Followers

December 14, 2009

Best Sangat ke Cantik Tu ?

Tajuk entry saya pada hari ini ialah 'Best sangat ke cantik tu? '. Yes, ini adalah tajuk yang ingin dikupas. Dikupas satu persatu seperti mengupas bawang ye puan-puan. Tetiba teringat dialog Que Haidar dalam Papadom. Siapa yang dah tengok mesti tahu dialog mana yang dimaksudkan. Hehe. Rugi siapa yang belum tengok lagi. Kerana filem ini penuh dengan kasih sayang seorang bapa dan ibu kepada anaknya. Semua ibubapa inginkan yang terBAEK buat anak-anak mereka. Mereka tak mahu anak-anak mereka merasakan kesusahan sebagaimana mereka telah rasakan. Sebab itulah semua ibubapa didunia ni selalu pesan kat anak-anak suruh belajar rajin-rajin. Bila kita belajar rajin-rajin, kita dapat kerja yang bagus, gaji besar, hidup kita akan lebih senang dan terjamin. Doakanlah yang terBAEK buat anakandamu ini wahai ibuku...

Adoyai, dah terbuka topik lain pulak. Selalu pun mesti macamni. Dari nak cerita lain ter'story' cerita lain. Sebab apa yang ingin ditulis di sini semua sepintas lalu je dalam minda. So, tangan ni laju je terus menaip walaupun sebelumnya tadi rasa nak ber'blogging' dan nak share topik seperti yang tertera di atas. Ok. Jap. Jap. Nak kena amek mood dulu. Sebab tadi ter excited and obses dengan Papadom. T_T (1st time tiru gaya macamni..)




So.. Best sangat ke cantik tu? Hmm.. Kalau soalan ini ditanyakan kepada orang buruk, jawapannya mestilah best. Tapi betul ke best menjadi orang cantik? Actually, tak ada orang yang buruk. Semuanya cantik. Buruk atau cantik itu hanyalah penilaian manusia yang selalunya tersasar. Ok. Sekarang cuba kita tanya pada orang yang cantik, mungkin jawapan yang diberikan berbeza. Kenapa saya berkata sedemikian? Ok. Meh dengar cerita ini dulu. Kisah benar, terdapat seorang gadis yang amat cantik, tinggal di sebuah kampung. Gadis ini memang sangat cantik dan menyebabkan ramai pemuda dan remaja yang menggilakannya. MasyaAllah, cantiknya! Getus setiap orang yang melihat apabila gadis ini lalu depan mereka.  Gadis ini bukan saja cantik malah mempunyai tubuh yang perfect! Walaupun gadis itu baru berusia 15 tahun, tetapi kecantikannya terserlah dan ini memang menggilakan.  Dek kerana terlalu cantik, dia tidak pernah bebas dari gangguan. Apabila berada dalam bas sekolah, budak-budak lelaki akan sentiasa mengusik gadis ini. Malah, bukan mengusik je, tapi lebih daripada itu. Yela, mana tahu kok-kok akhirnya bisa mendapat kasih sayang gitu! :)

Di sekolah pula, dia masih tidak bebas dengan gangguan termasuklah beberapa orang guru yang mabuk kepayang pada gadis cantik ini. Pendek cerita, masing-masing akan cuba melakukan macam-macam perkara hanya untuk memikat dan lebih kepada mencuba nasib. Mana tahu kalau dapat, bertuah lah empunya badan. Best sangat ke cantik tu? Kalau ditanyakan pada gadis itu pada waktu usia itu, jawapannya mungkin YA. Maklumlah, belum terlalu mengenal makna kehidupan. Tapi, kalau ditanyakan sekarang, mungkin jawapan nya berbeza. Ini adalah kerana, orang cantik akan lebih banyak mengalami gangguan psikologi apabila tua kelak.  

Kecantikan itu adalah satu anugerah untuk disyukuri. Kecantikan itu tidak pernah bertahan selama-lamanya. Bangunan yang dibina dan dijaga rapi bila tiba masanya akan menjadi tidak memukau lagi. Dulu bangunan Tabung Haji dianggap antara yang tercantik dan terunik di Kuala Lumpur tapi kini KLCC telah mengatasinya. Dan tak perlu hairan sekiranya suatu hari nanti KLCC pun akan terima nasib yang sama. Itu baru kisah sebuah bangunan. Manusia apatah lagi nasibnya.


