiin.

Majlis Perkahwinan Shuhaidah Shaharom & pasangan

Picture ni blur cket, x bawa kamera ;(( Guna kamera HP Haida..






Ok.BYE

December 3, 2010

revision ONLY

OK.OK. Jangan pelik sangat ye dengan apa yang aku tulis kali ini. Sebenarnya, ini hanya lah untuk kegunaan for an interview. So, I keep it here for temporarily. Usually, bila kita dapat interview kerajaan macam ni banyak benda yang perlu kita ketahui. Normally, we need to know about general subject that related with government, of course. Study cket meh..

1. Agong ke-13: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Kuala Terengganu.

2. Menteri Kesihatan: Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai (aku pun tak pernah ambil tahu sebelum ni. Huhu ~)

3. Timbalan Menteri Kesihatan: Y.B Datuk Rosnah Shirlin Binti Hj Abdul Rashid Shirlin

4. Ketua Pengarah Kesihatan: Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Mohamad Ismail Merican

Hehe.. alamak, mak saya dah panggil makan... Nanti kita sambung yeah..

December 2, 2010

- Kata Hati -

Masih tiada ikatan

Walau telah lama berpasangan
Hanya bahasa meyakinkan
Hubungan kita

Dengan suara yang syahdu
Dapat kau lukis hatiku
Keindahan mimpi-mimpimu
Apakan benar cinta berbunga
Harum di dalam jambangan jiwa
Sehingga ku asyik terlena olehnya...

Rindu berlarutan
Mimpi berpanjangan
Namun belum ada kenyataan
Mahligai masih lagi
Terapung di awangan
Dalam madah
Seloka cinta

Berapa lama lagi
Perlu aku nanti
Rindu ini mencecah ke bumi
Segala janji akan menjadi nyata
Dan bertapak mahligai bahagia
Bukan aku memaksa
Tapi selanjur bercinta
Biar sampai berumahtangga

Biar kita beralas adat
Demi menjaga bangsa berdaulat
Agar kita dapat syafa'at
Di akhirat

November 22, 2010

K.E.N.A.N.G.A.N

Saya rindu pada mereka semua. SO, dengan ini saya ingin meng'upload' gambar-gambar kenangan kita semua =))


2010

2008
Kami lah budak baek tuhhhh ~


Nurul Aqma & Ruzanna 

Qermzd & Ruzza =)

Qema + Zana + Zati + Shue
Malas la nak cakap lagi sape diorang ni... hehe
Xmao cakap !!!
NurHakimah NurHashim
Haha... Terjumpe balikkk =))
Dr.Haida & Me @ Jusco Bukit Tinggi
Time ni baru KAMI rapat kot...

Kaki Saya.......

Hellooooooooooooooooooooooooooo ~~~

Salam semua. Dah lama tak update blog. Selalu pun memang jarang update. Hehe.. Selalu update pun bila cuti semester je. Sekarang, dah cuti semester!!! Yeayyyyy ~ Cuti-cuti pun banyak benda nak kena buat kat rumah. ekeke.... Kerja rumah I belambak-lambak tao~ Uicecececeyyyyy.... 

Cuti ni family dah rancang nak pegi Melaka. Disebabkan ayah dah sambung balik kerja, mm.. ayah dah pencen. Tapi sekarang sambung kerja lagi kat NorthPort Klang selama 6 bulan. So, dalam kontrak memang susah nak dapat cuti kerja. Jadi, tunggu ayah cuti baru kami sekeluarga ke Melaka =)) Tak sabar ouh nak cuti-cuti Malaysia.

Disebabkan banyak sangat jemputan kahwen kali ini, ada yang insya-ALLAH dapat pergi ada yang mungkin tidak dapat dipenuhi undangan. huhu ~ Maaf sangat-sangat ye. Bukan tidak kemahuan memenuhi undangan perkahwinan teman-teman, tetapi kesihatan diri tidak memuaskan. Saya disini mengalami kegatalan satu badan yang belum pulih lagi dan next week masih ada appointment lagi dengan dermatologist ;( Sob..Sob.. Harap-harap cepatlah pulih. Tak suka la gatal-gatal macam ni. Macam nak potong aje kaki ni sebab kegatalan yang sangat melampau.



