Followers

December 30, 2010

jejaka HOT

Okie dokie. Apa yang HOT? jeng...jeng..jeng...

ahaaa.. mesti ada yang dah boleh target jejaka mana yang sekarang ni memang tengah malatop2 dan menjadi sebutan ramai orang.. Siapa lagi kalau tidak bukan si Khairul Fahmi Che Mat. Macam pisang goreng panasssss weyh Goal Keeper Malaysia ni sekarang. Bukan apa, memang semua pun kagum dan 'salute' dengan gaya dia beraksi. Lagipun, memang perlawanan semalam dia betul-betul membuatkan ramai aweksss teruja melihat aksi si Fahmi ni bermain. Tapi jangan tak tahu, Fahmi ni sudah berPUNYEEE! At first, memang dah agak watak Fahmi ni macam pemalu. Then, bila dah study blog (study tuhhhh... wakaka), baca satu demi satu entry si girlfriend Fahmi ni post, then memang dah boleh baca si Fahmi ni memang seorang yang pemalu. Ho, soe lagi.. demo oghe kelate...supo hok kawe. Hehehe.. Tapi, awek si Fahmi, meh la aku bagi nama si Elia ni dia duduk kat Setiawangsa. Diorang ni sama-sama lahir tahun 1989. Muda dua tahun dari aku. Kira adik la ni kan... Tapi bila dah famous macam ni, dah tak nampak macam adik-adik. Macam aku yang adik ada laa... Hahaha.. Weh, mamat ni memang chinese look abesss. Malas nak cite panjang sebenarnya. Sebab aku yakin semua blogger yang rajin update blog and tengok bola semalam mesti akan update pasal pemain HOT ni. Percayalah cakap aku. Tahniah buat pasukan Malaysia. Bangga gilerrr ;)

Meh aku bagi link si Elia, awek si Fahmi ni... Short & Sweet ;) Ouh, lupa. si Elia ni ada cousin tinggal di Andalas. Ada dia update kat blog dia. Cousin dia ni budak taman perumahan aku jugak. Baru tahu... Mana tahu, dia beraya uma cousin dia tahun ni dengan si Fahmi, senang cket nak mintak autograph.. Ngeh3..


December 21, 2010

LAYAN LAYAN

Assalammualaikum

Ceh cehh.. Apa yang nak di layan pun tak tahu lah. 
Sekarang sila translate kan "ask heart' in malay - Tanya Hati. 
Tapi nak tulis Tanya Sama Hati sebenarnya. Ini lagu by The Ramlees. 
I love this song!!!
Lagu ini selalu berkumandang di corong radio if anda semua dengar radio lah kan. Lagu ini tribute to P.Ramlee and bukan lagu ini sahaja yang berkumandang di radio, banyak lagu lagi tapi di mainkan semula oleh kumpulan artis yang lain. Lagu ini selalu dinyanyikan oleh si dia. Jiwa seorang yang klasik memang lah begitu. Hehehe. Asal lagu ini berkumandang je, mula la beliau nyanyi tak henti-henti. Dari memandu dengan perlahan, tetiba jadi laju dan sekelip mata sudah sampai destinasi. Ngeheee ~ Pada mulanya, rasa macam lagu lama lagi sedap untuk didengar. Tapi bila lama-lama dengar lagu ini, jadi macam terlayan plak. *ahakss* 

