Followers

December 14, 2009

Best Sangat ke Cantik Tu ?

Tajuk entry saya pada hari ini ialah 'Best sangat ke cantik tu? '. Yes, ini adalah tajuk yang ingin dikupas. Dikupas satu persatu seperti mengupas bawang ye puan-puan. Tetiba teringat dialog Que Haidar dalam Papadom. Siapa yang dah tengok mesti tahu dialog mana yang dimaksudkan. Hehe. Rugi siapa yang belum tengok lagi. Kerana filem ini penuh dengan kasih sayang seorang bapa dan ibu kepada anaknya. Semua ibubapa inginkan yang terBAEK buat anak-anak mereka. Mereka tak mahu anak-anak mereka merasakan kesusahan sebagaimana mereka telah rasakan. Sebab itulah semua ibubapa didunia ni selalu pesan kat anak-anak suruh belajar rajin-rajin. Bila kita belajar rajin-rajin, kita dapat kerja yang bagus, gaji besar, hidup kita akan lebih senang dan terjamin. Doakanlah yang terBAEK buat anakandamu ini wahai ibuku...

Adoyai, dah terbuka topik lain pulak. Selalu pun mesti macamni. Dari nak cerita lain ter'story' cerita lain. Sebab apa yang ingin ditulis di sini semua sepintas lalu je dalam minda. So, tangan ni laju je terus menaip walaupun sebelumnya tadi rasa nak ber'blogging' dan nak share topik seperti yang tertera di atas. Ok. Jap. Jap. Nak kena amek mood dulu. Sebab tadi ter excited and obses dengan Papadom. T_T (1st time tiru gaya macamni..)




So.. Best sangat ke cantik tu? Hmm.. Kalau soalan ini ditanyakan kepada orang buruk, jawapannya mestilah best. Tapi betul ke best menjadi orang cantik? Actually, tak ada orang yang buruk. Semuanya cantik. Buruk atau cantik itu hanyalah penilaian manusia yang selalunya tersasar. Ok. Sekarang cuba kita tanya pada orang yang cantik, mungkin jawapan yang diberikan berbeza. Kenapa saya berkata sedemikian? Ok. Meh dengar cerita ini dulu. Kisah benar, terdapat seorang gadis yang amat cantik, tinggal di sebuah kampung. Gadis ini memang sangat cantik dan menyebabkan ramai pemuda dan remaja yang menggilakannya. MasyaAllah, cantiknya! Getus setiap orang yang melihat apabila gadis ini lalu depan mereka.  Gadis ini bukan saja cantik malah mempunyai tubuh yang perfect! Walaupun gadis itu baru berusia 15 tahun, tetapi kecantikannya terserlah dan ini memang menggilakan.  Dek kerana terlalu cantik, dia tidak pernah bebas dari gangguan. Apabila berada dalam bas sekolah, budak-budak lelaki akan sentiasa mengusik gadis ini. Malah, bukan mengusik je, tapi lebih daripada itu. Yela, mana tahu kok-kok akhirnya bisa mendapat kasih sayang gitu! :)

Di sekolah pula, dia masih tidak bebas dengan gangguan termasuklah beberapa orang guru yang mabuk kepayang pada gadis cantik ini. Pendek cerita, masing-masing akan cuba melakukan macam-macam perkara hanya untuk memikat dan lebih kepada mencuba nasib. Mana tahu kalau dapat, bertuah lah empunya badan. Best sangat ke cantik tu? Kalau ditanyakan pada gadis itu pada waktu usia itu, jawapannya mungkin YA. Maklumlah, belum terlalu mengenal makna kehidupan. Tapi, kalau ditanyakan sekarang, mungkin jawapan nya berbeza. Ini adalah kerana, orang cantik akan lebih banyak mengalami gangguan psikologi apabila tua kelak.  

Kecantikan itu adalah satu anugerah untuk disyukuri. Kecantikan itu tidak pernah bertahan selama-lamanya. Bangunan yang dibina dan dijaga rapi bila tiba masanya akan menjadi tidak memukau lagi. Dulu bangunan Tabung Haji dianggap antara yang tercantik dan terunik di Kuala Lumpur tapi kini KLCC telah mengatasinya. Dan tak perlu hairan sekiranya suatu hari nanti KLCC pun akan terima nasib yang sama. Itu baru kisah sebuah bangunan. Manusia apatah lagi nasibnya.