Ya! Kecantikan itu memang penting tetapi usah terlalu dipentingkan sangat. Bersyukurlah dengan kecantikan yang anda miliki anugerah dari Ilahi. Setiap orang adalah cantik. Jika anda merasakan kecantikan anda mengatasi, alasan itu adalah untuk anda lebih bersyukur kepada Tuhan. Jika anda merasakan kecantikan anda tidaklah semana, anda lebih patut bersyukur kerana Allah telah membebaskan diri anda daripada pelbagai ketakutan yang dihadapi oleh orang cantik. Jika anda merasakan anda amat buruk, ketahuilah di Syurga nanti wajah anda bagaikan bidadari.

Duit, mana kau?

Malam ni ada bola. Liverpool vs Arsenal. Korang team mane? Kalau tanya aku, of course la aku team Manchester United. Hehe. Tak percaya ke? Aku fan kipas susah mati MU tau. Saje je malam ni rajin nak melayan bola. Tapi tak ada mood langsung nak berblogging tapi ada mood jadi stalker. Haha ~ 

Actually aku sedang menghitung hari dan minggu untuk menyiapkan diri kembali ke sekolah. Yeahh.. ke sekolah!!! Bila difikirkan, kalau aku cari kerja masa awal-awal haritu kan lebih bagus. Dapat income untuk cuti semester ni walaupun takde lah mencecah ribu-ribuan. At least, dapat lah aku renewed apa-apa yang patut. Nak mintak mak ayah duit beratus-ratus, rasa kasihan pulak. Jangan kata ratus-ratus, puluh-puluh pun aku tak sampai hati. Tapi duit aku dah makin kekeringan. Yelah, mintak puluh-puluh mana puaskan nak beli itu ini. Kalau aku kerja partime cuti-cuti camni, mungkin ada jugak lah aku duit poket sendiri.

Memang duit ni penting dalam hidup kita. Zaman sekarang ni kita mana boleh cakap "Takpelah. Tak ada duit pun tak apa. Janji dia sayangkan aku." Oh no! Silap. Silap. Silap langkah. Zaman sekarang orang sangat perlukan duit. Apa-apa sekarang semua kena ada duit. Memang duit itu tidak akan memberi kebahagiaan yang berkekalan, tapi ia ada kepentingannya untuk diri kita di waktu kesusahan dan untuk memenuhi keperluan hidup kita.  

Apa aku melalut pasal duit ni? Dari tengok bola terus cakap pasal duit. Memang tak ada kena-mengena langsung. Nampak sangat aku gila duit. Hihihi.. Ada sesiapa nak bagi aku duit? Boleh aku beli beg baru usha kat Giordano. Aduss... meleleyh hinguss tengok harga. Tapi hati terpikat hanya pada nya. Huhu.. Dah la isma, jangan berangan ya. Kalau beli beg tu, boleh dapat lagi 6-7 beg kat pasar malam. Lagi macam-macam kaler ko boleh pilih... Tapi mak.... Saya suka kipas susah mati kat beg tu !!! Ok. END. 

December 12, 2009

Ajal Maut di tangan Tuhan

Hi guys! Lagi cerita tentang 'kematian' yang aku baca hari ini. Korang mesti baca kan paper hari ni. Tentang kemalangan ngeri yang mengorbankan 4 orang serentak selepas 3 jam majlis akad nikahnya dilangsungkan. Sangat sedih bila aku baca berita ni sebab sepatutnya majlis ini adalah saat yang membahagiakan bagi kedua-dua pengantin baru tetapi sebaliknya yang berlaku. Apa yang difahamkan, cinta mereka ini telah berputik sejak diorang menuntut di MRSM Berseri lagi sebelum diorang mengambil keputusan untuk berkahwin selepas pihak lelaki tamat pengajian di United Kingdom. Pada usia 23 tahun dah sudah menamatkan pengajian dan semestinya lelaki ini tergolong dalam orang-orang yang berjaya kan? Dan apa yang aku tahu, isteri yang dinikahinya juga sedang menuntut di Australia dan masih ada setahun lagi sebelum menamatkan pengajian. Dalam kemalangan ngeri yang berlaki di Kilometer 7, Jalan Kangar - Padang Besar telah mengorbankan 4 orang iaitu pengantin lelaki - Mohd Ariff Ab Kadir,23 - kedua ibu bapa Mohd Ariff, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dan rakan karib Ariff, Mohd Farhan Musa.