Cuti semester dah nak berakhir. Saat-saat menghitung hari untuk dimulakan dengan langkah baru, tahun baru, kehidupan baru pada tahun baru yang bakal menjelma tidak lama lagi. TAHUN 2011. Ouh, sekejap sangat dah masuk tahun 2011. Lagi 9 tahun je akan mencecah tahun 2020. Saya pun tidak pasti bagaimana keadaan pada tahun 2020 itu nanti. Sudah berkahwin kah saya? Sudah ada anak kah saya ketika itu? Hmmm... atau, saya sudah tiada di bumi ini lagi? Hidup kena survive. Belajar berdikari. If tengok tahun-tahun yang akan datang, zaman akan terus berubah. Bertambah maju. Kalau diikutkan, saya ni belum maju lagi. Masih di bawah tempurung kelapa lagi. Heee ~ Tapi, alhamdulillah saya tidak buta IT. Kira tahu jugaklah mana nak click close, mana nak minimize. Hek eleh, itu adik korang yang kecik pun tahu kan kan. Yelah, itu pasal la saya cakap saya celik IT. HAHA.. So, macam biasa semua pun akan menanamkan azam baru sempena tahun baru yang bakal menjelma, tinggal lagi 10 hari lagi je dari sekarang. Lets countdown the days =)) Nak tahu azam baru saya? Sempena tahun 2011 ni, rasa nak melangkah ke tahun baru tu macam lain sikit. Mungkin sebab nombor pangkal hujung dah berubah menjadi kategori 'belas-belas'. Ouh, maksud saya di sini macam kita belajar matematik, bermula dari sa, belas, puluh, ratus and so on.. Itu yang saya maksudkan. Kita melangkah ke tahun baru. Ke angka 'belas' yang pertama. Dan bila masuk je tahun 2011, umur saya akan melangkau ke - 24 tahun. Ouh, cepat nya masa berlalu. Ikutkan, memang masih menikmati usia 23 tahun tapi saya ini suka mengira ikut tahun. Kalau lahir tahun 1987, so bila tahun 2011 semua orang yang lahir pada tahun sama dengan saya secara sendirinya akan saya kira sudah 24 tahun walaupun tarikh dilahirkan lambat lagi. Macam tak percaya je dah 24 tahun. HAHAHA. Weh, sumpah rasa macam dah kakak-kakak okeyyy. Dah tak boleh gelak-gelak gedik. Gedikkk ke??? Dah tak boleh menjerit-jerit depan public. Paling tidak pun sudah harus belajar kedewasaan dan perlahan-lahan meninggalkan zaman keremajaan. Masih remaja lagi... Tapi, 24 tahun tu  patut dah boleh timang anak sorang. Dah dengar anak panggil diri kita Mama/Mami/Ibu pun. HEHEHE.. Logik tak kalau saya cakap, if kita kahwin ketika usia 22 - 23 tahun, then the next year kita dapat anak. Dalam masa 20 tahun akan datang, kita dah ada sorang anak teruna/dara. Waktu usia kita 24 tahun, kita dah lahirkan anak. Then, waktu 20 tahun akan datang kita dah berusia 44 tahun. Dalam lingkungan 45-50 tahun, kita dah leh dapat CUCU. Hehe.. Mak dan ayah saya kahwin lambat :))


Orang kat status, 22 tahun semua dah status MARRIED. I bila nak tukar status pulak? hukhuk. Haishhh ISMA, hang jangan duk gatai sangat nak kahwin. Belum sampai seru lagi :) Yelah, bukan apa. I realized that my parents is not getting younger. My time with them are very PRECIOUS and I always wish that I could be with them 24/7 :( They gave me a lot of support and of course so much love.. The more I grew older, the closer we are since im wiser now. I love them very much, so that I want to be the best for them. Memang mak dan ayah tak pernah tanya pasal kahwin, sebab saya masih menuntut lagi. Tapi, mak ada sikit-sikit pasang angan :D Nak pelamin macam ini lah, nak wat hantaran macam ini lah. Agaknya dah tak sabar kot nak dapat menantu. NGEEEE ~ Sabar ye mak, ada jodoh ada lah mak. Doa restu mak dan ayah yang ku pinta agar selalu mendoakan yang terbaik buat anakandamu ini. Uikss... dari nak cakap pasal azam, dah merepek cakap pasal nak kahwin. Suka lari topik laaaa ~ 