Ya! Kecantikan itu memang penting tetapi usah terlalu dipentingkan sangat. Bersyukurlah dengan kecantikan yang anda miliki anugerah dari Ilahi. Setiap orang adalah cantik. Jika anda merasakan kecantikan anda mengatasi, alasan itu adalah untuk anda lebih bersyukur kepada Tuhan. Jika anda merasakan kecantikan anda tidaklah semana, anda lebih patut bersyukur kerana Allah telah membebaskan diri anda daripada pelbagai ketakutan yang dihadapi oleh orang cantik. Jika anda merasakan anda amat buruk, ketahuilah di Syurga nanti wajah anda bagaikan bidadari.

Duit, mana kau?

Malam ni ada bola. Liverpool vs Arsenal. Korang team mane? Kalau tanya aku, of course la aku team Manchester United. Hehe. Tak percaya ke? Aku fan kipas susah mati MU tau. Saje je malam ni rajin nak melayan bola. Tapi tak ada mood langsung nak berblogging tapi ada mood jadi stalker. Haha ~ 

Actually aku sedang menghitung hari dan minggu untuk menyiapkan diri kembali ke sekolah. Yeahh.. ke sekolah!!! Bila difikirkan, kalau aku cari kerja masa awal-awal haritu kan lebih bagus. Dapat income untuk cuti semester ni walaupun takde lah mencecah ribu-ribuan. At least, dapat lah aku renewed apa-apa yang patut. Nak mintak mak ayah duit beratus-ratus, rasa kasihan pulak. Jangan kata ratus-ratus, puluh-puluh pun aku tak sampai hati. Tapi duit aku dah makin kekeringan. Yelah, mintak puluh-puluh mana puaskan nak beli itu ini. Kalau aku kerja partime cuti-cuti camni, mungkin ada jugak lah aku duit poket sendiri.

Memang duit ni penting dalam hidup kita. Zaman sekarang ni kita mana boleh cakap "Takpelah. Tak ada duit pun tak apa. Janji dia sayangkan aku." Oh no! Silap. Silap. Silap langkah. Zaman sekarang orang sangat perlukan duit. Apa-apa sekarang semua kena ada duit. Memang duit itu tidak akan memberi kebahagiaan yang berkekalan, tapi ia ada kepentingannya untuk diri kita di waktu kesusahan dan untuk memenuhi keperluan hidup kita.  

Apa aku melalut pasal duit ni? Dari tengok bola terus cakap pasal duit. Memang tak ada kena-mengena langsung. Nampak sangat aku gila duit. Hihihi.. Ada sesiapa nak bagi aku duit? Boleh aku beli beg baru usha kat Giordano. Aduss... meleleyh hinguss tengok harga. Tapi hati terpikat hanya pada nya. Huhu.. Dah la isma, jangan berangan ya. Kalau beli beg tu, boleh dapat lagi 6-7 beg kat pasar malam. Lagi macam-macam kaler ko boleh pilih... Tapi mak.... Saya suka kipas susah mati kat beg tu !!! Ok. END. 

December 12, 2009

Ajal Maut di tangan Tuhan

Hi guys! Lagi cerita tentang 'kematian' yang aku baca hari ini. Korang mesti baca kan paper hari ni. Tentang kemalangan ngeri yang mengorbankan 4 orang serentak selepas 3 jam majlis akad nikahnya dilangsungkan. Sangat sedih bila aku baca berita ni sebab sepatutnya majlis ini adalah saat yang membahagiakan bagi kedua-dua pengantin baru tetapi sebaliknya yang berlaku. Apa yang difahamkan, cinta mereka ini telah berputik sejak diorang menuntut di MRSM Berseri lagi sebelum diorang mengambil keputusan untuk berkahwin selepas pihak lelaki tamat pengajian di United Kingdom. Pada usia 23 tahun dah sudah menamatkan pengajian dan semestinya lelaki ini tergolong dalam orang-orang yang berjaya kan? Dan apa yang aku tahu, isteri yang dinikahinya juga sedang menuntut di Australia dan masih ada setahun lagi sebelum menamatkan pengajian. Dalam kemalangan ngeri yang berlaki di Kilometer 7, Jalan Kangar - Padang Besar telah mengorbankan 4 orang iaitu pengantin lelaki - Mohd Ariff Ab Kadir,23 - kedua ibu bapa Mohd Ariff, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dan rakan karib Ariff, Mohd Farhan Musa.