Abang mangsa sedang ditenangkan kerana terkejut dengan kemalangan ngeri yang menimpa ahli keluarganya.


Dan apa yang diberitahu, arwah Mohd Ariff yang baru menamatkan pengajian di United Kingdom akan memulakan tugasnya sebagai pensyarah di UiTM Arau, Perlis. OMG! Mungkin juga dia akan menjadi salah satu lecturer aku. Siapa tahu kan? Tetapi, itu semua sudah ditentukan Allah Taala. Mungkin apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Kita sebagai manusia biasa tidak sepatutnya menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku ini adalah satu ujian Allah kepada hamba-Nya. Percayalah, aku juga seorang manusia yang lemah dan aku juga tidak pasti samada dugaan sebegini aku mampu menghadapinya atau tidak sekiranya ia berlaku pada diri ku. Tapi aku pernah baca satu buku keagamaan yang mengatakan bahawa Tuhan tidak akan menguji hamba-hambanya dengan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba Nya.


Walaupun aku tidak mengenali mereka, tetapi sebagai saudara seIslam aku sangat sedih dengan keadaan yang menimpa mereka. Memang ajal dan maut di tangan Allah. Apabila sudah sampai ajal kita, tidak akan cepat dan tidak akan lambat walaupun sesaat. Ajal tetap akan datang menjemput kita.


Aku kembali teringat arwah Makngah dan atok Ahmad. Sehingga kini, aku masih terkilan sebab tidak dapat melihat wajah arwah Makngah buat kali terakhir. Sangat terkilan sebab aku amat menyayangi arwah Makngah dan aku juga tahu ayah aku pun amat menyayangi arwah adiknya. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu dan kini dah 4 tahun berlalu.. Aku masih rindukan arwah  Makngah..Ya Allah, kau tempatkan arwah Makngah dan atok di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Takziah buat ahli keluargaku jiranku yang kehilangan nenda terchenta. Al-Fatihah.

December 9, 2009

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini ada budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu merupakan satu perkara yang wajib dalam kehidupan seharian kita, maka cara makan juga merupakan sebagai satu budaya. Setiap bangsa ada budaya mereka tersendiri. Contohnya orang Cina menggunakan 'chopstick' dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Pernah tak kita terfikir kenapa budaya makan kita berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing? Mesti ada sebab tertentu bukan kenapa mereka mengamalkan cara itu. Sebagaimana yang diketahui, orang Melayu kan biasannya makan menggunakan tangan kanan. Jadi, apakah rasional nya orang Melayu memilih makan dengan menggunakan tangan? Bukan sudu dan garfu, bukan juga chopstick. Soalan ini telah dijawab dengan mudah di akhir abd ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. 


Ceritanya begini.. Pada suatu hari, Tengku Kudin telah dijemput oleh Resident British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah beliau. Ketika itu, semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadap hidangan. Dengan tiba-tiba, Tengku Kudin bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain yang semuanya menggunakan sudu dan garfu, Tengku Kudin dengan selamba menyuap makanan ke mulut dengan tangannya. 


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk disisinya, wanita itu lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?" Dengan selamba, Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Nak tahu apa yang dijawab oleh Tengku Kudin? 


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya ada tiga sebab: Pertama, saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. Dan ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih sebab ia tidak pernah jatuh dalam longkang!" 


Mungkin ada logiknya bukan jawapan yang diberi oleh Tengku Kudin. Moralnya disini, kita jangan cepat memandang negatif dengan perilaku orang lain yang berlainan adab dan budaya yang berlainan dengan kita.