Ini adalah keadaan diri saya sekarang. Dalam proses pemulihan di rumah... Abaikan saje lah kaki saya yang buruk ituuuuuu. Tapi, keadaan kaki begini sangat merisaukan saya, ouh K.A.K.I.K.U =((


What else?? What else?? Hmmm.... Saya tidak tahu apa lagi mahu di upate kan tentang diri ini. Moga kaki saya cepat-cepat recover. Amiiin ~

September 8, 2010

B E R B U K E

Hari ni berbuka sengsorang lagi di rumah....... alahai... sob sob... esok pulang ke kampung. resepi hari ini, sangat simple. aku masak sotong goreng kunyit. dan goreng telur mayonis. tiru macam iklan dalam tv. hihi. itu sahaja yang aku makan untuk berbuka hari ini. sekian. laporan khas dari saya, Isma Izzati. :))

G E L I L A H...

Assalammualaikum... Yeahhh, hari ini mood untuk update belog sudah mari.. jadi, apa lagi. layout sudah bertukar wajah. Sebab malas nak cari background untuk belog, jadi aku hanya memilih untuk tukar dengan pilihan yang telah disediakan oleh blogspot.com ni.. huhu..... Dah dua tiga kali tukar background, mesti tak sampai dua tiga bulan terus missing background tuh. Kali ini, ambil keputusan nak create guna template yang sediada je. Entry kali ini takdelah geli mane pun. Haha.. Sekadar tajuk semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Tajuk yang keluar tatkala ini hanyalah sepatah perkataan G E L I LA H, sebab lucu nye hanya aku sahaja yang tahu :)

Hari Sabtu lepas keluar shopping ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Macam-macam shopping dan sangat tidak larat kaki berjalan. Terpaksa menahan lapar dan dahaga menempuh sepanjang jalan di situ. Ramai sangat orang yang shopping hari tu. Al-maklumlah, hujung minggu mestilah ramai yang ambil peluang macam ni termasuklah aku. Tahun ini, baju raya cukup lah tiga pasang. Itupun baru tambah dua beli baju kurung cotton. Sekarang memang trend orang pakai baju cotton kan. Hmm.. kat Jalan TAR pun memang lelong habis baju kurung cotton ni. Cuma korang kena pandai cari dan pilih corak yang cantik-cantik. Lepastu, mintak lah harga murah-murah sikit. Confirm harga boleh dirunding punya. Jadinya, aku sampai beli dua pasang baju kurung cotton dengan harga yang sangat berpatutan. Hee... Then, wajib juga beli tudung baru. Belikan tudung untuk mak colour merah dan tudung pelangi yang major color more to orange color. Minat tengok host dalam Wanita Hari Ini pakai tudung pelangi tu nampak cantik dan kena dengan gaya. But for me, I just bought selendang yang tanahnye black color and ada manik-manik color orange. Harga nya RM10. Dan beli tudung Ariani tapi bukan brand Ariani (saya tidak mampu.. huhu) purple color. Dan jalan-jalan dalam Sogo sekadar untuk membeli handbag untuk mak, baju kemeja untuk atok dan pakcik Joe serta baju untuk adik. Manusia dalam Sogo memang sangat ramai dan untuk beratur membayar di kaunter juga harus memiliki kesabaran yang tinggi. Shopping dan shopping waktu berbuka pun dah tiba. Hehe.. Then, pergi ke Ampang Point Shopping Mall untuk shopping baju kemeja dan kemeja untuk adik. Last-last, beli air minuman je dan berbuka dekat Taman Rakyat. Rancang nak berbuka di Pizza Hut tapi FULL. Semua tempat FULL dan aku pun satu tak pergi awal-awal untuk di reservedkan meja.Tapi, apapun hari itu sangat BEST ;)






June 16, 2010

Suddenly, I want to update my blog. Tapi tak tahu la nak tulis apa. Dah lama tak membelog, jadi macam kekok dan terasa kekakuan idea. Ouh, bukan kekakuan. Tapi kebuntuan idea. Penggunaan bahasa Melayu sangat memalukan kerana aku memang suka taram je ikut sedap sesuatu bunyi yang mengikut rentak hati yang mana ala-ala sedap boleh didengar di telinga aku tapi hancur sama sekali di telinga orang lain. Hehe.. Orang lain kemelayuan mereka sangat bagus tidak macam saya. Hari Sabtu yang lepas saya sangat sibuk di kenduri kahwin Kak Nonie iaitu beliau merangkap kakak saya tapi kami tidak sedarah dan sedaging kerana ternyata daging saya melebihi dari dagingnya. Hiksss.. Nak bagitau yang saya sekarang ini sudah semakin mengembang. * shy * 

