Followers

May 21, 2011

Takziah

Untuk ke dunia ini hanya ada satu cara... Tapi untuk meninggalkan dunia ini, ada pebagai cara..


Sangat sedih dengan kejadian yang berlaku di Hulu Langat, Selangor di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al Taqwa.















Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat :'( 

Selamat Hari Lahir



Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you



May 17, 2011

Coretan Pagi



Assalammua’laikum.

Baru mengeluarkan peluh di pagi hari. Terasa badan segar sekali =) Hari ini plan dengan mak hendak keluar ke Jakel Shah Alam pergi mencari kain pasang. Yelah, sekarang ni kalau nak tempah baju untuk orang jahit, dah kena tempah awal-awal. Al maklumlah, bulan puasa makin menghampiri kita. Tak lama pun, dah nak dekat dah bulan Ogos. Tengok lah kalau tak percaya. Pagi-pagi baca Kosmo dan berita terkini “Keputusan Tak Memihak Anwar”... Haihhh -_-
Aku ni bukan lah seorang kaki politik. Tapi sedarkah anda di luar sana, walaupun kita tidak mahu terlibat sekalipun, hakikatnya ia sedikit sebanyak effect pada masa hadapan kita. Jadi, kita perlu ambil tahu. Memang aku tak tahu mana satu kisah sebenar-sebenarnya. Ada yang menyebelahi, tapi ada yang tidak menyebelahi Anwar. Tapi, yang aku tahu dari cerita orang yang mengikuti kisah Anwar ni, beliau memang seorang yang hebat. Dan, apa yang berlaku sekarang ini ialah mereka di luar sana cuba untuk menjatuhkan Anwar dalam dunia politik. Oke full house, eh eh bukan full stop ! ^_^

Isma.. Isma.. Kau jangan nak politik sangat kat sini. Hee… BAEK! Ayuh kita terjun ke cerita seterusnya. Orang kata perasaan waktu pagi ni tak sama pun dengan perasaan waktu petang. Dan, perasaan waktu petang tak sama dengan perasaan waktu malam. Cewahhh. Main-main plak aku nih. I realized, dalam blog ini aku jarang menceritakan tentang kekasih hati. Selalunya, aku cerita tentang kehidupan aku, keluarga, teman-teman dan mengenai agama. Iya, memang aku suka bermuhasabah diri dengan membaca artikel yang berbentuk motivasi dan di selang-seli dengan apa yang berlaku ada hikmahnya dari Allah =) Korang percaya tak itu semua? Aku percaya. Sebab aku pernah jatuh dan kini bangkit dari putus cinta tiga tahun lepas. Kisah cinta aku tidaklah sehebat mana pun. Tapi, aku pernah jatuh cinta dengan si lelaki ini tanpa perasaan berbelah bahagi dan akhirnya Allah dah menunjukkan aku yang si lelaki ini bukanlah pilihan terbaik buatku. Dulu, sangkaan aku dia sudah cukup baik untuk dijadikan teman istimewa dalam hidup dan seterusnya paham-paham sendiri lah kan kalau orang perempuan ini bila dia bercinta, dia akan maximize fikiran dia lalu terus menge’set’ minda untuk dijadikan suri dalam hidupnya. Heee… Ingat orang laki aja leh pilih suri hidup, orang perempuan pun boleh tau =) Itu ayat paling simple nak bagi korang faham sebenarnya. Tapi, orang kata cinta tidak kesampaian lalu kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan :’(

Tapi, alhamdulillah setelah putus cinta, tanpa berkongsi kisah ini dengan sesiapapun walaupun pada mak, kawan-kawan rapat waktu itu aku bangkit dengan sendirinya buat-buat tak ada apa-apa yang berlaku tapi bila waktu tidur sedar-sedar dah basah bantal. Aku rasa aku cukup kuat sampai tak nak kongsi langsung dengan sesiapa. Seratus peratus perasaan aku serahkan pada Allah dengan meminta pada Nya agar hilangkan dia dari ingatan dan sekiranya dia benar-benar untuk ku, kembali kan pada ku. Tetapi, dah lebih tiga tahun dah. Jujurnya dia ada datang menyapa, tetapi hati aku plak tak rasa apa-apa. Apakah maksudnya? Ku rasa, mungkin cinta sudah hilang dan tempoh itu boleh dikatakan agak lama bukan untuk terus menanti kehadiran seseorang dalam hidup aku. Jadi, perasaan dulu sayang sebagai kekasih kini beransur hilang. Aku hanya mampu menerima sebagai kawan.