Aku milik Tuhanku

Kehidupan ini sangat singkat bukan? Dan tiada sesiapa yang akan kekal di muka bumi ini. Ya, itu kenyataan. Tapi kenapa pada hakikatnya bila kita mengatakan sedemikian, tiada rasa kesedaran mahupun keinsafan yang terbit dari hati nurani kita. Kerana kita yakin, hari esok masih ada untuk diri kita. Kita seolah-olah tahu kita akan hidup lagi untuk hari esok. Hakikatnya kita langsung tidak menyedari yang sebenarnya kematian sentiasa hampir dengan kita. Kenapa aku berkata demikian? Sebab kita selalu tidak pernah bersedia untuk hari mati kita. Selalunya apabila ada orang meninggal dunia, orang sekeliling yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan rapat dengan si mati akan bersedih. Siapa yang tidak sedih bukan? Tanya lah pada sesiapa pun, aku yakin pasti air mata akan mengalir tatkala melihat sekujur tubuh yang kaku, yang sudah terpisah dari roh dan jasad, sejuk kebiruan. Waktu itu pasti kita yang hidup akan tertanya, dengarkah si mati pada tangisan ini? Apa yang si mati ini sedang rasai ketika ini? Hanya si mati sahaja yang merasakan dan tiada sesiapa yang akan merasainya melainkan apabila sudah sampai sampai ajal kita.


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit mahupun bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, roh akan berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku meminta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan kerana pada waktu ini aku sedang beristirehat daripada seksaan malaikat maut." Selepas itu, mayat akan bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas, begitu juga janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepas roh dari tubuhku. Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh dari tubuhku."


Setelah dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak akan dapat melihat lagi sehingga Hari Kiamat. Mayat tidak mampu berkata-kata kerana roh nya sudah keluar dari jasad. Tapi bagi kita yang masih hidup, kita tidak akan tahu apa yang sedang di alami oleh si mati. 


Dan sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Wahai jemaahku, sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka untuk selama-lamanya." Sesudah mayat diletakkan dalam pengusung, sekali lagi diserunya agar tidak mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 


Sesudah dibawa sebanyak tiga langkah dari rumah, roh berpesan: "Wahai kekasihku, wahai suadaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan jangan lah kamu lalai dan leka ketika ini sebagaimana ia melalaikan dan melekakan aku." 


Rasulullah saw pernah berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Dan setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudian mereka keluar. Dan masuk lagi sekumpulan malaikat yang lain dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudian mereka keluar. Dan akhir sekali datang sekumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak bagi orang itu. Dan sekiranya orang yang nazak itu adalah orang yang beriman, maka malaikat Jibrail a.s akan menyebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa pada orang sekelilingnya. Ini adalah kerana dia sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pada pandangannya kepada sayap Jibrail a.s.


Dan bagi orang yang munafik, maka Jibrail a.s akan menyebarkan sayapnya di sebelah kiri, maka orang yang nazak itu akan melihat kedudukannya di neraka dan dalam pada masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.








Dan ketika aku menulis entry ini, aku tahu yang aku masih belum bersedia untuk mati. Masih banyak lagi pahala yang belum aku lakukan untuk aku jadikan bekalan selepas hari kematianku. 




Akhir kata... "Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

December 1, 2009

e'curve

Semalam aje jumpe Irma Hasmie gf Nabil Raja Lawak. Wow! Cun. Memang cun. Then, I met Adi Putra dgn sorang gadis. Then, E nampak Linda Onn but I tak nampak sebab I tengah menghadap ke dalam (on that time we are in Secret Recipes). Sini memang byk celebrity yg lepaking. Haritu je aku dapat jumpe kembar pemain bola sepak tu.. Adeyh, lupa nama beliau. Tapi bukan suami Rita Rudaini, kembar lagi sorang. Hensem guy! ;) Opps, anyway I bukan nak story about them. Just teruja dapat melihat dengan mata sendiri about their personal life. Memang tidak penting pun. Tapi, biasa la. celebrity and not celebrity. Ouh, I jugak dah jumpe M.Nasir with his family except Marlia Musa. Waktu tu beliau baru lepas tengok wayang dengan anak-anak. Cool~

Ouh ya, semalam I tengok Ninja Assassin. Hero dye yang dalam iklan "Hai, nama saya Rain!" ... Ingat tak? Ha, kalau tak ingat pun ingat-ingat kan jugak la. Best jugak cerita tu. I belum tengok lagi New Moon. Tapi, dah suggest nak pergi dengan Haida on this Wednesday. Murah sikit harga tiket! Hihi. Kita harus berjimat di hari yang betul ye adik-adik semua. Lagipun, hari Rabu ni pun takde buat apapun kat rumah. Next time, I will update for New Moon.