Dan semalam pun ada kenduri lagi. Tapi kenduri makan-makan untuk kaum keluarga yang terdekat sahaja. Bab makan lagi. Haisshhhh, asyik merungut gemuk. Tapi selalu diduga dengan makanan-makanan yang sedap tatkala diri ini menanam azam untuk mengurangkan berat badan yang semakin hari semakin bertambah. Hee.. * shy * Asyik malu je kalau cakap pasal berat badan ni. Agaknya kan, kena tunggu ada orang tanya anak berapa baru aku nak turunkan berat badan kot. Huhu. Dah terlambat. Lemak-lemak waktu tu pun mungkin dah sedap sebati dalam badan aku ni dan tak mau keluar lagi dah. Haish, tapi setakat ni belum ada yang bertanya soklan itu pada diriku. Kalau orang tanya pun, mesti soalan macam ni. " Keje ke belajar lagi?? ". Okeylah tu, nampak matured dan mungkin nampak ada gaya student lagi. Kira tak adelah orang ingat aku budak sekolah lagi. Dah besar-besar camni, takkan lah nak cakap aku budak sekolah kan. Kalau macam budak sekolah betul- betul punye, alangkah bangga nye saya. Awet muda gitu..

Okeylah, jom-jom kita tengok gambar. Sekadar cuci mata. Orang kata bila tengok gambar,otak kita akan kembali refresh pada kenangan itu. 

 

May 23, 2010

Birthday Blessin'





Each year your birthday reminds me
That I really want to say
I’m very glad I know you
I think of you each day
I hope you enjoy your birthday
All the pleasures it has in store
And because I appreciate you
 
I wish your birthdays happened more
So I could let you know
How very much you mean to me
And so I could tell you so!

Dear, Happy Birthday !!!
 
-22 May 2010-






May 21, 2010

Must Read !

It's a trend nowadays that many Muslims Malaysian women are into the hijab wearing. For example, wearing a shawl-like syrian style hijab. Hmmm.. I used to study in school and had learned that when you wear 'tudung', you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high or do a bun until men can notice the presence of your long hair even though you wear hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab. However, I can't remember the hukum wheter it's haram or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadis related:
Quote:

" Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat. "

Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– Hadith riwayat Muslim. Hadith no 212 -


I would say that I was tempted at first as I saw some women or celebraties or TV presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul or bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab, niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab. However, at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.








Nukilan: Haslinda binti A Karim. 

May 19, 2010

The Vampire Diaries

Okeih. Actually, I want to share with you all about the television series, The Vampire Diaries.The Vampire Diaries is an American supernatural fantasy horror television series that based on the book series of the same name. The series follows the life of Elena Gilbert (the actress is Nina Dobrev) who falls in love with vampire, Stefan Salvatore (the actor is Paul Wesley) and quite possibly may develop feelings for his brother, Damon Salvatore (Ian Somerhalder) which is also a vampire.

Hero sangat handsome. Bertambah menjadi-jadi la aku nak melayan cerita ini sampai ke episod akhir. Salahkan Farah Farhana kerana dia yang mengajak saya untuk menonton cerita ini. Hihi. Tapi takpe jugak la kan. Dari boring duk termenung je, baik aku layan cerita ni. Rugi kalau tak tengok, hero dan heroin segak-segak belaka. (Bak kata Farah lerrrr ~) Lagipun cerita ini menarik sebab nya cerita ini adalah a mix of series drama and supernatural. That's make it the story is jadi best untuk follow on. Hero pun cool. Ngeeee~ 


 
 

Euuwwwwww.... Tergoda I melihatnya. Ini la Ian Somerhalder. Handsome kan kan?? Dalam cerita ini, Ian pegang watak Damon sebagai abang kepada Stefen. Walaupun dalam cerita ni dia jahat, tapi Ian lagi handsome dari adiknya. Hihi. Oppsss.. terlebey sudaa ~

Ogey. Now, I will show his brother Stefen. Handsome gak tapi if you ask me, my answer is still Damon. I don't know why. Tengok bentuk muka Ian berbentuk kelelakian kan dan jambang-jambang tu membuatkan Ian nampak lebih machooo gitu. Bibir dia yang agak sexy dan mata dia sangattt... aduhhh, tak boleh nak cakap la. Perfecto ~ Oppsss.. terlebey sudah for da second time :P

Dan ini adalah Paul Wesley. Dalam cerita ini, Paul memegang watak sebagai Stefan Salvatore, adik kepada Damon dan beliau ini juga adalah seorang 'vampire'. In malay, vampire means Pontianak. Pontianak yang hisap darah kat leher manusia tu... Get me right if I'm wrong ya!


SO, kalau ada hero. Mesti ada heroin nya. Heroin nya memang seorang yang sangat cantik. Muka Nina Dobrev ni memang comel. First time tengok terus suka dengan dia. 