(Eleh maa, memang lah. Sekarang kan kau ada yang ‘baru’. Itu yang kau dah tak dapat terima dia lagi… )

Hurmm.. boleh jadi itu juga salah salah kemungkinan. Dah ada pengganti, jadi itu selalu antara faktor-faktor untuk melupakan pada yang lama. Kira macam barang lama diganti dengan barang yang baru. Lumrah kan, kita akan guna pakai barang yang baru dan simpan barang yang lama. Kita bukan tak sayang pada barang yang lama, cuma kita dah tak mahu guna barang yang lama tu sebab kehadiran barang baru. Orang baru dalam hidup aku bukan nya datang selepas sebulan dua aku putus dengan yang lama. Kira-kira dalam sepuluh bulan kemudian setelah aku habis diploma dan sedang bekerja sambilan menunggu tawaran belajar. Apa yang aku pasti, kehadiran dia tanpa diundang. Aku tidak langsung terniat nak cari boifren baru untuk mengisi kekosongan hati sewaktu aku bekerja sebagai cashier di The Store (M) Sdn. Bhd. Keje kat situ takde life kot. Balik rumah je mesti aku mandi dan terus tido. Esok pagi bangun pagi dan sebelum pukul 9.30 dah masuk kerja. Memang takde masa aku nak bermain SMS atau calling-calling orang. Waktu tu kawan-kawan aku adalah dikalangan cashier. Kebanyakannya bawah dari umur aku lagi, baru je habis SPM. Kerja macam tu pada aku tak berbaloi je, seharian kau keje gaji bersih yang kau dapat boleh jadi dalam RM600 – RM800 je. Tapi, untuk aku waktu tu dah kira alhamdulillah ada gak duit poket sendiri nak beli barang-barang yang aku teringin nak beli =)

Setiap kali aku pulang dari kerja dan bergerak pergi tempat kerja, mesti aku akan dapat SMS dari dia. Kadang-kadang aku rajin, aku reply. Kadang-kadang aku buat tak tahu je. Pada aku, hati belum cukup sembuh lagi untuk menerima kehadiran orang lain dalam hidup aku. Serius. Itu yang aku kenal tentang diri aku. Seorang yang sukar untuk menyerahkan hati kepada orang lain. Lagipun, dia ni ala-ala budak Indie. Korang tau tak Indie band? Gaya macam kumpulan Hujan tuh. Dulu yang femes kumpulan Hujan la. Sekarang dah banyak sangat kumpulan indie kat Malaysia ni. Boleh dia ajak aku pergi GIGS? Memang aku tak pergi lah kan. Dan, kami jadi makin rapat selepas aku berhenti kerja. Dan bila dia dapat kerja, dan kerja yang dia buat jauh-jauh sampai ke Terengganu, aku rasa hati ni macam semacam aje. Haihhhh… tak kan aku dah mula rindu kat dia plak? Lagi menangkis, lagi perasaan tu datang. Tapi, tetap maintain cool. Ngeh ngeh.. Lepas raya, aku dah bosan duduk kat rumah. Aku apply kerja di 7-Eleven dan dalam minggu tu aku dapat interview dan keesokannya aku boleh mula bekerja dan jawatan aku waktu tu sebagai Manager Trainee sebab aku ada Diploma. Makin hari makin sibuk dengan kerja sebab kerja 7E aku bekerja shift. First time jugak dalam hidup kerja malam sampai pagi dan takut gak kena rompak dan tengok orang mabuk tak payah cakaplah. Sungguh, dah banyak jenis manusia aku lihat. Pembelian kondom? Tak perlu cakaplah. Budak remaja, pakcik tua budak lepasan SPM semua selumber membeli tanpa segan silu. Kalau beli botol arak tu tak payah cakap. Bila bukak je mulut dah bau arak. Bukan muka indon bukan muka bangla. Memang muka orang Melayu kita. Budak perempuan yang kalau tengok dari gaya pemakaian dan tahu bawah umur dari aku datang minta rokok Semporna ada, Dunhill ada. Aku konon-konon nak berfikiran positif la oh mungkin beli untuk ayah dia kot. Keluar dari pintu, terus merokok. Haihhh -_-