Hurmm, today still bad mood day. I hanya melepakkan diri dalam bilik. Siang tadi I pergi hantar Haida ke train. Sepatutnya teman Haida ke KL tapi lambat sangat dia bertolak. So, tak jadi nak follow. 

Ok, nothing to write down anymore. tengok picta pulak la ok?






 

 



 







November 22, 2009

j.u.s.c.o


Yeahhh, today I wanted to write a blog. ^_^
Oh pleaseeeee....aku mahu tengok muvee 2012! Kenapa still full seat? Sampai 1200am pun ticket dah sold out. Orang kata cita tu best untuk ditonton. Sebab itula aku teringin yang amat untuk menonton cerita 2012. But until now I have no chance to watch the movie. pathetic uh!

aku pergi dengan adik aku. Then, we dunno what to do. Nak balik masih terlalu awal pulak kan. So, jalan sana jalan sini. Hehehe. Kasihan adikku kerana terpaksa melayan aku untuk membeli - belah. Yeahh... membeli - belah adalah satu trend bagi semua golongan tidak kira tua atau muda, perempuan mahupun lelaki, kakak mahupun abang, adik lelaki mahupun adik perempuan, ibu mahupun ayah.. yeah.senang cerita, semua golongan la untuk membeli sesuatu sebagai keperluan samada keperluan asas mahupun usus. heh, jangan meroyan plss...

Masih dalam mood berbulan madu di rumah bersama keluarga tercinta. ;) Makan minum sangat mencukupi untuk menaekkan berat badan memang amat mudah sekali ya puan - puan.  Aku sangat obses dengan makanan yang tak pernah aku makan kat Arau aku melantak puas - puas kat sini. Sampai mak aku naek hantuu sebab aku asyik pow duwet mak beli Mc'D dekat Andalas. Hehehe.. Tak cukup dengan Mc'D aku pow KFC pulak. Haha. Ouh, maaf kan daku wahai ibunda terchenta. Anakandamu ini terlalu gian untuk melantak makanan lebih2 lagi kalau ibu bermurah hati untuk sponsor. Auww, you are so sweet mum!

Ok. Semalam melantak lagi. Kali ini aku meroyan nak Secret Recipe. At first, nak Choc Banana. Tapi, semalam dah habis. Then I beli Choc Indulgence. Saja nak try yang ini. Yeah sedap enak dimakan. Nyumm Nyumm Nyum.







Okeiss laaa....
Sudah mau tido bahh.....









November 19, 2009

xde title...

yeayy!! i'm home. wohooo.... It's so long I do not open this blog. Sungguh bersawang dan sungguh kasihan ku melihat blog ku ini. Previously, I very busy with final examination and many things should be done. and Finally !!! Meh kasi touch up cket blog ku ini. Bagi aku ada mood untuk update blog ni selaloo...

-izzorange-

September 13, 2009

Blogger Boy vs. Nur Kasih

Hari ni rasa mcm nak kongsi cerita yg boleh dikatakan agak menarik n simple but jiwang. ahakss.  'E' suke giler dengan cite Blogger Boy ni. Sedangkan aku pulak ngah kemaruk melayan Nur Kasih. Hehehe... Tapi, aku bagi credit pada dua2 cite sebab seswai ntuk dilayan n kena ngan jiwa.


In conclusion.... 