Apa-apapun, nanti lain kali aja saya update pasal azam baru. Ada baca berita tentang budak perempuan berusia 17 tahun yang kena tikam 19 kali di perut dan di simbah asid oleh lelaki berusia 42 tahun (ada tulis 44 tahun) gara-gara cinta lelaki ini tidak dibalas. Lebih kepada dia mencemburui perempuan ini sebab mesra dengan lelaki lain. Tapi, terbongkar pula doktor mengesahkan anak dalam kandungan yang baru 5 bulan mati akibat kesan tikaman di perut. Apa yang terbongkar? Terbongkar yang dimaksudkan di sini ialah keluarga budak perempuan ini tidak tahu menahu tentang kehamilan anak perempuan mereka sebab di rumah, budak perempuan ini tak nampak tanda-tanda hamil. Mungkin juga perempuan ini cuba merahsiakan hasil hubungan terlarang ini dari keluarga sendiri. Kesian kan. Bukan apa, kesian la bila di tikam 19 kali dan di simbah asid. Tapi, terbongkar sendiri yang ada kandungan dalam perut walhal baru berusia 17 tahun dan belum kahwin lagi. SPM lagi kan. Dan dan dan, mak masih gagah untuk menerima anaknya. Pengorbanan seorang ibu memang tiada nilainya. Dalam berita ini mengatakan lelaki berusia ini cemburu melihat perempuan ini keluar bersama lelaki lain sedangkan dengan lelaki berusia ini pun budak perempuan ini melayan jugak. Hmmm... cuba fikir? Saya kasihan dengan budak perempuan ini. Tapi, mungkin ada hikmahnya. Budak perempuan ini masih di rawat di ICU. Mungkin ada hikmahnya pada budak perempuan ini. Saya rasa anda semua dapat fikir budak perempuan ini jenis yang macammana semasa dia sihat sempurna. Kalau dia tidak melayan cinta lelaki itu, barangkali mungkin silap terang-terang pada lelaki itu. Itu lah nama nya CINTA GILA.Tapi, bila meminta-minta pada lelaki untuk membeli kan itu ini, dan melayannya, tapi masih melayan lelaki yang lain, kemungkinan besar padahnya. Kalau dapat lelaki yang tidak GILA, mungkin dia tidak akan mengapa-apakan kita. Itulah sukarnya bila hati menyimpan dendam. Ternyata kita akan lebih terpesong jauh dan melakukan sesuatu di luar kawalan. Tapi tapi tapi, jangan ingat dari luar nampak normal nampak waras. Tapi, bila hati di kuasai syaitan, takde siapa pun yang boleh membantu kecuali Allah Taala. Saya fikirkan macammana lah perempuan itu nak tempuh masa depan dia dengan keadaan yang begitu? Semoga Allah memberi kekuatan pada beliau. Amiin.

End. 


Assalammualaikum

addict -_-

Assalammualaikum. 
Ouh, makin hari makin menggilai dunia fesyen. 
Apakahhhhh ???
Tak mahu menjadi mangsa fesyen buat masa ini kerana kepingin membeli barang atas hasil duit sendiri.
Akan tetapi.... 
Tak dapat menahan nafsu melihat gaya mereka di luar sana yang sangat menggiurkan. 
Wah, ayat macam nak geli geli pulak kan aku nih. 
Sangat adore melihat mereka menggayakan fesyen up-to-date but still muslimah. I love it =)
Sampai terikut-ikut di buatnya dan terus webcam suruh tengok ada gaya tak?? (okie, sedap kan hati mestilah cakap ada gaya) :D






Okey. Sila GELAK =) Kenapa saya tak seswai pakai camni.. Sebab nanti nampak lagi BULAT. 

Terima Kasih. 

