Followers

January 31, 2011

MD [1]

Buka mataku, buka hatiku
Allah terangilah
Hidupku dengan sinar-Mu

Aku meraba tak berdaya
Tanpa rahmat-Mu aku hina

Beribu dosa, telah terjadi
Mewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu..

Gila tanpa cahaya-Mu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak bererti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
Mencintai-Mu seperti ke'Maha'an Mu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh
Memohon belas kasih-Mu...






January 30, 2011

SUNday blues

Assalammualaikum.

Hari ketiga bercuti di rumah memang sangat membahagiakan =) Tapi, masih dalam kawalan untuk mengawal nafsu makan. Sampai bila??? Jawapannya, selagi mampu. Terpaksa mengurangkan nikmat yang ada dan mengawal selera makan.

Hari ini my mum masak sambal sotong dan goreng tempe. Selera saya menjadi-jadi bila stay di rumah. Haiyyaaa... Tadi sat melayan MELODI. terjah sana terjah sini. OK. Aku baru tahu yang Fasha Sandha dah putus dengan Jejai (ex-husband Nora Danish). Tapi korang mesti tertanya-tanya apa kaitan dengan aku kan? Ngeh ngeh. Jawapannya, mesti lah tak ada kaitan. Saja je bagitahu korang diluar sana yang mungkin tak tahu. Agak-agak tu putus seketika or statement Fasha merajuk dengan Jejai sebab Mr. Jejai bercuti dengan bekas isteri dan anak di Hong Kong? Kalau tak menjadi, lambat lagi la kita akan tengok Fasha Sanda naek pelamin. 

Apa lagi kisah yang ingin di kongsi bersama anda? Lepas ni, korang mesti akan selalu dengar aku merungut tentang FYP research sepanjang tahun ni. Huhu ~ Agak payahlah nak buat-buat relax sebab dalam hati celik aje mata dari tido asyik memikirkan tentang FYP. Tetiba rasa ada benarnya kata co-ordinator ku Miss Syafnidar bahawa selepas ini kami student final year akan sentiasa lekat pada slogan 'UiTM di hatiku'. Ke mana-mana sekarang aku pergi sekarang, aku selalu memikirkan FYP ku. Jadinya sekarang, aku memegang pada slogan, FYP ku, di hatiku. So, tarabolehenhjoysangatlaaa ~ Takut kalau over enjoy, nanti akan ketinggalan dari teman-teman yang lain. Sudahnya, aku yang akan sakit penghujung nanti.

Okey kena list out banyak benda. Antaranya, sekarang dah kena cari tempat praktikal. Nak praktikal kat mana??? Hadoyaiii ~ Setakat ni, tempat dah survey Toshiba. Kena apply lagi dan lagi. At least, I need to find out 10 companies before next week. Next is, I should start my Annotated Bibliography. And start doing my Powerpoint for next presentation. Malasnyeee... 

Ha, 1 more thing is... aku akan start praktikal pada 10 Mei 2011 hingga 30 Jun 2011. Kenapa buat muka terkejut? Hehehe.. Ha'ah. Memang sekejap je aku praktikal. Just for 2 months equal to 8 weeks. Report pun nanti memang tak tebal mana pun. Sebab dah tengok report seniors memang tak tebal dan muka surat setakat 50-60 mukasurat aje. Sikit je kan?? Compare masa Diploma dulu, ye la 5 bulan praktikal. Macam-macam di report nya. Inikan 2 bulan? Baru nak rapat-rapat dengan pekerja kat tempat kerja. Dah angkat kaki balik UiTM. Tapi aku start naik cuti 12hb September 2011. Kan dah ikut gaya student oversea. Masuk bulan September and final exam will be on January. Bertambah setahun lagi aku nak graduate. 

Ok. Til now. Nak keluar rehatkan minda. Adios.





selangor vs kelantan

Assalammualaikum.

Tak tahu nak sokong team mana sebenarnya. Dilahirkan di Kelantan tapi menetap dari kecil di Selangor. So, team mana harus ku pilih? Jeng...Jeng... Jeng..... Sebenarnya dari peringkat awal, memang dah pilih team Kelantan. Sebab nya mesti lah korang dapat teka. ada Khairul Fahmi =)) tapi, disebabkan selalu meyakini bahawa team Selangor selalu menang dalam game, so, hati bagi sedikit dalam 25% kat team Selangor. Tapi last-last pilih gak team Kelantan sebab dah masuk dua GOAL. yea haaaaaaaaaaaaaaaa ~ 

Hmm... Hari ni kena tido awal. Esok bangun pagi nak teman mak pergi aerobik. Hehehe. Masa untuk menguruskan badan. Badan budget kunon-kunon nak kuwus je. Tapi hati xmao lawan nafsu makan. Haihhh ~ so, jangan terpedaya. Menemani emak ke aerobik di Taman Rakyat sambil meng'spend' kan time bersama ibunda ku. Pasni dah tak sempat nak balik rumah sampai bulan Mei. Sob..Sobb.. 

Hal-hal lain... diriku COMPLICATED =( perlu munasabah diri. tenangkan hati. kembali focus. tanam niat. belajar menerima hakikat. ingat pada Allah, itu semua dugaan.

break SEM

Assalammualaikum. 

Sekarang tengah break semester. Sudah selamat pulang ke rumah. Beli tiket bus ke Bukit Jalil dan sampai dalam jam 6 pagi terus menuju ke Bandar Tun Razak. Jam 10 pagi baru bergerak ke Timesquare dan jalan-jalan sekitarnya. Then, pergi ke Sg.Wang beli macam-macam dah tak larat nak jalan. Terus gerak ke KL Central dan pulang ke Klang. Jam 5.30 petang baru la selamat sampai rumah dan sangat-sangat penat.

Saya sangat busy semester ini. Final year project research sangat merungsingkan jiwa ini. Hati siang malam memikirkan FYP yang akan di bentangkan pada bulan April ini. Tarikhnya pada 19hb April 2011 akan datang. Banyak benda perlu di tela'ah dan saya masih berfoya-foya. Huhuhu ~ Tapi hakikatnya, jiwa tak tenteram memikirkan FYP research ini. Naik cuti schedule tersusun rapi. Presentation beratur panjang dan assignment perlu di submit on-time. Hopefully masalah ini dapat diselesaikan satu persatu dan moga-moga Allah memudahkan perjalanan aku. Amiin.

Masa bergerak terlalu laju. Dan hari ini sudah hari AHAD. Pejam celik pejam celik Ahad depan dah kena balik ke Perlis. Selasa dan Rabu ada presentation =(


Apapun, layankan aje lah pic dengan Nurul. Kitorang kan dating semalam. 


Saya Nak Upah (wat muka chomel..)