Abang mangsa sedang ditenangkan kerana terkejut dengan kemalangan ngeri yang menimpa ahli keluarganya.


Dan apa yang diberitahu, arwah Mohd Ariff yang baru menamatkan pengajian di United Kingdom akan memulakan tugasnya sebagai pensyarah di UiTM Arau, Perlis. OMG! Mungkin juga dia akan menjadi salah satu lecturer aku. Siapa tahu kan? Tetapi, itu semua sudah ditentukan Allah Taala. Mungkin apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Kita sebagai manusia biasa tidak sepatutnya menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku ini adalah satu ujian Allah kepada hamba-Nya. Percayalah, aku juga seorang manusia yang lemah dan aku juga tidak pasti samada dugaan sebegini aku mampu menghadapinya atau tidak sekiranya ia berlaku pada diri ku. Tapi aku pernah baca satu buku keagamaan yang mengatakan bahawa Tuhan tidak akan menguji hamba-hambanya dengan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba Nya.


Walaupun aku tidak mengenali mereka, tetapi sebagai saudara seIslam aku sangat sedih dengan keadaan yang menimpa mereka. Memang ajal dan maut di tangan Allah. Apabila sudah sampai ajal kita, tidak akan cepat dan tidak akan lambat walaupun sesaat. Ajal tetap akan datang menjemput kita.


Aku kembali teringat arwah Makngah dan atok Ahmad. Sehingga kini, aku masih terkilan sebab tidak dapat melihat wajah arwah Makngah buat kali terakhir. Sangat terkilan sebab aku amat menyayangi arwah Makngah dan aku juga tahu ayah aku pun amat menyayangi arwah adiknya. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu dan kini dah 4 tahun berlalu.. Aku masih rindukan arwah  Makngah..Ya Allah, kau tempatkan arwah Makngah dan atok di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Takziah buat ahli keluargaku jiranku yang kehilangan nenda terchenta. Al-Fatihah.

December 9, 2009

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini ada budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu merupakan satu perkara yang wajib dalam kehidupan seharian kita, maka cara makan juga merupakan sebagai satu budaya. Setiap bangsa ada budaya mereka tersendiri. Contohnya orang Cina menggunakan 'chopstick' dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Pernah tak kita terfikir kenapa budaya makan kita berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing? Mesti ada sebab tertentu bukan kenapa mereka mengamalkan cara itu. Sebagaimana yang diketahui, orang Melayu kan biasannya makan menggunakan tangan kanan. Jadi, apakah rasional nya orang Melayu memilih makan dengan menggunakan tangan? Bukan sudu dan garfu, bukan juga chopstick. Soalan ini telah dijawab dengan mudah di akhir abd ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. 


Ceritanya begini.. Pada suatu hari, Tengku Kudin telah dijemput oleh Resident British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah beliau. Ketika itu, semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadap hidangan. Dengan tiba-tiba, Tengku Kudin bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain yang semuanya menggunakan sudu dan garfu, Tengku Kudin dengan selamba menyuap makanan ke mulut dengan tangannya. 


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk disisinya, wanita itu lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?" Dengan selamba, Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Nak tahu apa yang dijawab oleh Tengku Kudin? 


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya ada tiga sebab: Pertama, saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. Dan ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih sebab ia tidak pernah jatuh dalam longkang!" 


Mungkin ada logiknya bukan jawapan yang diberi oleh Tengku Kudin. Moralnya disini, kita jangan cepat memandang negatif dengan perilaku orang lain yang berlainan adab dan budaya yang berlainan dengan kita.

Aku milik Tuhanku

Kehidupan ini sangat singkat bukan? Dan tiada sesiapa yang akan kekal di muka bumi ini. Ya, itu kenyataan. Tapi kenapa pada hakikatnya bila kita mengatakan sedemikian, tiada rasa kesedaran mahupun keinsafan yang terbit dari hati nurani kita. Kerana kita yakin, hari esok masih ada untuk diri kita. Kita seolah-olah tahu kita akan hidup lagi untuk hari esok. Hakikatnya kita langsung tidak menyedari yang sebenarnya kematian sentiasa hampir dengan kita. Kenapa aku berkata demikian? Sebab kita selalu tidak pernah bersedia untuk hari mati kita. Selalunya apabila ada orang meninggal dunia, orang sekeliling yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan rapat dengan si mati akan bersedih. Siapa yang tidak sedih bukan? Tanya lah pada sesiapa pun, aku yakin pasti air mata akan mengalir tatkala melihat sekujur tubuh yang kaku, yang sudah terpisah dari roh dan jasad, sejuk kebiruan. Waktu itu pasti kita yang hidup akan tertanya, dengarkah si mati pada tangisan ini? Apa yang si mati ini sedang rasai ketika ini? Hanya si mati sahaja yang merasakan dan tiada sesiapa yang akan merasainya melainkan apabila sudah sampai sampai ajal kita.