Assalammualaikum

December 13, 2010

Do it Yourself

Ok. Entry kali ini nak cakap pasal barangan-barangan keperluan yang perlu kita titikberatkan berdasarkan kekerapan yang sepatut kita gunakan. Ini gara-gara terbaca satu artikel yang sememangnya ingin dikongsikan bersama-sama dengan korang semua. Kita semua menjalani kehidupan seharian memang tidak lengkap kalau tak sikat rambut kan kan? Selepas mandi, sebelum tidur, nak janguk-janguk (bahasa kelate), nak melawo mesti la nak sisir rambut. So, pernah tak korang cuci berus sikat rambut tuh?? Haa.. inilah yang kawan nak kongsikan. Aspek kebersihan perlu di utamakan. Benda ni simple, mudah and easy je. Korang semua kena rajin-rajinkan diri cuci setiap minggu dengan menggunakan air panas. Tapi, kalau sikat tu dah rosak, ganti aje lah dengan yang baru. Nak tahu sebab kenapa perlu buat macam tue? Sebabnya ada kajian mendapati 1mm folikel rambut kita ini boleh menyumbang kepada 50,000 gem dan berus rambut itu boleh menjadi punca keadaan tersebut. Berus sikat rambut tu sebenarnya mengumpul lebihan produk-produk rambut dan menjadikannya melekat dan menarik kekotoran pada rambut kita. Tu yang kadang-kadang korang ada nampak tak bulu-bulu kat sikat tu. Yesss, itulah yang kita cari pada rambut anda. Hehehe... 



Second things is.. Kasut Jogging. Kasut jogging pun kita perlu titikberatkan ye anda semua. Sebabnya kalau kita berlari menggunakan kasut yang lama, ini boleh mengundang risiko cedera dan jangkitan pada kaki kita. Kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah di pam. Wahhh... dahsyat statement kajian ni. So, kalau anda betul-betul menitikberatkan aspek kebersihan, apa salahnya tukar pada yang baru. Tukar bila betul-betul dah tak koyak sangat. Mmm... camana pada mereka yang tidak bersukan? Rajin-rajin lah cuci kasut =))



Third is.. Berus Gigi. Yesssss. Yang ini aku kerap kali melakukannya dengan menggantikan berus gigi yang baru after 3 months. Kajian bagitahu berus gigi yang digunakan lebih dari tiga bulan adalah kurang berkesan. Virus seperti Hepatisis B da C boleh merebak sekiranya kita berkongsi berus gigi. Ishhh, berkongsi berus gigi? Tak sanggup. 





Yang ke-empat, ha... perhatian pada gadis, remaja perempuan, wanita, ibu-ibu dan puan-puan sahaja. Anda perlu tukar coli setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan. Sebabnya payu dara kita ini dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen Cooper. aik, macam mini cooper plak kan. Haha. OK. Balik cerita asal. So, disebabkan coli yang longgar ini akan memberikan impak pada payu dara apabila ia melantun berulang-ulang dan ini boleh menyebabkan payu dara anda mengendur. Dan untuk makluman, penyokong besi yang dipasang pada coli akan menjadi kurang berkesan selepas tiga bulan. (Peringatan buat aku) Only for three months aja berkesan. 

Yang kelima, biasalah kita semua tidur menggunakan bantal. Bantal pun perlu dititikberatkan. Kalau tak mahu cuci, jemur kat panas. Ganti kain cadar dan sarung bantal dengan kerap. Ini bagi menghindarkan kita dari dijangkiti hama, najis hama dan juga peluh. 

Yang keenam, pisau pencukur harus ditukar selepas dua atau tiga kali cukuran. Dan peringatan penting, jangan berkongsi pisau cukuran bagi mengelakkan jangkitan kulit. 

Yang ketujuh, tuala mandi. Kita harus cuci tuala mandi kita seminggu sekali pada suhu 60 darjah Celcius dan jangan berkongsi tuala mandi. 

Ok. Itu saja. Sekian .

