Followers

January 7, 2013

Kursus Kahwin 2013

Dear Diary,

Kami decide nak pergi Kursus Perkahwinan dulu in sha Allah dalam bulan February atau pun awal bulan March. As per our discussion, aku bersetuju lah nak ambil kursus di area Taman Setiawangsa atau Setapak. After kursus, boleh lah kami pergi usha barang-barang hantaran sket kat area KL tak pun Jalan TAR. Sekarang tak boleh nak amek cuti sangat sebab banyak nak pakai cuti masa raya dan hujung-hujung nak dekat majlis kahwin nanti.

Tarikh yang ada tapi masih belum pilih tarikh yang sesuai lagi:

2-3 February / 9-10 February / 16-17 February / 23-24 February

Lokasi: Mahligai Firdaus Sdn Bhd, 3-2-11 Wisma Prima Peninsula Jalan Setiawangsa II, Taman Setiawangsa, KL

Tempoh Kursus: 12 Jam

Sabtu: 10 am - 6.30 pm
Ahad: 9 am - 1 pm

Contact Number: 03-4252 2067 @ 013-604 6333

Fee: RM80

Barang-barang hantaran pun rasanya dah start kena cari dalam awal bulan March. As per our discussion, kami nak buat 7 berbalas 9 dulang. Haritu masa majlis tunang, kami buat standard 5 berbalas 7 dulang. Ni majlis kahwin nak buat lebih sket untuk barang-barang kegunaan after kahwin nanti jugak kan. Perancangan nak kahwin ni mesti details. Kena alert  time SALE for customer bijak lagi-lagi bila nak shopping barang-barang hantaran with affordable price. Yeahh, jadilah pengguna yang bijak ya! Chinese New Year is coming around. Boleh lah usha2 beg tangan yang brand untuk dijadikan hantaran. Kami target each month mesti ada barang hantaran yang wajib dibeli. 

Barang hantaran pihak lelaki pada perempuan:

1) Telekung
2) Jam Tangan
3) Handbag
4) Set Perfume
5) Innershine 
6) Buah-buahan
7) Gelang Tangan @ Rantai Leher

Barang hantaran pihak perempuan pada lelaki:

1) Al Quran + Sejadah
2) Jam Tangan
3) Spectacles 'Rayban'
4) Kasut 'Timberland'
5) Set Perfumes
6) Set Penjagaan Muka
7) Cincin
8) Gadjet - Ipad
9) Kek

Itulah target barang hantaran kami bedua. Kalau dilihat, kedua-dua hantaran yang akan dibeli sama jugak macam pengantin yang lain. Tak nak membazir sangat, just nak sederhana sahaja. Kehidupan kami after kahwin itu yang lebih penting. Sekurang-kurangnya, ada rumah untuk kami hidup bersama beserta nak shopping barang keperluan rumah lagi - Peti Ais/ Mesin Basuh/ Dapur Gas/ TV etc.

Dugaan bertunang ni sangat kuat. Macam-macam yang u'olls akan rasa bila dah jadi tunang orang. So, jangan terlalu excited sangat dan jangan lah tak amek peduli langsung. Simpanlah rasa excited tu dalam hati. Sampai masa nanti, baru tunjuk ye :)



Buat bakal Imamku,

Selamat malam. Semoga hari esok lebih bermakna buat kita berdua. Ingatlah daku dalam setiap doamu. 


Yang benar,

Hamba Allah




January 1, 2013

Azam Tahun Baru 2013

Hi Diary. Hari ini aku telah kembali menceriakan dirimu setelah lama kau dipinggirkan. Cian ah kau diketepikan oleh tuanmu. 


Hoyey!! Tahun baru beb. Reality kita sekarang berada di tahun baru 2013. Pasti sana sini duk pasang azam baru. Kan Kan? At least satu dua mesti ada dalam list. Azam aku tahun ini mestilah pertama sekali nak improve work performance. Alhamdulillah, last month aku dapat dua berita gembira. First ialah dapat letter "Performance Bonus 2012" and the second letter "Salary Increment". Sepanjang aku kerja sini, sebenarnya takdelah panjang mana pun baru 8 bulan je aku kerja di sini. Aku tak sangka gaji aku dinaikkan secepat ini. Apapun, aku tetap bersyukur kerana kenaikan gaji ini sedikit sebanyak boleh la aku menyimpan sikit-sikit untuk masa depan jugak. Sebelum ni ada jugak menyimpan, tapi tah duit tu tetap mengalir macam air jugak la. 