Blogger Boy vs. Nur Kasih


Ok2. 1st of all, aku nak share tentang hero dye... sape lagi kalau x bukan BUDI.. iye.. i 'm in love with Budi. Opps.. bukan Budi ok. only wif his character yg very very very susah nk carik pd lelaki zaman skrg. Huhu.. Betul la.. x tipu. If character dye kat luar still mcmnie.. OMG! Aku confirm admire dye sampai kapan pun.... Even dye xlah hensem sehensem hensem lelaki yg hensem kat luar sana tu, but his character cover kekurangan kehenseman dye between other guys yg hensem tahap max. Ye la, dlm cite ni la.. aku mention balik.. Dlm jalan cerita ni la.. Budi masak masakan special ntuk gf dye. Wow ^_^ i lioke~ (Nak jugak!!! Sotong goreng tepung plzzz...) Can speak english very very very well. Humble & funny. n in this story, dye setia pada gf nye. Can u imagine.. If all guys yg kat luar sana mcm ni, ouh bahagia dunia adam & hawa! (: 




Nama: Qushairi Razali
Nickname: Qi
Character: as Budi
Age: 31
Starsign: Leo (same wif me!)
State: Penang
Occupation: Musician, Host
Faveret TV Series: Dexter, Californication, Heroes, True Blooed, X-Filer, Friends
Faveret Music Genre: Pop, Rock, House, Electro
Faveret Musician: Friendly Fire, Damien Rice, Coldplay
Comic Superhero: Spiderman
well-kown fact: the original drummer for OAG was this guy called Qi.




Ok, let's talk about heroin dye plak. I know, many guys out there yg giler2 suke dgn diz amoi. Aku suka jugak tgk dye. Coz she's pretty n attractive. Aku suke giler dgn rambut dye. X boleh nak komen lebey2 nnt owang cop aku lesbie pulak nanti. huhu~ Xpe, aku show off gamba beliau ntuk tatapan umum. Yeah.. Check it out!






Name: Julie Woon
Character: Nina
Age: 24
Kuala Lumpur

Fav. TV series : Dexter
Fav. Local actor / actress : Michelle Yeoh/Qi Razali/Nas-T
Fav. Music genre : Jazz
Fav. Singer / musician /band : Diana Krall
Previous acting gigs (TV / Movie) : ‘Like Sunshine After Rain’ independent movie (2008)
Tv Host : Motorsports @ PETRONAS (2008)
Comic superhero/character you would like to be :
Wolverine


Ape2pun, aku nak display gamba admire aku wat masa ni. Kalau aku display, agak2 kowang kenal x sape dye. Mmg suka tgk dye dlm drama Nur Kasih. Kalau kat luar watak dye macamni cnfirm ramai awek menonggeng kalau dye wat pengumuman nak kawen nnt. including me! 



 
Remy Ishak

Ni watak heroin. Mula2 rasa macam xnak cerita pasal dye. Tapi, xpela... disebabkan aku baek hati hari ni, aku show off jugak la pic dye... Zassssssssss 
Tiz - Juliana Evans - xkenal
Nama: Tiz Zaqyah Abdul Razak
Umur: 21
T.Lahir: 25 Oktober 1988
Asal: Kuala Lumpur
Karier: Pelakon
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Mula Berlakon: 2006
Drama: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
Telefilem: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih

 
Ouh, ok. Maybe ini saje yg aku kepingin share bersama kamOo. Dah masuk waktu. Nak solat dulu. Then, tito. Papai~ 




- Mode: STUDY -
- Programming Test -



- Speak the truth, even your voice shakes -


September 10, 2009

Selamat Tinggal Juliet~


Saje nak merepek pagi ni. Sebenarnye banyak benda nak write down dlm blog ni. Terasa nak mem 'belog' sebab test for this week dah abes. hooreyyyy !!! Tapi x boleh heppy sangat sebab ada one more paper. Test rogramming next week on Monday. Dua hari perah otak study Digital Electronic n Operation Research. DE so far ok. Boleh jawab. OR agak kuciwa tang topic decision trees. huhu. Frustrated sebab x cukup masa nak siapkan 'keputusan pokok'. tsk..tsk. Hopefully, jawapan ntuk soklan laen dpt membantu pemarkahan kertas. Hope so.

Hari ni xtido sampai sahur. Class pun hari ni petang je. Management class. Encik Zul, he's funny lecturer. Suke giler dengar lawak2 spontan beliau. Very humble person. Suke maen bowling. Sudah ada isteri dan 4 orang anak lelaki. Cakap je ape2, aku rase semue dye tahu. Cite SpongeBob SquarePants pun beliau layan. Haha. Beliau memang suke membuat orang tertawa dgn gelagat spontan beliau. Nak show off gamba comey spongeBob laa..


