Dear Diary,
Kami decide nak pergi Kursus Perkahwinan dulu in sha Allah dalam bulan February atau pun awal bulan March. As per our discussion, aku bersetuju lah nak ambil kursus di area Taman Setiawangsa atau Setapak. After kursus, boleh lah kami pergi usha barang-barang hantaran sket kat area KL tak pun Jalan TAR. Sekarang tak boleh nak amek cuti sangat sebab banyak nak pakai cuti masa raya dan hujung-hujung nak dekat majlis kahwin nanti.
Tarikh yang ada tapi masih belum pilih tarikh yang sesuai lagi:
2-3 February / 9-10 February / 16-17 February / 23-24 February
Lokasi: Mahligai Firdaus Sdn Bhd, 3-2-11 Wisma Prima Peninsula Jalan Setiawangsa II, Taman Setiawangsa, KL
Tempoh Kursus: 12 Jam
Sabtu: 10 am - 6.30 pm
Ahad: 9 am - 1 pm
Contact Number: 03-4252 2067 @ 013-604 6333
Fee: RM80
Barang-barang hantaran pun rasanya dah start kena cari dalam awal bulan March. As per our discussion, kami nak buat 7 berbalas 9 dulang. Haritu masa majlis tunang, kami buat standard 5 berbalas 7 dulang. Ni majlis kahwin nak buat lebih sket untuk barang-barang kegunaan after kahwin nanti jugak kan. Perancangan nak kahwin ni mesti details. Kena alert time SALE for customer bijak lagi-lagi bila nak shopping barang-barang hantaran with affordable price. Yeahh, jadilah pengguna yang bijak ya! Chinese New Year is coming around. Boleh lah usha2 beg tangan yang brand untuk dijadikan hantaran. Kami target each month mesti ada barang hantaran yang wajib dibeli.
Barang hantaran pihak lelaki pada perempuan:
1) Telekung
2) Jam Tangan
3) Handbag
4) Set Perfume
5) Innershine
6) Buah-buahan
7) Gelang Tangan @ Rantai Leher
Barang hantaran pihak perempuan pada lelaki:
1) Al Quran + Sejadah
2) Jam Tangan
3) Spectacles 'Rayban'
4) Kasut 'Timberland'
5) Set Perfumes
6) Set Penjagaan Muka
7) Cincin
8) Gadjet - Ipad
9) Kek
Itulah target barang hantaran kami bedua. Kalau dilihat, kedua-dua hantaran yang akan dibeli sama jugak macam pengantin yang lain. Tak nak membazir sangat, just nak sederhana sahaja. Kehidupan kami after kahwin itu yang lebih penting. Sekurang-kurangnya, ada rumah untuk kami hidup bersama beserta nak shopping barang keperluan rumah lagi - Peti Ais/ Mesin Basuh/ Dapur Gas/ TV etc.
Dugaan bertunang ni sangat kuat. Macam-macam yang u'olls akan rasa bila dah jadi tunang orang. So, jangan terlalu excited sangat dan jangan lah tak amek peduli langsung. Simpanlah rasa excited tu dalam hati. Sampai masa nanti, baru tunjuk ye :)
Buat bakal Imamku,
Selamat malam. Semoga hari esok lebih bermakna buat kita berdua. Ingatlah daku dalam setiap doamu.
Yang benar,
Hamba Allah