Sekarang kena buat persiapan untuk majlis kami nanti. Memang sangat merunsingkan kepala weyh! Macam-macam nak buat dan macam-macam tu semua perlukan duit. Boleh botak kepala aku kalau cakap pasal duit ni. Hahaha. Mana ye aku boleh cari duit sampingan? Bisnes? Hurmm, minta maaflah ye skill memang takde dalam bab bisnes ni. Aku tak reti promote barang or semua lah. Biarlah aku hanya menjadi pengguna setia produk-produk tertentu yang berada di pasaran. Biarlah aku yang melariskan produk korang. Biarlah aku yang support bisnes korang.



Azam kedua aku ialah nak menurunkan berat badan. Hehehe. Mesti korang bosan lah dengar bab diet ni. Yelah merata cakap nak kurus balik, sebab dah gemok lah, takde masa nak work out la, takde masa nak gi Gym la. Pipi dah naik la. Lemak kat peha dah kumpul la. Macam-macam la.




Nanti sambung lagi :)

December 24, 2012

Idea: Baju dan Pelamin 2013

Hi All. Please come closer. Ada something nak upload meh la kita pakat tengok sama-sama. Actually, I can't sleep!!! Nasib baik la esok I am on leave. Cuti untuk tahun 2012 masih ada saki-baki, so apa lagi apply la cuti bagi perabeh cuti yang ada. BTW, tengah sangat rajin review gambar wedding dress. Hmmm, sangat cantik untuk cuci mata sahaja. Idea diri sendiri, masih belum tetap pendirian lagi nak pilih yang mana satu. Lagipun, bila survey sana survey situ sini kena jugak tengok balik kocek cukup ke bajet nanti. Apapun, remind balik kat diri sendiri berpada-pada. Cari kepuasan untuk diri tapi still under budget. Ha, gitu baru tak lari bajet.


First: Apa kata anda? Emerald Green with Gold (Songket). Cantik kan??? I like it so much..

Simple yet nice. Suka pelamin yang style macam ni je. Tapi sebab hari tu tunang dah duduk atas kerusi Cleopatra macam ni, so plan time reception nanti nak duduk atas kerusi yang modern style gitu. 

Yes, kerusi macamni lah yang dimaksudkan plan for my wedding nanti. Nampak moden and ekslusif kan. Tema merah macamni sebenarnya minat jugak nampak menarik dan sekali aku tengok macam terminat pulak tapi kalau dengan tema baju memang tak seswai langsung kot. Haihh... pening dah pale ~

Pelamin macam ni masuk lah dengan tema baju pilihan aku nanti. Cuma kerusi tu kena tukar style yang aku nak (review di atas). Cantik kan? Sesuai la pelamin dalam rumah macam ni.

Yang ni memang pada aku sangat cantik. Tapi berbalik pada niat asal, aku nak duduk atas kerusi yang besar tu jugak. Hehee..


Sebenarnya nak review pasal tema and design baju untuk reception nanti. Sebab masih ketandusan idea nak colour apa. Dan sambil-sambil tu nak cari design baju untuk majlis akad nikah. Disebabkan aku ni orangnya sangat lah simple, so aku tetap dengan pilihan kurung modern. Walaupun dah nak masuk 2013, rasanya tak lama mesti keluar design baru tapi for me, akad nikah nak simple sebab baju pun aku akan tempah dan boleh di simpan untuk sentimental value gitu. 


Ok, ini adalah tema baju masa majlis pertunangan aku yang lepas. Sebenarnya niat di hati nak pakai tema color peach orange macam tu. Tapi, di pendekkan cerita aku jadikan tema tu untuk majlis akad nikah kami nanti. Sebab aku dan En. Tunang tak nak pening-pening kepala dengan tema, so aku telah memilih off-white sebagai tema pertunangan kami. Untuk family dan hantaran, aku buat keputusan last minute pilihan kaler faveret biru turqoise. Dan kami berdua pilih warna white + brown.  


Me + Mr. Fiancee :))

Sorry for gambar yang tak center ni. Haih, photographer ni pun member si dia. Komen banyak pun bukan aku hired diorang ni pun. Sebab aku tak keluar duit untuk upah photographer ni, so aku tak boleh komen banyak la. Tapi komen jugak bila first time tengok gambar tak center. 