SUKA DIA

Yup... aku sangat suka dengan dia. Dia yang aku maksudkan di sini ialah.......... Ryzal Jaafar. Owh, suka sangat dengan mamat nie. Tadi tengok Jangan Tidur Lagi, ada dia. If korang perasan, dia selalu berlakon watak baik. Hopefully, kat luar pun dia berpewatakan baik lah kan. Insya-Allah. Kenapa aku suka dia? First of all, of course la sebab orangnya tinggi. Actually, tak berapa minat mamat yang muka ala-ala jambu ni. Mamat muka putih-putih suci macam nie. Kalau boleh, aku sebenarnya suka yang gelap ala-ala hitam manis.  Heee ~ Tak tahulah kenapa suka sangat dengan dia nih. Sebab macam budak baik kot. Macam aje lah tapi tak tahulah dalaman nya bagaimana orangnya. 







Jeng... Jeng... Jengggg................ Dan dia tetap di hati. Hehehe...

Dan gadis yang aku suka tengok selain Irma Hasmie, aku suka tengok Norliana Shamsudin. Bukan lesbian wokeyhh, tapi suka watak lakonan beliau yang selumber dan funny. Cantik dan manis tu of course la. Tapi yang pasti, bakat tu ada. Dan bila diorang berlakon, mesti ada kelakar-kelakar watak yang dibawa =)) Ha, one more thing.. Dia ni bekas girlfriend Pierre Andre. If aku lelaki, if aku LELAKI la kan, aku memang choose dia ni pun. HEHEHE...  



Ok. Geli plak entry kali ni. Seolah-oleh aku melahirkan rasa suka pada seseorang. Dah la suka pada perempuan pulak tuh. Tapi ni sekadar luahan dari mata je okeyyy. Jangan duk pikiaq bukan-bukan naa ~ Ok, orang kedua aku suka tengok Sherry Ibrahim. Nak tahu siapa dia? Google la sendirik. Hehehe.... Sherry ni pun best jugak bila dia berlakon. Macam gedik-gedik manja. Pada aku, masih boleh diterima sikap gedik-gedik manje si Sherry nie. Sebab nampak natural aje. Aku suka since tengok cerita Chapalrela. Weh, kelakar ok cerita Chapalrela nie. Rugi korang tak layan cerita nie. Bukan la lawak memanjang cerita dia, tapi sepanjang cerita ada part-part yang memang funny dan buat aku terhibur. Lagipun, dia ni memang cantik pun. Dan untuk makluman, dia lah bekas girlfriend Ashraf Muslim. Wewiitttt~  Pernah couple dengan Ashraf Muslim yang handsome tuh. Tapi diorang berdua ni takde banyak cerita panas pun kan kat media. So, in my list aku dah list kan Irma Hasmie, Norliana Shamsudin dan Sherry Ibrahim. Lisa Surihani?? Hmm... bukan aku tak minat dengan lakonan Lisa, lakonan dia boleh diterima tapi kalau tanya aku, aku biasa-biasa aja bila tengok dia nie. Comel tu memang comel, cun memang cun la kan. Semua orang pun tak akan nafikan. Tapi, ini cakap atas dasar suka pada perwatakan, gaya, imej dan lakonan. Sifat-sifat dalaman tu of course lah aku tak tahu diorang punye real life yang macammana. So, entry ini sekadar ingin berkongsi perasaan suka melihat mereka-mereka ini. Korang pun mesti ada kan? Kan? Kadang-kadang ada perasaaan kita suka tengok gaya, cara bercakap, cara berjalan,  perwatakan, cara berpakaian seseorang tu dengan sendirinya. Bukan bermaksud kita Lesbian or Gay (bagi lelaki), cuma kadang-kadang SUKA sebab ada aura pada mereka ini yang membuatkan kita suka pada mereka. If tanya aku, if aku listkan... 