Dan, akhirnya aku mendapat tawaran belajar. ALHAMDULILLAH. Syukur yang teramat pada ilahi sebab memakbulkan doa aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dan, buat pengetahuan semua aku apply Degree ni pun takde siapa yang tahu terpaksa emak dan ayah. Aku merahsiakan segala-galanya dari mereka sedangkan setiap hari mak bising sebab risau aku akan terus bekerja di 7E. Bila dapat je keputusan tu, aku terus bagitau mak dan ayah. Ternyata mak dan ayah gembira mendengar aku berpeluang sambung belajar lagi. Dan, dia… turut gembira dengan berita ini =) tapi, dalam masa yang sama sedih tetap sedih sebab terpaksa berjauhan.

Dan, dipendekkan cerita. Kehadiran dia tepat pada masanya. Bila aku mula masuk semester dan sehingga ke saat ini, si dia tetap ada di sisi. Terima kasih sebab memahami dan menerima kekurangan diri ini.





With love,
Isma

May 16, 2011

Kisah Lama

Assalammualai’kum,

Sebenarnya nak bagitau esok public holiday ^_^ yeayy!! Sangat membahagiakan bila cuti =) kepada yang menyambut perayaan esok, “Selamat Hari Wesak! “ Ucapan ikhlas ini di taja oleh saya, Isma Izzati. Ngeh ngeh.. menggedik di belog sendiri.

Oke kawan-kawan semua. Hari ini dengan sedikit kerajinan yang ada dalam diri, ku cuba untuk menaip satu entry yang sebenarnya dah lama dan memang berniat untuk dikongsikan di dalam blog. Cewahh, gaya cakap macam beribu-riban follower kan aku nih! HeHeHe…. Sebenarnya, ini hanyalah sekadar kenangan. Dimana bila sampai waktu ada sudah mendirikan rumah tangga dan nak mengimbas zaman muda mudi apa yang berlaku sepanjang perjalanan hidup aku. Yelah, orang kata blog ini ada macam-macam tujuan. Ada yang ingin dikongsikan bersama kawan-kawan lain. Kiranya macam diari, tapi diari yang dikongsi bersama teman-teman tentang kisah suka duka kita =) Moment macam ni bukan kita akan tempuh dua tiga kali dalam hidup, jadi pada aku apa salahnya kita meluahkan segala isi hati dan bila baca balik, mungkin kita akan tersenyum sendiri.

Sebenarnya, semester lima ini cepat sangat berlalu. Dan yang pasti, keadaaan di Arau, Perlis memang sangat panas tak boleh nak cakap la. Umpama “neraka duniawi”. Serius, sangat panas tak tahan pagi petang malam cuaca terasa panas. Sampai aku terpaksa tukar posisi mentelaah pelajaran kat ruang depan TV, kedudukan betul-betul bawah kipas dan kipas pun pasang no.5 tapi tetap berpeluh-peluh. Tak cukup buka cermin rumah konon-konon nak bagi angin sepoi-sepoi masuk lah dalam rumah menyapa dingin tubuh (cewahh, ayat pengaruh novel time kecik-kecik) tapi… angin tetap tak menyapa, peluh menitik-nitik jugak. Haihhh -_- Ternyata, memang neraka duniawi kian terasa. Teguk air mineral berkali-kali rasa macam air tak tahu mengalir ke mana dalam badan. Minum lagi dan minum lagi. Belum sampai petang, sebotol dah habis. Kena keluar pergi kedai, beli lagi air mineral. Naik motor kan, selalu beli dua botol je sebab nanti kawan pun nak beli jugak air mineral. Sebab naik motor, space nak letak barang tu limited cket. So, memang boleh kata tiap-tiap hari lah aku pergi Pasaraya Sri Wang semata-mata nak membeli air mineral murah. Murah sebab harga sebotol 1.5liter cuma RM1.30. So, Lai Lai Lai mari membeli di Pasaraya Sri Wang =)