Rasa macam dah mengantuk plak. Sambung nanti lah untuk idea baju nikah. Good nite :)

Wedding Preparation!


Hello, Diary. I think you are the most important that I really need now.

Aku memerlukan waktu untuk membuat persiapan menjelang hari bahagia ku. Alhamdulillah, aku dan si dia telah selamat bertunang pada 1hb Disember 2012. Majlis berjalan dengan lancar. Cuma hujan seketika selepas majlis berlangsung.

Sekarang kami berdua dalam persiapan nak menyiapkan diri ke arah majlis yang akan berlangsung in sha Allah November tahun 2013 (exciteddd >_< tauu!!). Later, akan di umumkan kepada public. Memang sudah direncanakan tapi sebaik-baiknya dirahsiakan dulu. 

After getting engaged, banyak yang kami mula belajar tentang diri masing-masing. Dulu masa bercinta, sememangnya kami sudah mengenali each other but after engaged, lebih rapat dengan kedua-dua family dan lebih kepada memikul tanggungjawab sebenarnya.  Masing-masing ada tanggungjawab yang hendak dipikul. Biarlah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. In sha Allah, semoga Allah permudahkan jalan untuk aku dan dia mendirikan masjid. Amiin.

Last week, kami sempat discuss some part untuk permulaan kami dalam persiapan menjelang hari perkahwinan kami nanti. Siap beli notepad and pen khas untuk our wedding preparation. Tak sangka dia seorang yang details rupanya. Hehe. Comel plak tengah discuss tiba-tiba ajak pergi MPH semata-mata nak cari Notepad and pen for taking important notes, so that both of us can sharing and take note important things that we need to prepared. Here we go bebeh..

Our Wedding Event:
Akad Nikah: 
Reception: 

Family Theme (akad nikah) - P:
Family Theme (akad nikah) - L: 

Family Theme (Reception) - P:
Family Theme (Reception) - L: Purple
Bride + Groom: Emerald Green

Date: 
Family Theme (Bertandang) - P:
Family Theme (Bertandang) - L: Cream + Yellow
Bride + Groom: Cream @ Off-white

Preparation:
1) Kursus Perkahwinan:
    Isma - Pending
    Ejat - Pending

2) Hantaran (Our decision: 7 berbalas 9 dulang hantaran)

    Hantaran L kepada P:
    1) Gelang (Pembatalan air sembahyang)
    2) Jam Tangan
    3) Handbag 
    4) Telekung
    5) Set Perfumes
    6) Innershine + Vitamins
    7) Chocolates

    Hantaran P kepada L:
    1) Cincin Silver
    2) Men Watch 
    3) Spectacles (Brand: Rayban)
    4) Set Perfumes
    5) Sejadah + Tafsiran Al-Quran
    6) Kasut (Brand: Timberland)
    7) Baju Kemeja
    8) Cake
    9) Chocolates

3) Mas Kahwin (rate Selangor): RM300 - Masih dalam perbincangan.

4) Wang Hantaran

5) Tempah Baju Nikah - P: Pending
    Theme: Peach
    Design: Kurung Modern 
    Veil:
    Tudung:
    Kasut:
    Make-up:



    Tempah Baju Nikah - L: Pending
    Theme: Peach
    Design: Baju Melayu + Sampin 

6) Kad Kahwin - P: Tetamu Jemputan (500 orang)
    Kad Kahwin - L: Tetamu Jemputan (500 orang)

7) Baju Reception - P: 
    Veil:
    Tudung:
    Kasut:
    Make-up:
    Baju Reception - L: 

8) Pelamin (rumah):

9) Caterer:
     Menu Pilihan:
     1)
     2)
     3)
     4)
     5)

10) Bridesmaid: Nurul Haida =)

11) Borang Nikah:
      Bayaran Tok Kadi:
      HIV test:

12) Senarai Jemputan (Parents):
      Senarai Jemputan (Me):

13) Homestay (for Ejat's Family): Pending
      Homestay (for Kelantan): Pending

14) Rumah Sewa (after married):


Preparation for my Family:

1) Baju untuk Ayah/Mak/Hazwan (Reception):
2) Baju untuk Ayah/Mak/Hazwan (akad Nikah):
3) Baju untuk bertandang:


Preparation for my self:

1) Book SPA Package: 
2) Henna: 




Honeymoon:

Place: Still not decide yet
Price: 
Ticket Flight:
Stay: 4 Days 3 Nights
Date:


Ok, done. Semua perkara di atas akan di update month by month. Mana yang kurang akan di tambah, mana yang tidak perlu ada akan di delete dengan serta-merta. Ini adalah kerana kami harus mengikut piawaian bajet dan poket masing-masing. Asalkan majlis berjalan lancar dan sempurna, biarlah indah untuk dikenang sampai bila-bila. Baru rasa sesak nafas nak buat persediaan kahwin. Huhu. Kelengkapan selepas kahwin tu sebenarnya lebih penting. In sha Allah, kami sama-sama dalam proses pembelajaran ke arah itu. 

