Followers

June 29, 2011

Suatu Petang di Tempat Praktikal

Assalammualaikum

Alhamdulillah, finally my industrial training report already done complete. About two to three days aku bertungkus lumus menyiapkan report nihh. Disebabkan aku berpuasa, aku betul-betul menghargai masa bila dapat stay kat office. Menghadap PC dan menyiapkan laporan. Memang bersungguh-sungguh menyiapkan report nih sebab kalau boleh tak nak buat kerja ni kat rumah langsung. Since bekerja nih, aku cepat tido awal. Mengantuk mata ni bila dah baring atas tilam. Nak keluar malam pun memang malas. Jadi sangat appreciate dengan waktu malam. Sebab siang hari dah spent time dengan berkerja. Bekerja dengan bersungguh-sungguh woahhh. Masa berlalu dengan sangat pantas. Pejam celik pejam celik, tinggal dua hari lagi je aku akan habis praktikal :) Masa yang ditunggu-tunggu makin tiba. Kembali kehidupan lama. Leh bangun tido lambat. Hehe..

Lepas ni aku nak kena settledkan Log Book. Ok, sikit lagi sikit lagi Isma. Dah malas sangat dah ni nak gi berpraktikal. Mungkin cuti dua bulan ni aku akan bekerja dan juga mungkin tidakkkkk. Ikutkan rasa memang nak kerja. Carik duwet untuk shopping raya nanti. Fuhhhhh, dapat shopping ngan gaji mesti syiok.Aku tak nak harapkan duwet PTPTN masuk awal. Sebab aku rasa masuk belajar nanti lagi sangat perlukan duit. Nak bayar duit sewa rumah, nak beli kertas A4, nak beli ink printer, nak beli kertas warna, ohhh duit mesti jalan macam air punya. Last semester, mesti macam-macam plan nanti. So, ambil langkah berjimat-cermat amalan mulia. Kalau dah shopping sakan untuk Hari Raya, rasanya dah tak perlulah nak shopping bila naik semester akhir nanti. Cuma kena buat peruntukan budget untuk percutian dengan coursemates. 

Hari ini goyanggg kaki, sampai ngantuk mata dah tak tahu nak buat apa. Padahal ada kerja lagi. Kena update Log Book. Last day, Friday! Counting days. 


Tiba-tiba dapat mesej dari Kak Mazni a.k.a Finance Manager company aku praktikal, 'allowance dah masuk'. Yeayyyyyy! Duit dah masuk. Tapi aku sebenarnya tak sure lah full allowance aku sebenarnya berapa RM. OK. Jam dah menunjukkan 5.30 petang. Balikkkkk dulu. TataTitiTutu.

June 20, 2011

Menarik kE?

Assalammualaikum.


Menarik ke?? Entah, menarik kot. Tak, tak. Tak menarik. Tak tahu lah apa yang menarik sangat?? Kadang-kadang menarik, kadang-kadang tak menarik pun, kadang-kadang memang tak menarik langsung. Haihhh, sememangnya tidak menarik. Jangan buat aku tertarik. Full STOP. Memang tak menarik weyhhhh. Tapi kalau kau tertarik, hanya ada dua punca. sebab memang diri kau inginkan atau pengaruh sekeliling kau :P

June 17, 2011

Result Dah Keluar

Assalammualaikum.

Agak dah lama tak update blog. Eh, bukan semalam dah update ke? Haha.. Lupa. Aku lupeeeeeeee aku update belog semalam :P

Firstly, aku teramat bersyukur - Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah diatas keputusan ini. Keputusan exam yang aku tempuh pada bulan yang lalu. Dan keputusan nya selamat aku perolehi melalui e-mel dari pihak UiTM. Bulan lalu aku lalui pada aku sangat kelam kabut. Saat-saat akhir fokus lebih sangat pada Final Year Project. Kadang-kadang dah sampai nak muntah hari-hari menghadap FYP. Seriusss weyhhh. Hmm.. dan semester lepas rasa masa sangat cepat berlalu. Masa cepat sangat berlalu since kejadian yang sangat aku tidak dapat lupakan seumur hidup aku. Iye.. kehilangan kawan dari dunia ini dalam sekelip mata. Dan selepas itu, masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik secara tak sengaja, bila duduk sama-sama ada yang bersuara - dah sebulan arwah takde. Semua pun akan teringat dan rindui saat yang dilalui sewaktu arwah ada. Kadang-kadang macam sukar untuk aku percaya yang dia sudah tiada. Tapi benar lah orang kata, lama-kelamaan orang yang meninggalkan dunia ini akan semakin dilupakan dek kesibukan kita di dunia ini. Sibuk yang bagaimana, hanya diri kita sahaja yang dapat menentukan. Kerana kesibukan kita semua tidak sama. -_-

