Followers

September 8, 2010

B E R B U K E

Hari ni berbuka sengsorang lagi di rumah....... alahai... sob sob... esok pulang ke kampung. resepi hari ini, sangat simple. aku masak sotong goreng kunyit. dan goreng telur mayonis. tiru macam iklan dalam tv. hihi. itu sahaja yang aku makan untuk berbuka hari ini. sekian. laporan khas dari saya, Isma Izzati. :))

G E L I L A H...

Assalammualaikum... Yeahhh, hari ini mood untuk update belog sudah mari.. jadi, apa lagi. layout sudah bertukar wajah. Sebab malas nak cari background untuk belog, jadi aku hanya memilih untuk tukar dengan pilihan yang telah disediakan oleh blogspot.com ni.. huhu..... Dah dua tiga kali tukar background, mesti tak sampai dua tiga bulan terus missing background tuh. Kali ini, ambil keputusan nak create guna template yang sediada je. Entry kali ini takdelah geli mane pun. Haha.. Sekadar tajuk semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Tajuk yang keluar tatkala ini hanyalah sepatah perkataan G E L I LA H, sebab lucu nye hanya aku sahaja yang tahu :)

Hari Sabtu lepas keluar shopping ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Macam-macam shopping dan sangat tidak larat kaki berjalan. Terpaksa menahan lapar dan dahaga menempuh sepanjang jalan di situ. Ramai sangat orang yang shopping hari tu. Al-maklumlah, hujung minggu mestilah ramai yang ambil peluang macam ni termasuklah aku. Tahun ini, baju raya cukup lah tiga pasang. Itupun baru tambah dua beli baju kurung cotton. Sekarang memang trend orang pakai baju cotton kan. Hmm.. kat Jalan TAR pun memang lelong habis baju kurung cotton ni. Cuma korang kena pandai cari dan pilih corak yang cantik-cantik. Lepastu, mintak lah harga murah-murah sikit. Confirm harga boleh dirunding punya. Jadinya, aku sampai beli dua pasang baju kurung cotton dengan harga yang sangat berpatutan. Hee... Then, wajib juga beli tudung baru. Belikan tudung untuk mak colour merah dan tudung pelangi yang major color more to orange color. Minat tengok host dalam Wanita Hari Ini pakai tudung pelangi tu nampak cantik dan kena dengan gaya. But for me, I just bought selendang yang tanahnye black color and ada manik-manik color orange. Harga nya RM10. Dan beli tudung Ariani tapi bukan brand Ariani (saya tidak mampu.. huhu) purple color. Dan jalan-jalan dalam Sogo sekadar untuk membeli handbag untuk mak, baju kemeja untuk atok dan pakcik Joe serta baju untuk adik. Manusia dalam Sogo memang sangat ramai dan untuk beratur membayar di kaunter juga harus memiliki kesabaran yang tinggi. Shopping dan shopping waktu berbuka pun dah tiba. Hehe.. Then, pergi ke Ampang Point Shopping Mall untuk shopping baju kemeja dan kemeja untuk adik. Last-last, beli air minuman je dan berbuka dekat Taman Rakyat. Rancang nak berbuka di Pizza Hut tapi FULL. Semua tempat FULL dan aku pun satu tak pergi awal-awal untuk di reservedkan meja.Tapi, apapun hari itu sangat BEST ;)






Saya Nak Upah (wat muka chomel..)