She's gorgeous right?? You must agree, I know it :)

Nak letak gambar Ian banyak-banyak boleh tak? Takpe. Layan kan aje ye. 




 

He's handsome. Ok done. Nak sambung tido. Bye

May 17, 2010

A.K.U

Blog dah kembali bersarang. Otak pun makin bersarang. Sekarang aku tengah mengikuti program Professional TCP/IP di UiTM Arau, Perlis. Actually, semester break dah bermula dari 10 may 2010 lagi. But, I've done my last final paper on 2 may. So, I get back to Klang lebih awal dari students yang lain and then come again to Arau after 1 weeks. Sangat tidak best!!!

And now, 1 weeks left. Another two weeks more to stay here and follow the program. This program actually is for networking students. My course combine with our seniors' which is now mereka semua adalah student final year dan sudah habis belajar. Dan saya sangat kagum dengan pencapaian mereka sebagai network student kerana mampu menjawab setiap soalan yang ditanya walaupun rasanya bila tanya pada aku mungkin aksi garu kepala yang akan diberi :) Memang macam langit dengan bumi. Terasa ilmu didada sebagai student network baru 15%, compare dengan seniors macam dah ready sangat-sangat nak menempuh alam pekerjaan. I respect all of them. Why? Because our seniors ramai in dean list and hakikatnya walaupun mereke semua senior tapi usia mereka muda setahun dari aku. Semua lahir tahun 1988 dan lepasan matrikulasi. Memang gempak-gempak la results senior aku ni. SPM mesti cemerlang, then further to Matrikulasi dan sekarang dah habis Degree. Dengar cerita ada yang nak continue sambung Master. Usia baru 22 tahun. Boleh belajar lagi. Aku plak kena fikir banyak kali kalau nak sambung Master. InsyaAllah sekarang dah tahun 2 nak masuk tahun 3. Next year, kalau diizinkan Allah, bulan November 2011 aku dah grad. Waktu tu umur pun dah tua. 24 tahun habis Degree. Huhuww... Lambatnye saya nak menempuh alam pekerjaan. Kahwin pun belum lagi. Haisshh, tetiba rasa diri ni dah gatal sangat nak kahwin. Kawan-kawan sebaya yang baru add kat facebook kebanyakkannya semua dah berumahtangga. Kalau teringat zaman persekolahan dulu, tengok gaya mereka memang jenis pendiam je dalam kelas. Tapi kan.. kan... aku pun kategori pendiam jugak dalam kelas tapi kenapa tak kahwin dulu pun? Hehe. Suka sangat buat ramalan sendiri. Sebab takde jodoh lagi la dan belum sampai masanya aku untuk mendirikan rumahtangga atau pun belum bertemu calon yang tepat untuk hidup bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan sehingga ke akhir hayat. Kegatalan kian memuncak mengundang bahaya! Haha.. Uish, jangan takut la. Itu ayat je. Tapi mungkin jugak ada benarnya kot :) Salahkan Adamaya. Adamaya yang buat aku tak sabar-sabar nak kahwin. Hurm.. Perasan atau tidak, semua watak hero cerita-cerita drama tv sekarang menggunakan nama 'Adam'. Adam Nur Kasih. Adam Sumpah Bunian. Adamaya. Dan jadi faveret pada cerita Adamaya ni sebenarnya sebab ada Amani. She's sooooooooooo cute! I adore her so much!

Well, tangan yang sedang menaip ni tengah kelaparan dan tengah tunggu teman solat Asar dulu. Jap lagi baru keluar beli makanan. Hujan lebat sepatutnya buat aku makin terlena untuk menidurkan diri tapi mata tetap tak mahu lelap. Jadi perasaan kian menebal untuk berblog untuk meng'update' apa yang ku jalani di cni... Hujan lebat ketika ini juga membuatkan aku teringat pada emak dan ayah. Teringat pada zaman aku kecil-kecil. (Sekarang dah besar-besar).. hikHik..Teringat pada teman-teman bila ku imbas kembali gambar-gambar yang masih dalam simpanan. Semua nostalgia berkumpul menjadi satu. Dan apabila ia menjadi satu, aku mula RINDU. Rindu pada kenangan itu. Kenangan pahit dan manis semua menjadi satu membuatkan aku menjadi rindu pada setiap kenangan yang sudah berlalu ;( 

Okieeee. Dah cukup la isma feeling rindu-rindu ni. Nanti nangiss.. 

                                                 I love u dearly mom..

Bakri - Haikal - Isyraf


I love u Dad..

                                           Nurul n Me at Jusco Bukit Tinggi

Nak upload banyak gambar lagiiii tapi my lappy hang :(

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)