Ya, berbalik kepada result yang aku terima pada hari ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Kadang-kadang aku rasa usaha aku tidak lah sungguh mana. Tapi, benar lah orang kata. Ilmu itu datang dari Nya. Kita selalu lah berdoa kepada Allah. Dan yakin dengan doa kita. Di sini, ingin aku lahirkan perasaan terima kasih di atas pertolongan kawan-kawan yang banyak membantu, kepada mak dan ayah, terima kasih kerana mendoakan kejayaan anakmu ini dari kejauhan =) 

Ouh, sebelum aku terlupa. Bulan ini adalah Hari Bapa. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa sedunia kepada ayah, abah, papa, walid di seluruh Malaysia. Dan ucapan ikhlas ini ingin aku tujukan buat ayah tercinta, Selamat Hari Bapa. Terima kasih kerana ayah banyak berkorban demi keluarga, dan memberi kesenangan kepada kami adik-beradik. Walaupun ayah pendiam, tapi zati akui ayah sangat tabah sejak kehilangan arwah abah ayah dan adik ayah - arwah makngah yang zati sangat rindui. Ayah menjalankan tanggungjawab ayah membantu adik-adik ayah - pak lang, pakcik Ghani dan Mak Su Midah sehingga kini. Untuk ayah, zati cuma nak nasihatkan ayah kena jaga kesihatan ayah sebab zati tak sanggup tengok ayah jatuh sakit. Memang zati akui ayah jarang jatuh sakit, tapi bila ayah jatuh sakit, zati rasa keseluruhan badan zati jadi lemah. zati akan fikir perkara yang bukan-bukan. kenapa ya lahir perasaan begitu? ya.. mungkin sebab ayah jarang jatuh sakit. dan, zati rasa zati banyak mengikut ayah. sebab zati pun jarang jatuh sakit. tapi, bila zati jatuh sakit, berminggu-minggu lamanya baru sembuh. Dan disebalik kesedihan yang ayah alami kehilangan arwah mak (nenek zati yang zati sendiri tak pernah jumpa) sejak berusia 18 tahun, Allah berikan kudrat kepada ayah untuk memikul tanggungjawab menjaga adik-adik ayah sehingga kini. zati sangat sayangkan ayah. Terima kasih kerana selalu menasihatkan zati tentang pentingnya ingat Allah, pentingnya pelajaran dalam hidup, pentingnya menabung dan menyimpan duit, penting nya untuk tidak belagak, pentingnya untuk jangan selalu ber-SMS sebab ayah selalu tegur perkara itu yang akan buat zati selalu leka, pentingnya untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki, pentingnya memberitahu nak kemana-mana sebelum keluar rumah, pentingnya balik awal ke rumah, pentingnya tidak keluar malam, pentingnya belajar memasak, pentingnya menjadi kakak yang bertanggungjawab kepada adik, dan pentingnya menjaga maruah diri bila bersama kawan lelaki. 


Ayah selalu cakap dekat zati sampai ke hari ini, kalau apa-apa pasal pelajaran, selagi ayah hidup, ayah sanggup keluarkan duit berapa banyak sekali pun, janji zati ada kemahuan hendak belajar. Kalau ayah takde duit sekalipun, ayah akan  carik juga duit sebab anak ayah nak belajar..... dan zati akan terdiam dan tak  akan lawan kata-kata ayah sepatah pun. Terima kasih ayah. Semua nasihat ayah zati belajar satu demi satu dan terima kasih untuk semua itu.


Sayu hati bila melihat semakin hari mak dan ayah semakin tua. zati sayangkan mak dan ayah.

June 16, 2011

Jom Rejab Jom Fiesta :)

Assalammualaikum.

Bulan rejab.. atau bulan Allah dan ia merupakan salah satu bulan Haram dalam kalendar Islam. Ada empat bulan-bulan haram yang perlu kita hormati - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Seperti yang kita ketahui, bulan Sya'aban adalah bulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan bulan Ramadhan adalah bulan seluruh umat Islam.

Rejab bermaksud, kebesaran atau kemuliaan dengan mengharamkan peperangan di dalamnya. Rasullullah s.a.w mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.Banyak tau keistimewaan di bulan Rejab dan banyak peristiwa berlaku, antaranya:

- Hijrah pertama
- Isra' dan Mikraj
- Perang Tabuk
- Pembebasan Baitul-Muqadis

dan 

- Lahir nya Imam Shafie RH

Marilah sama-sama kita berpuasa di bulan Rejab =))
Perbanyakkan ibadah kepada-Nya...
Banyak kelebihan berpuasa di bulan Allah ini.