Apapun, kasi upload satu picture yang baru je aku dapat dari our Photographer - Mr. Farid. 






Selamat malam, sayang! 

December 4, 2012

1-12-2012

Hi Blog, 

Udah lama kita tidak ketemu. Barangkali engkau sudah lupa siapa aku. Kedatangan ku disini untuk kembali mencatat satu kenangan manis untuk dikenang-kenangkan.

1hb Disember 2012 - Alhamdulillah, majlis pertunangan yang telah dirancang beberapa bulan telah pun berjalan dengan lancar walaupun hujan seketika selepas majlis berlangsung. Disebabkan ini adalah kali pertama keluarga aku buat majlis, so banyak jugak kekurangan nya. Tapi, takpe. Kita belajar dari kesilapan. Kesilapan pun bukanlah yang besar-besar. Kesilapan yang kecil-kecil sahaja. 

Tapi, biasalah manusia. Mencari kesempurnaan. Kita buat majlis selalunya nak meng'happy'kan tetamu yang hadir ke majlis. Sebagai contoh, aku takde kesempatan untuk bergambar dengan kedua-dua belah family. Sebabnya ayah dan mak terlalu sibuk melayan tetamu yang hadir. Yelah, terkilan jugak sebab majlis berlangsung sekali je, tapi aku faham ayah dan mak tak boleh melayan karenah aku sangat sebab tetamu pun perlu diutamakan. So, no picture kedua-dua belah pihak. Tapi, masih ada kenang-kenangan gambar ahli keluarga masing-masing. Lagipun baru majlis tunang. In sha Allah, bila dah sah nanti, akan ada picture kami sefamily dengan keluarga tunang sekali. Baru nampak big family :)

En. Tunang pun nampaknya gembira selepas apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Yelah, pengharapan kami berdua mestilah nak tengok majlis berlangsung seperti yang dirancang. So far, semua ok. Majlis rasmi pun dah selamat berlangsung. Betul lah jugak zaman sekarang ni anak muda bercinta 2-3 tahun, pastu bertunang and peringkat seterusnya. Tapi adat dulu, dari merisik baru bertunang, waktu bertunang baru la nak kenal isi hati pasangan masing-masing pastu terus majlis kahwin. 

Teringat bila en.Tunang melamar nak jadikan isteri, tapi aku merasakan yang aku masih belum bersedia. Tapi dalam hati siapa lah yang tak gembira bila ada sang kumbang menyunting bunga. Kami pun dah kenal lebih 4 tahun. Tak sangka sehingga ke hari ini en.Tunang sudi menjadi teman setia.

Kami merancang untuk ikat selama lebih kurang setahun. Tarikh majlis nikah dan sanding pun dah dipilih oleh kedua-dua belah pihak. akan diumumkan kemudian. Apa yang aku harapkan agar hubungan kami berjalan baik, dipupuk atas dasar cinta dan kesetiaan tanpa jemu. 

Sambung kendian lagi eh, nantok sudeyh..

February 29, 2012

~ PERMULAAN ~

Assalammua'alaikum. Tiba-tiba hari ni terasa rindu nak kembali berblog. Dah lama tak update blog dan tetiba datang kerajinan untuk menulis. About one and a half months aku dah tak ke sekolah. Yeah, zaman persekolahan ku officially sudah tamat untuk masa ini. Alhamdulillah, keputusan pun dah dapat. Surat konvokesyen pun dah dapat dan InsyaAllah, konvo akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Tak sabar nye nak rasa macamana konvokesyen. Dulu time diploma tak merasa pun konvo-konvo ni. Ini jelah peluang yang ada dan aku tak nak lepaskan peluang ni semestinya bersama ex-coursemates/ ex-housemates and semestinya dengan keluarga tercinta =)