- Aku suka tengok orang pandai. Pandai bergaya tu satu bonus lain lah kan. Sekarang ni, aku suka tengok budak yang otak pandai. Sebab bila kita berbicara dengan diorang, ada satu benda yang susah aku nak describe ada pada mereka ini. Mereka bijak dan yang penting, kata-kata mereka banyak mendatangkan ilham pada aku dan semestinya diorang tak bercakap kasar. Hmm.. memanglah aku suka kan. Sebab aku pun memang tak suka berkasar-kasar nie. Hee ~ Yang pandai bergaya ni, memang pada aku satu bonus lah. Tapi, bila berbicara, rasa macam kosong. Lebih kepada alamakk, kau dah la chantek. Tapi bila bukak mulut, rasa macam takde apa-apa. Dari aku suka tengok kau cantik, tapi lama-lama dah rasa biasa-biasa aja. Tapi, if bijak dan cantik, uishh... sumpah aku mesti sentiasa puji-puji budak tu punya dan kira umpama doa lah kan. Cukup 44 kali kita mendoakan insya-Allah, termakbul. Tapi, itu semua pada dasarnya tak penting pun. Yang penting, HATI kita. Bila meningkat dewasa, if korang sedar or mengalaminya sendiri, korang akan sedar ia berlaku sekeliling korang semua. Itu semua anugerah dari Allah. Hargainya lah... yakin dan percaya pada Allah. Itu yang penting..


December 12, 2010

Wayang


Hari Khamis lepas pergi tengok wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hehe. Ramai sangat-sangat-sangat orang Melayu yang menonton cerita ini. Biasalah, filem melayu, siapa lagi kalau tak bukan orang Melayu yang kena support filem orang melayu kita. So far, cerita ini agak kelakar. Hehehe... Nak kata lawak giler tu tak ade lah. Sebab ada certain part yang feel bored while watching this movie. Tapi, enjoy la tonton cerita hantu Kak Limah tambah lagi ada si Awie and Johan Raja Lawak. Kalau ada Zizan Raja Lawak mesti triple lawak kan.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, result dah keluar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada Mu ya Allah... Sem depan dah naik Semester 5. Lagi setahun nak tamatkan pengajian. Final year project sedang menanti. Praktikal pun sedang menanti bulan Mei - Julai ni. Then final semester dari Julai - November 2011. End of 2011, insyaAllah kalau tiada halangan dalam pembelajaran dan kehidupan , terus nak cari kerja =)) One more year to go Isma ~  New Year is coming around. Semoga aku mendapat keredhaan dari mak dan ayah serta mendapat rahmat dari Mu ya Allah untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar tahun akhir. Kalau ada rezeki, insyaAllah nak sambung belajar lagi. Tapi, biarlah keadaan yang menentukan. Takut nanti saya yang paling lambat kahwin. Hihihi... Kegatalan memuncak di sini =) Tidak lupa juga, Selamat Pengantin Baru buat abang Ejat, Luqman dan Kak Hana. Next year, mereka akan fly ke UK dan menetap di sana selama 3 tahun. Kak Hana akan sambung phD (Doctor of Philosophy) dan abang Luqman akan berkerja di sana. Congratulations to both !! Duk berangan if dah menetap kat sana, mesti kalau ada rezeki dapat anak, mesti anak depa speaking kencang punye...  Hehehe...

HAPPY BECOMING NEW YEAR !!!

December 5, 2010

December

Today is Sunday. Ada MELODI. Yeayyyy !!! So, jangan lupa layan Melodi okies hari ni. 

Silalah datang kembali mood untuk berbelog. Malas sangat nak update belog tapi dah hias cantik-cantik dan yang penting sekali dah buang masa ku berjam-jam mencari template untuk blog konon nak cantik macam belog kawan-kawan yang lain tapi masih belum se chantek belog-belog mereka. Haih, aku ni harap je amek Networking tapi masih tak PRO lagi dengan dunia perangkaian seperti ini. huhu ~ 