Dan, 18 Jun 2011 ini ada Fiesta Lagi Shake Lagi Riang di I-City. Mari kawan-kawan kita ke sana. AKtiviti di hujung mingguuuuuuu. Nanti ada picture yang menarik, kita kongsi bersama.



June 4, 2011

Cuti Rancang Rancang

Aduh. Belum buat keputusan lagi nak bercuti ke mana. Ingatkan nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Takpun ke Teluk Batik. Tapi, ayah ajak pergi ke Cameron Highlands. Hurmmm, sebab sekarang masing-masing bekerja dan adik aku sedang cuti sekolah tapi menghabiskan cuti di kampung selama seminggu di sana. So, hari untuk percutian bersama keluarga menjadi pendek sebab cuti sekolah akan dibuka minggu depan, dah tak boleh pergi bercuti hari biasa. Kalau pergi on weekdays, aku plak yang jadi masalah sebab sedang berpraktikal dan dalam syarat menjalani latihan praktikal, tak boleh cuti sesuka hati except kalau ada surat MC atau cuti sebab jatuh sakit. Alhamdulillah, setakat ni belum MC lagi. Dua bulan je pun. Sedaya upaya cuba untuk tidak mengambil MC sebab perlulah buat rekod baik sepanjang berpraktikal di sini. Bertahan Isma, bertahan, bertahan hanya dua bulan je lagi okeyyy ! Eh eh tak stress pun kerja kat sini. Best, company yang sangat sangat sangat fleksibel dan kawan-kawan pun alhamdulillah so far ok perangai tolak tambah lebih kurang macam aku jugak. Tapi diorang lebih talkative la dari aku sebab aku memang suka mendengar dari bercakap. Tapi bukanlah aku langsung tak bercakap. Cuma sebagai ahli baru aku lebih suka memerhati dari bersuara. 

Erm, percutian? Kali ini aku memilih untuk ke Cameron Highlands. Memang dah pernah ke sana tapi saja memilih untuk pergi sana lagi sebab cuti yang jatuh sabtu ahad sahaja membuatkan aku pilih destinasi ke situ sebab perjalanan pun tak makan masa yang lama dan boleh la tidur semalaman dan pulang keesokkan hari nya dan hari isnin kembali ke tempat kerja seperti biasa. wuuu ;(

Kebarangkalian untuk mengisi masa lapang pada Julai ini, ingat nak buat kerja partime. Kerja apa-apa pun boleh tapi dah kalau nak kerja yang dekat ngan rumah, senang nak ulang-alik, save minyak, dapat gaji riban riban sebulan dengan mengerah keringat sebanyak yang mungkin, woahh demi menggenggam berkepuk-kepuk duit aku sangguppppppp. *_* 

Tapi, masa untuk abadikan diri di rumah akan jadi limited sebab balik rumah dah konfem aku akan tidur sepuas-puasnya. HUH! Tapi, aku nak cari duwet ntuk belanja diri sendiri. Raya dah nak dekat kan, leh shopping baju ngan tudung murah-murah dan chantekk kat Jalan TAR bulan puasa nanti =) Kalau duwet PTPTN masuk bulan Julai ni, memang joli sakan la aku nanti. Harap-harap tak masuk awal sangat, sebab kalau masuk awal konfem duit tuh nanti akan mengalir macam air punyeee... Dalam kepala ni dah macam-macam fikir nak beli itu ini. YUP! Aku asyik nampak banyangan $$$$$$$$$$ sepanjang bulan depan. Serius, macam-macam kemahuan dalam kepala ni. Tapi, antara kena berkorban waktu la. Aku boleh bekerja part-time, tapi dah takde masa nak lah nak rehat sabtu ahad sebab kerja partime selalunya jadi cashier pun gaji dah atas lima ratus, janji saving duwet petrol dan yang penting  parking FREE. So, apa yang aku perlu fikir just duit untuk support perut. 