Actually, aku rasa dah tiba masanya untuk aku lebih fokus dengan kerjaya dan masa depan. Kerjaya? Belum kepastian lagi sebenarnya. Masa depan yang dimaksudkan di sini, ingin memberi komitmen dan komitmen dan komitmen =) 

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni dah mula membuat persiapan ilmu untuk ke arah 'itu'. Persiapan ilmu, persiapan diri dan semua aspek dah kena titikberatkan. Dulu asyik cakap tentang nak kahwin, nak kahwin, tapi hakikatnya di sudut hati tak pernah rasa ada perasaan ready to be a wife soon. Tengok orang kahwin, rasa jugak feel nak kahwin. Tapi sekarang, dah lain rasanya. Orang kata mungkin dah sampai waktu untuk terima dan belajar secara sendiri. Aku tak pasti orang lain akan rasa atau tidak perasaan aku macam ni tapi apa yang aku rasa dan pasti ia nya datang secara natural tanpa dipaksa-paksa. Dan membuatkan aku bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri. 

Ok, tak nak cerita banyak. Hal macamni kita jangan terlalu merancang dan jangan sampai buat tak tahu. Semuanya aku serahkan pada Allah Taala, kerana perjalanan hidup ku sudah tertulis di Luh Mahfuz. Aku yakin macamana sekali pun aku merancang, kiranya Allah tidak mengizinkan, pasti ada hikmah-Nya. 

Selamat Malam. Good Nite. 

December 10, 2011

HUDUD, tahukah anda?

Pernah tak dengar perkataan hudud? Ya, hudud. Bukan hud-hud. Tapi hudud. OK, takde unsur lawak disitu. Sebab sekarang topik yang akan dibicarakan adalah sangat serius. Bukan apa, cuma nak tahu apakah perasaan anda bila melihat bangsa kita menjatuhkan maruah sesama Islam? Barangkali kita sekarang memang dah berada di dunia akhir zaman. Ya, akhir zaman. Kadang-kadang kita semua ada terbaca secara sengaja mahupun tidak sengaja mengenai tanda-tanda manusia berada di akhir zaman tapi kita kadang-kadang leka (seperti aku...) dan sengaja abaikan sebab pengaruh sekeliling membatasi kita untuk melakukan perubahan.

Ok, lets now watch this video. Nilaikan sendiri mana perginya Pendidikan Islam yang kau belajar masa zaman sekolah dulu. Bagi yang dapat PMR 'A' untuk subjek pendidikan islam dan kini telah mempraktikkan apa yang kau belajar dahulu, tahniah! Tapi bagi mereka yang mendapat A untuk subjek Pendidikan Islam tapi mensia-siakan nya, semoga Allah membuka pintu jalan dan memberi rahmat ke atas dirimu. Amiin.




Tapi aku rasa video ini terhasil mungkin ada sangkut paut dengan hal politik. Im not sure tapi aku rasa mungkin faktor yang paling hampir penghasilan video ini adalah berunsurkan politik. Dalam video ini dengan selamba je diorang menghina hukum Allah. Sepatutnya mempertahankan hukum Allah di mata orang bukan Islam. Manusia yang menunjukkan kejahilan yang terang dan nyata. Hudud dalam Islam sebenarnya tidak kejam, tapi ia sangat adil. Memang zaman Nabi dulu bila kita baca kisah agama, bagi mereka yang mencuri akan dipotong tangan pencuri; di rejam wanita dan lelaki yang sudah berkahwin sampai mati dan sebatan 100 kali bagi lelaki dan perempuan yang berzina sebelum berkahwin. Nampak kejam bukan? Tapi di sudut hati aku percaya kenapa Allah melaksanakan hukum begini.

Bukan dalam Islam je ada menegaskan tentang hukum macam ni perlu dilaksanakan. Kalau dibaca kepercayaan orang Kristian pun ada mengatakan:

Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu masuk ke dalam nereka yang kekal bersama kedua tanganmu (Mark 9;43 dan Matthew 5;30).


 Apa pula kata anda mengenai hukum Hudud??



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Satu hukuman kejahatan yang ditegakkan di muka bumi lebih penduduknya daripada mereka diguyurhujan selama empat puluh hari.” (Hasan ; Shahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538, Nasa’I 8/76).



Apa yang pasti kalau hukum hudud ini dilaksanakan di Malaysia pasti ramai yang membantah.
"No hudud please, we're Malaysians...."

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)