 
  
  
  
Dalam usia yang lebey kurang mak ayah kita sekarang ni pun beliau maseh layan cite Cartoon. Mesti beliau layan bersama anak2 di rumah. Suke pd sikap lelaki yg mcmni. Sense of humor mmg patut ada dlm diri seseorang lelaki. X suke la lelaki yg panas baran @ naik hantu . HoHo. Cakap cikit, melenting. Kalau ada yg xkena, nak marah2. Pastu wajib nak carut2 pulak tu. Annoying !!! Be cool la. Nak marah2 sangat kenape? Nak sgt cpt tua ke.. haish.. emo pulak aku ckp psl guy hot-tempered ni. Sifat negatif mcm ni la yg spptnye kena ubah. X salah kalau ubah sikap panas baran ni kepada cool.. relax. Hati x sakit. Jiwe tenang. Masalah x timbul. Baek bagi sape2 yg dlm perhubungan. Respect. Sikap manusia ni kalau diri sendiri yang x ubah, sape lagi yang boleh tolong ubahkan? Think about it.
Ok2. Bukan topic ini yang ingin disembangkan. Ouh, aku teringat tentang kawan baek di secondary skewl yg akan further study kat UK nanti. Raye kedua nanti dye akan fly. Kagum dan tumpang bangge la dpt kwn mcm dye. Pastuh, sorang lagi kawan time study kat Poly Shah Alam pun further study kat tempat yg sama dgn kawan baek aku ni. wut a small world.. Proud of them! Dua2 pun member baek dan geng aku dulu. Bila dua2 call ckp nak pergi overseas, sambung study kat University of Surrey, aku rasa cdey, tumpang gumbira n sgt xsangka dua2 kawan aku dpt tempat yg sama. 

 
Nama dye Hakimah a.k.a Kim.
Kawan since Form 2.
Dulu dye study kat UniKL MIAT (Malaysian Inst. of Aviation Technology).
Duk kat Bandar Baru Bangi.
Yup. Sama tempat dgn Acap.
 
  
Yang ni member laen pulak...
 
Ok. yang sebelah kanan itu ada lah org yg dimaksudkan.
 Nama dye Ruzanna Razali.
Kami kawan tahun 2006 masa first sem kat PSA.
Sama course, sama kepala, satu geng.
Duk kat Setiawangsa, Kay Ell.
  
Muke dye mcm Zila Bakarin kan kan.. 
  
  
 


Huhu. Kenangan abes la kalau tengok gamba2 kitowang amek dulu.   

I gonna miss u both!!! Semoga korang success n xlupe diri bila duk kat negara orang. WAJIB ole2 untuk aku taw. hehehe.  Hope our fwenship will last 4 ever. I do really miss our gud old days ;( 


Korang, jumpe pakwe ensem kat sane kim salam erk. HeHeHe. Ala, kem salam jer. Bkn suh post laju pakwe ensem tu pun. Ole2 jgn lupa bawak untuk aku taw....
 




No Pain No Gain !!!

Hari selasa lepas dpt result tuk paper MAT. OMG! Markah aku ciput giler. Naseb baek x failed. Memang xhepy langsung dgn markah itu! Mau x happy. Markah lagi cket je dah kategori failed. Jarak nak dapat gred A jauh sama sekali. Aduss... makin tensi dibuwat nye. Study bagai nak rak, tapi x memberi kesan postitif pada result test MAT. Incik Prof, sila la... tolong la.. speak louder n Plz teach us in an effective way. Haish.. mathematics ni la leh nak scorer. Sem ni, too difficult la jadinye nak dpt gred A. 

So Isma, jgn putus asa okew! Keep in ur mind..  Belajar dari kegagalan dan even if u 're not able to achieve ur goals...u will be SUCCESSFUL becoz at the end of the day u'll be happy that u put all ur efforts into it. Insya-Allah..

Back to main topic...