By the way, hari tu aku ke Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Dulu-dulu dah pernah pergi tapi dah lupa tempatnya. Bila pergi hari tuh dah ingat balik tapi dah jauh beza dari dulu. Best tempatnya. Kalau hendak ke sana, nasihat aku pakailah pakaian jogging sebab tempat tu adalah salah satu tempat yang agak berbaloi untuk mengeluarkan keringat. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu keringat, keringat is peluh. Aktiviti bersukan ni memang aku minat, cuma dah lama meninggalkan dunia sukan dan kemalasan semakin menjadi, sukan dah makin jauh aku tinggalkan. Persekitaran dah berubah kan. Mungkin boleh nak kembali macam dulu, tapi terlalu banyak komitmen dan sedikit sebanyak aktiviti perlu dikurangkan sebab nak fokus kerja lain yang lebih penting. 

















Memang best. Tapi kalau pakai baju sukan, lagi best. Berpeluh sakan, rasa segar badan ^_^ Ada masa nanti boleh datang lagi.  


Have a nice day =)

June 2, 2011

very NICE =)

JIKA BENAR WANITA ITU MENCINTAMU..♥..♥..♥..♥..(sblm nikah)


Dia takkan MENGGODA kamu sehingga menaikkan nafsu kamu 
Dia takkan sengaja MENDEDAHKAN auratnya kerana bimbang kamu memperolehi dosa akibat dari dia 
MENERIMA teguran kamu dengan baik lebih2 melibatkan maruahnya 
sentiasa MENYOKONG kamu dan MENERIMAmu berdasarkan AGAMA kamu 
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK



JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU..♥..♥..♥..♥..

Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu 
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu
LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK

Kita di FASA ke - 4 BUKAN?


Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?

Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:

Fasa 1: Kenabian

Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.

Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin

Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah
Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit

Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.

Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam.
Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan
Fasa 4: Zaman Gelap

Iaitu suatu zaman di mana umat Islam berpecah menjadi lebih dari 73 golongan dan hanya mementingkan lingkaran masing-masing tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan golongan yang lain.

Dalam setiap golongan ini, pemerintah mereka akan mengamalkan kaedah ‘Raja-Raja yang memegang cambuk/cemeti’ iaitu mereka akan menggunakan ‘kekuasaan ketenteraan’ untuk mengekang ‘kebenaran’ bagi mengekalkan kekuasaan mereka sebagaimana Firaun.
Dalam zaman kegelapan inilah ‘penyakit ‘wahhan’ disebarkan dan Umat Islam akan mengikuti ‘Yahudi dan Nashara’ walaupun mereka itu memasuki lubang biawak sekalipun.
Waktu inilah juga Islam itu kembali ‘Dagang’ seperti semasa kedatangan Islam di fasa kenabian kerana waktu ini manusia yang mengajak kepada ‘kebenaran’ akan dianggap menyalahi kehendak dan kemahuan seluruh umat kerana ‘kami hanya mengikuti apa yang Ibu Bapa kami nyatakan’ bukannya seperti apa yang Rasulullah nyatakan.