December ini ada majlis kawan-kawan mendirikan masjid. Selagi ada kelapangan waktu, akan aku penuhi undangan tersebut. Pada 28hb November 2010 (Ahad), kawan aku time study di Politeknik Shah Alam, Shuhaidah binti Shaharom telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Farhan Ali. Dan semalam  (04hb December 2010) adalah kawan semasa study di MGS dulu, OUH sangat tak sangka Lailatul Fadzillah Abdul Hadi dah sah menjadi isteri orang yang telah berlangsung di Dewan Teluk Pulai, Klang. Dan kawan saya Emy Aida binti Mohd Yusof juga, rakan sekolah Teknik Ampangan, telah selamat mendirikan masjid bersama pasangan hidupnya pada 20h November 2010 di Kepong, Selangor. Tapi, majlis Emy aku tak dapat pergi. OUH, mereka berdua (Emy & Lailatul) adalah kawan sebelah meja semasa zaman persekolahan dulu. Dengan Emy, dua tahun (Form 4 & Form 5) kami duduk sama-sama dalam kelas. So, memang banyak la kenangan dalam kelas. Dan Lailatul pun ada member semeja masa di MGS. Haihhh ~ Memang sangat tak sangka-sangka. Kalau ingat balik, dulu-dulu ada jugak gatal-gatal cakap pasal kahwin dengan mereka ini semua. Dan sekarang, semua nya dah hadapi realiti kehidupan itu. Dan sekarang, aku nak tengok Nur Hakimah Nur Hashim punya turn plak. Hehehe.. Kawan baik semasa study di Andalas suatu ketika dulu. Kami berdua dulu memang sangat comot ok. Tapi masih gatal-gatal suka kat abang-abang senior. Haha ~ Dan kawan-kawan aku semasa study di Politeknik Shah Alam, Ruzanna Razali, Nurul Aqma dan Nur Izzati... Milik siapakah mereka ini??? Kita tunggu bila sampai waktu =)) Dan kawan-kawan di UiTM Arau, Perlis.. Semoga aku dapat berkongsi kegembiraan bersama mereka semua. Amiin.

Majlis Perkahwinan Shuhaidah Shaharom & pasangan

Picture ni blur cket, x bawa kamera ;(( Guna kamera HP Haida..






Ok.BYE

December 3, 2010

revision ONLY

OK.OK. Jangan pelik sangat ye dengan apa yang aku tulis kali ini. Sebenarnya, ini hanya lah untuk kegunaan for an interview. So, I keep it here for temporarily. Usually, bila kita dapat interview kerajaan macam ni banyak benda yang perlu kita ketahui. Normally, we need to know about general subject that related with government, of course. Study cket meh..

1. Agong ke-13: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Kuala Terengganu.

2. Menteri Kesihatan: Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai (aku pun tak pernah ambil tahu sebelum ni. Huhu ~)

3. Timbalan Menteri Kesihatan: Y.B Datuk Rosnah Shirlin Binti Hj Abdul Rashid Shirlin

4. Ketua Pengarah Kesihatan: Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Mohamad Ismail Merican

Hehe.. alamak, mak saya dah panggil makan... Nanti kita sambung yeah..

December 2, 2010

- Kata Hati -

Masih tiada ikatan

Walau telah lama berpasangan
Hanya bahasa meyakinkan
Hubungan kita

Dengan suara yang syahdu
Dapat kau lukis hatiku
Keindahan mimpi-mimpimu
Apakan benar cinta berbunga
Harum di dalam jambangan jiwa
Sehingga ku asyik terlena olehnya...

Rindu berlarutan
Mimpi berpanjangan
Namun belum ada kenyataan
Mahligai masih lagi
Terapung di awangan
Dalam madah
Seloka cinta

Berapa lama lagi
Perlu aku nanti
Rindu ini mencecah ke bumi
Segala janji akan menjadi nyata
Dan bertapak mahligai bahagia
Bukan aku memaksa
Tapi selanjur bercinta
Biar sampai berumahtangga

Biar kita beralas adat
Demi menjaga bangsa berdaulat
Agar kita dapat syafa'at
Di akhirat

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)