NO pain, NO gain. Melayu pulak cakap: Tiada sakit, tiada keuntungan. Nak Untung, kena sakit-sakit dahulu la. So, in order, to get sumtink.. we need to give sumtink. To be sumtink, we got to go through sumtink. Then u can be the winner at the end. Yeahh~ Totally true what said by Prof. Dan aku setuju dengan Tun Dr.Mahathir punye statement: 

" The problem with Malay people right now is their attitude and mindset. Do away with it gradually and we'll see the Malay people change their mindset and work habits. This is because they have no choice but to work harder and harder.... "


Thinking.....the Malays are going to fail. Ko mau anak Melayu jatuh ke? Of cuz tidak sama sekali !!! Sebab aku pun MELAYU. 


Tapi, ko rasa betul ke org Melayu macam ni ek?? 


  • - Suke panggil orang 'BODOH' hanya sbb suke2 dan too 'BODOH' to realize it's an offensive word.
  • - The LAZIEST person on God's earth. 
  • - Many malay ended at Pusat Pemulihan Dadah for common drug abuse.
  • - U love to eat, lagi2 kalau dapat FREE FOOD !!!
  • - Malay least faveret word = JANJI MELAYU.
  • - U wear ur shirt more than 3 - 4 times before wash it. Same as me too *wink*. But rarely la wat cemtu.tak tipu okek. Selalu basuh baju. Marinah, sila back-up. Kite selalu basuh baju sama2 kan. So guys, plz take note!
  • - Always try to take advantage on other people work.
  • - Prefer to borrow people's stuff rather than buy it, but hardly to return it back. 
  • - Gossip2 plsssss.....
  • - An example of a Malay with good grades = STRAIGHT C - MINUS ~
  • - Most divorce cases are by malay couple.
  • - Cheating in examination or test.
  • - Hujung minggu pulak pesta berlumbe ntuk MAT REMPIT.


Huhuhu... banyak lagi. Tapi ini je dalam kepala. 

I reminded to myself too. Pls put some effort to change our bad attitudes. 






September 6, 2009

Simple Things Women Want....




Respect
·         Show us through your actions that you respect our opinions, careers, interests, friends, bodies, and minds.
·         You don't have to agree with all that we say or do but try to honor our opinions as valuable contributions.
·         Treat us as you would like to be treated. Yes. I do agree for this statement. Kalau nak orang treat u baek, please wat perkara sama untuk orang laen treat u dgn baek.
 Romance
·         Treat us like your girlfriend even after we become your wife.  
·         Date nights, kissing like when we first started dating (Forward to my future husband, ngee~) -- all of the things that made us fall in love with you don't have to stop just because now there are bills to pay, a house to be cleaned, and kids to be bathed. Ataupun bawak balik bunga ros without any reason. aaauuw.. so sweet~
Time
·         Simply making the time to be with us and treating us like your top priority says ‘love’ more than all the fancy gifts and lovely letters includes helping around the house.
·          The realities of a 21st-century relationship are that both partners probably work. If you happen to get home before we do, why not vacuum the living room or throw in a load of laundry? Saling bantu each other.. untuk menjaga kerukunan rumahtangge
Dinner
·         Great us at the door after a long day with fish sticks makes us swoon. Even xpandai masak pun xpe.. anything else.. because it shows that you've been thinking about us.
Communication
·         Women are vocal creatures.
·         We know you love us, but it's nice to hear you say it, too. We can also be insecure.
·         So let us know when you think we're HOT. Tell us we're beautiful. Contoh aje la ni... It helps us feel good. Tell us that you love the CUPCAKES we made.  Notice that we cleaned the bathtub. It doesn't have to be over the top, just let us know that you see the effort we put in, and you're grateful.
Consistency
·         This doesn't mean be boring and predictable.
·         It means that we know you will (Yeah~ I no that no one is perfect!) give us the love and support we need.
Engagement
·         Sila dengar apabila kami bercakap dengan anda. We're not speaking just so we can hear our own voice; we want to connect with you and this is one valuable way we do this. This also means paying attention to the little things.
Humor and Humility
·         Just being able to laugh at yourself is enough. Guys who take themselves too seriously bring everyone down. So, xmao ceyes2 la kan. Funny2 selalu tp bukan LOYAR buruk okek..
Challenge
·         Not the kind that makes a relationship constant work but the good kind that surprises and motivates us to do, be, or achieve what we desire.
·         In other words, don't support lazy or bad habits.

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)