Pada zaman inilah akan berkembangnya ‘fitnah’ seumpama keping-keping malam yang jatuh, Wanita ‘berpakaian’ tetapi ‘telanjang’, ‘Musik’ berleluasa sehingga memasuki masjid-masjid, ,’Arak’ dan ‘Judi’ di jual ditepi-tepi jalan, ‘Maksiat dan Zina’ berleluasa, ‘anak-anak zina’ bertambah dalam bilangan yang besar, Masjid-masjid dibina untuk bermegah-megah dan bukannya untuk ‘ibadah’ dan akan terbiar kosong tanpa ‘di imarahkan’.
Pada zaman inilah umat Islam hanya memberi ‘salam’ hanya kepada orang yang mereka kenali sahaja, ‘Ulama’ dimatikan tetapi tiada lagi pengganti yang seumpama mereka dan lebih dahsyat lagi ialah pada zaman inilah mereka yang bergelar Para Ulama menjadi punca terbitnya ‘Fitnah’ kerana dari merekalah akan tersebarnya kekalutan dalam ‘beragama’ dan akan tersebarnya ‘perpecahan’ umat kerana ‘ceteknya’ ilmu mereka walaupun pada mata kasarnya mereka itu seperti ‘berilmu tinggi’.
Pada penghujung zaman inilah akan lahirnya ALMAHDI, AL MASIH DAJJAL akan menampakkan dirinya, akan turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya ‘YAKJUJ DAN MAKJUJ’ akan menampakkan dirinya yang sebenar.
Sudahkah anda dapat melihat dengan jelas sejelas-jelasnya dimanakah Fasa yang sedang kita berada sekarang ini? Jika anda belum dapat melihatnya, wasiat saya untuk kalian seluruhnya, janganlah melihat dengan ‘satu mata’ kerana Allah menganugerahkan untuk kita ‘dua mata’, janganlah hanya melihat dengan ‘mata zahir’ sahaja, tetapi lihatlah juga dengan ‘mata hati’ yang Allah berikan kepada kita.
Sesungguhnya, manusia yang melihat dengan satu mata sahaja yang akan menjadi ‘pengikut’ Al Masih Dajjal kerana Al Masih Dajjal itu hanya mempunyai satu mata. Ingatlah Allah menyuruh kita menggunakan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita.
Sesungguhnya jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, tentunya kita akan dapat melihat dengan mata kita sendiri akan kelahiran AL MAHDI, turunnya AL MASIH DAJJAL, turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya berleluasanya YAKJUJ DAN MAKJUJ.
Ketahuilah bahawa kebanyakan manusia sudah mulai merasai keperitan zaman kegelapan ini, keluh kesah telah mulai kedengaran dan suara-suara yang mengajak kepada ‘kebenaran’ sudah mulai dialunkan. Inilah petandanya bahawa sesungguhnya zaman kegelapan ini sudah hampir sampai kepada penghujungnya.
Aku berwasiat kepada diri ku, kepada anak cucu dan seluruh keturunanku juga kepada kalian saudara-saudaraku semua untuk mempersiapkan diri. Sesungguhnya kesengsaraan yang dahsyat akan melanda bumi, peperangan yang besar akan meletus dan ‘Ujian’ keimanan kita akan diperhebatkan.
Ketahuilah bahawa pada hari pertama Al Masih Dajjal itu membukakan dirinya, ‘sehari’ yang kita lalui akan dirasakan seperti setahun, sebulan dan seminggu. Tahukah kalian kenapakah hal itu berlaku? Demikianlah keperitan hidup yang akan dilalui oleh mereka yang ingin mengekalkan ‘iman’ mereka, kerana hari itu, keperitan yang dahsyat akan berlaku sehingga kita akan menghitung setiap detik yang berlalu dan kita akan merasakan bahawa hari yang kita lalui itu sedemikian panjang.
Ketahuilah bahawa dia akan memerintah dunia selama 40 hari, walaupun pendek waktunya, tetapi besar kesengsaraan yang akan kita lalui kecuali bagi mereka yang akan menjadi pengikut-pengikutnya kerana dia membawa syurga dan neraka bersama dengannya.
Aku berwasiat kepada kalian, bahawa ‘Syurga’ yang di bawanya itu adalah merupakan ‘Neraka’ di Akhirat, dan ‘Neraka’ yang dibawanya adalah merupakan ‘Syurga’ di Akhirat.
Aku juga berwasiat kepada kita semua, bahawa sesudah kematian ‘Dajjal’, maka timbullah Yakjuj dan Makjuj yang akan berperang sesama mereka, banyak kerosakan yang akan berlaku, benyak kesengsaraan yang akan dialami. Kerana itu, berhati-hatilah.
FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s
Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal, mematahkan salib dan membunuh babi. Dia juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya.

Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.
FASA 6: Kembalinya zaman Khulafa Ar Rasyidin An Nabiyin

Seperti mana zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Rasulullah SAW, sedemikian itu jugalah akan berlangsungnya zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Al Masih Isa.

Tidaklah kita mengetahui tempoh waktu tertegaknya zaman itu. Tetapi sesuatu yang pasti ialah bahawa zaman itu akan bermula sebagai zaman kegemilangan, di mana diwaktu itu, tidak akan ada lagi manusia yang akan menjadi miskin.
FASA 7: Zaman Kegelapan yang Pekat

Sesungguhnya, ini adalah merupakan fasa yang terakhir dalam umur dunia ini. Ketika datangnya zaman kegelapan yang pekat ini, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. Perebutan harta akan berlaku dengan dahsyat, Nabi Isa a.s akan kembali dituhankan dan tiada lagi orang yang akan mengucapkan ‘Kalimah Syahadah’.

Madinah akan ditinggalkan dan tidak akan ada yang akan menziarahi makam Rasulullah SAW lagi walaupun oleh orang-orang arab quraish sendiri, Amalan Haji akan terhenti Kaabah akan diruntuhkan dan Makkah tidak akan dikunjungi lagi sehingga yang tinggal hanyalah kesan-kesan sejarah.
Pada zaman inilah bumi akan digoncangkan dengan kegoncangan yang dahsyat, bumi, bulan dan matahari akan di hancurkan menjadi debu-debu yang berterbangan dan seluruh ruang angkasa akan kembali kosong, yang ada hanyalah debu-debu yang berselerakkan. Itulah hari KIAMAT iaitu hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan hari itu pasti terjadi.
WALLAHUA'LAM..

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)