Bulan lepas, pada 21 April 2011, kitorang budak-budak Faculty Computer Science and Mathematics ada wat Research Proposal Final Year Project yang kami buat di LT4 dan LT5. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. So, sebagai setiausaha dalam projek ini, kedatangan para junior agak menggalakkan walaupun bukanlah penuh satu dewan tapi dah memang terang-terang budak course kita bukan ramai pun student nya for each class. Memang tak boleh tidur malam sebab nak edit-edit slide for FYP presentation. Cuak wokeyhhhh! First time dalam hidup present depan public dan sekali lagi ALHAMDULILLAH sebab semua nya berakhir dengan jayanya. Dan mendapat pujian lagi dari En. Jamal bin Othman,  Ketua Program untuk student Data Komunikasi & Perangkaian =)

Apapun, layankan aje lah gambar-gambar di bawah ini… 

we rock !!!

breakfast time
Last presenter on that day...


Apa kes dua-dua muka ketat? Ngeh ngeh...


Pasangan pakaian sedondongggg =P
Mau lagi? Next nak share pasal cerita terbaru di pawagam, cerita KONGSI 'Lu langsi lu mati'... Wahhhhh, trademark ganaz kan? Tapi, cerita lucu kot.. Apa kata korang layan dulu cerita ni kat wayang? Okeyhhhh. Beransur dulu ya dong. 

Membebeli...

Assalammualai’kum…

Hai kawan-kawan. Dah lama aku tak menulis belog. Sekejap muncul Sekejap hilang. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Macam chipsmore la! HeHeHe.. well… Sekarang dah start praktikal. Praktikal di UiTM memang tak sama tempoh macam praktikal di Politeknik. Praktikal dari enam bulan terus dipendekkan menjadi dua bulan sahaja. Syiok kan dengar praktikal dalam waktu yang singkat macamni? Tapi, itulah payah nak dapat company yang hebat-hebat sebab diorang tak mahu ambil student praktikal yang menjalani praktikal kurang tempoh dari tiga bulan. Memang betul pun, dua bulan apa je yang dapat kau belajar tentang bidang yang kau ceburi? Masuk hari aku menulis belog untuk kali pertama setelah lama menyepikan diri, ini adalah hari ketiga aku menjalani praktikal di syarikat ini. Syiok jugak lah sebab company ini memang berkaitan dengan background systems, programming and sekurang-kurangnya aku dah nampak sikit-sikit macam mana diorang develop and apply program tu ke dalam systems or web tersebut. Best jugak tengok programmer khusyuk menaip script JAVA dan bila berjaya compile, wahaha, gembira tidak terkata. Itu time student memang yes yes yes. Bila dah bekerja, kena complete kan tugasan dan bila berjaya siap, boleh relax, pergi meja ke meja kacau programmer laen. Haa… best kan kerja yang focus dengan dunia sendiri dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Ye lah, bagi yang berjiwa network, pasti mereka memahami apa yang aku maksudkan. Kita ini membesar dengan jiwa network, berkomunikasi setiap hari dengan computer dan menjadi kekasih yang paling setia hanya untuk bersama-sama dengan computer. HeHeHe.. Hang rasa syiok ka? Pastilah kadang-kadang tuh tak best tapi nak buat camana, nak berkomunikasi dengan orang laen tu rasa berat mulut je dan memilih untuk mendiamkan diri lebih baik. Apa aku merepek disini sebenarnya?? Ok, hilang punca sebab elok-elok tengah study pasal switching dan sekarang aku menaip belog dan bersembang mengenai dunia kerjaya yang tidak pasti. Beransur pergi. 

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)