Followers

February 29, 2012

~ PERMULAAN ~

Assalammua'alaikum. Tiba-tiba hari ni terasa rindu nak kembali berblog. Dah lama tak update blog dan tetiba datang kerajinan untuk menulis. About one and a half months aku dah tak ke sekolah. Yeah, zaman persekolahan ku officially sudah tamat untuk masa ini. Alhamdulillah, keputusan pun dah dapat. Surat konvokesyen pun dah dapat dan InsyaAllah, konvo akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Tak sabar nye nak rasa macamana konvokesyen. Dulu time diploma tak merasa pun konvo-konvo ni. Ini jelah peluang yang ada dan aku tak nak lepaskan peluang ni semestinya bersama ex-coursemates/ ex-housemates and semestinya dengan keluarga tercinta =)

Actually, aku rasa dah tiba masanya untuk aku lebih fokus dengan kerjaya dan masa depan. Kerjaya? Belum kepastian lagi sebenarnya. Masa depan yang dimaksudkan di sini, ingin memberi komitmen dan komitmen dan komitmen =) 

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni dah mula membuat persiapan ilmu untuk ke arah 'itu'. Persiapan ilmu, persiapan diri dan semua aspek dah kena titikberatkan. Dulu asyik cakap tentang nak kahwin, nak kahwin, tapi hakikatnya di sudut hati tak pernah rasa ada perasaan ready to be a wife soon. Tengok orang kahwin, rasa jugak feel nak kahwin. Tapi sekarang, dah lain rasanya. Orang kata mungkin dah sampai waktu untuk terima dan belajar secara sendiri. Aku tak pasti orang lain akan rasa atau tidak perasaan aku macam ni tapi apa yang aku rasa dan pasti ia nya datang secara natural tanpa dipaksa-paksa. Dan membuatkan aku bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri. 

Ok, tak nak cerita banyak. Hal macamni kita jangan terlalu merancang dan jangan sampai buat tak tahu. Semuanya aku serahkan pada Allah Taala, kerana perjalanan hidup ku sudah tertulis di Luh Mahfuz. Aku yakin macamana sekali pun aku merancang, kiranya Allah tidak mengizinkan, pasti ada hikmah-Nya. 

Selamat Malam. Good Nite. 

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)