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit mahupun bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, roh akan berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku meminta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan kerana pada waktu ini aku sedang beristirehat daripada seksaan malaikat maut." Selepas itu, mayat akan bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas, begitu juga janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepas roh dari tubuhku. Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh dari tubuhku."


Setelah dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak akan dapat melihat lagi sehingga Hari Kiamat. Mayat tidak mampu berkata-kata kerana roh nya sudah keluar dari jasad. Tapi bagi kita yang masih hidup, kita tidak akan tahu apa yang sedang di alami oleh si mati. 


Dan sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Wahai jemaahku, sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka untuk selama-lamanya." Sesudah mayat diletakkan dalam pengusung, sekali lagi diserunya agar tidak mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 


Sesudah dibawa sebanyak tiga langkah dari rumah, roh berpesan: "Wahai kekasihku, wahai suadaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan jangan lah kamu lalai dan leka ketika ini sebagaimana ia melalaikan dan melekakan aku." 


Rasulullah saw pernah berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Dan setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudian mereka keluar. Dan masuk lagi sekumpulan malaikat yang lain dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudian mereka keluar. Dan akhir sekali datang sekumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak bagi orang itu. Dan sekiranya orang yang nazak itu adalah orang yang beriman, maka malaikat Jibrail a.s akan menyebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa pada orang sekelilingnya. Ini adalah kerana dia sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pada pandangannya kepada sayap Jibrail a.s.


Dan bagi orang yang munafik, maka Jibrail a.s akan menyebarkan sayapnya di sebelah kiri, maka orang yang nazak itu akan melihat kedudukannya di neraka dan dalam pada masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.








Dan ketika aku menulis entry ini, aku tahu yang aku masih belum bersedia untuk mati. Masih banyak lagi pahala yang belum aku lakukan untuk aku jadikan bekalan selepas hari kematianku. 




Akhir kata... "Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

December 1, 2009

e'curve

Semalam aje jumpe Irma Hasmie gf Nabil Raja Lawak. Wow! Cun. Memang cun. Then, I met Adi Putra dgn sorang gadis. Then, E nampak Linda Onn but I tak nampak sebab I tengah menghadap ke dalam (on that time we are in Secret Recipes). Sini memang byk celebrity yg lepaking. Haritu je aku dapat jumpe kembar pemain bola sepak tu.. Adeyh, lupa nama beliau. Tapi bukan suami Rita Rudaini, kembar lagi sorang. Hensem guy! ;) Opps, anyway I bukan nak story about them. Just teruja dapat melihat dengan mata sendiri about their personal life. Memang tidak penting pun. Tapi, biasa la. celebrity and not celebrity. Ouh, I jugak dah jumpe M.Nasir with his family except Marlia Musa. Waktu tu beliau baru lepas tengok wayang dengan anak-anak. Cool~

Ouh ya, semalam I tengok Ninja Assassin. Hero dye yang dalam iklan "Hai, nama saya Rain!" ... Ingat tak? Ha, kalau tak ingat pun ingat-ingat kan jugak la. Best jugak cerita tu. I belum tengok lagi New Moon. Tapi, dah suggest nak pergi dengan Haida on this Wednesday. Murah sikit harga tiket! Hihi. Kita harus berjimat di hari yang betul ye adik-adik semua. Lagipun, hari Rabu ni pun takde buat apapun kat rumah. Next time, I will update for New Moon.

Hurmm, today still bad mood day. I hanya melepakkan diri dalam bilik. Siang tadi I pergi hantar Haida ke train. Sepatutnya teman Haida ke KL tapi lambat sangat dia bertolak. So, tak jadi nak follow. 

Ok, nothing to write down anymore. tengok picta pulak la ok?






 

 



 







Saya Nak Upah (wat muka chomel..)