Followers

March 29, 2011

Araustralia Banjir LAGI???

Jangan la banjir lagi........... 
Nanti tak boleh nak makan Kuew Teaw kerang faveret guwe....
Waduh waduh waduh dongggg....
Kelas batal lagik????
Hip Hip Hoooreyyyyyy ~

March 26, 2011

sharing VIDEO...

Just wanna share, satu video yang sangat menyentuh perasaan. Hargai lah ibu bapa kita selagi mereka masih disisi kita.



Ringkasan dari kisah ini: 


Hakikat yang sebenar, seorang ibu pasti akan sunyi apabila anak-anak mereka jauh dari mereka. Jadi, sebagai seorang anak kita haruslah sentiasa menghubungi mereka agar mereka tahu yang kita juga mengingati mereka. Sekadar bertanyakan khabar. Jangan terlalu berkira tentang wang ringgit untuk menghubungi mereka. Anggaplah, setiap kali kita menghubungi mereka, mungkin boleh jadi itulah kali terakhir kita akan mendengar suara mereka. 


Wahai teman, ingatlah, kejayaan kita ini memang hasil usaha kita. Tapi, tanpa doa dari kedua ibu bapa kita, percayalah kita tidak akan menjadi seperti hari ini. Hargai lah kedua ibubapa kita. Doakanlah mereka selalu. Sayangilah mereka lebih dari segala-galanya, nescaya hidup kita akan lebih bermakna dan bahagia. 


Buat mak & ayah yang tercinta, anakandamu ingin memohon maaf salah dan silap dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sekiranya pernah mengguris hati kalian berdua sepanjang 24 tahun ini. Sesungguhnya, kalian adalah mak & ayah yang paling terbaek dalam hidup ini. Terima kasih kerana mendidik diriku menjadi seperti hari ini. 


You're the best thing that I had in my life for ever. 






Ikhlas dari anakmu.


March 23, 2011

Around da' Corner

Assalammualaikum.

FYP proposal presentation is coming around.... Yuhuuuuuuuu ~
Wah wah, happy sangat ko nih isma...
Macam dah ready je bunyiknye?? :P
Eh eh, belum lagi ready okeyyyy....
Sangat tertekan, tertekan dengan minggu-minggu terakhir sebelum habis semester. 
Sebelum nak focus final exam, banyak benda need to be done before APRIL.
Pening kepala makkkkkkk, nyah! 

Buat teman seperjuangan, selamat berjuang mati-matian untuk semester ini dan semester depan! caiyokkkk ;)

Dan yang penting, jangan sesekali kita lupakan DIA. Kerna DIA masih memberi kesempatan untuk kita bernafas sehingga ke saat ini. Dekatkanlah diri kita kepada-Nya kerna DIA sentiasa mendengar setiap luahan hati kita. 

Buat mak dan ayah, terima kasih atas segalanya. MISS HoME :((
Buat awak, terima kasih kerna sangat memahami diri ini.... :)
Buat sahabat, terima kasih kerna menceriakan hari-hari ku. tanpa kalian, kehidupan ini tiada makna.



March 15, 2011

Sedetik berlalu..

Waktu tetap berputar setiap detik. Sedikit pun tidak pernah menunggu kita. Hanya manusia sahaja yang menunggu waktu. Kadang-kadang ada yang mahu segera dipercepatkan waktu ke hari-hari tertentu dan kadang-kadang ada yang ingin putar kembali ke zaman lalu kerana rindu pada zaman ketika itu.

Bagi saat yang gembira, pasti terasa ingin ulang kembali saat-saat yang gembira itu lagi dan lagi. Bagi yang saat yang sedih, pasti tak mahu di ingatkan kembali. Bagi saat kehilangan, bagaimana pula ye? Mungkin akan cuba untuk lebih menghargai saat-saat bersama ketika hayatnya. Lumrah manusia.

Best moment to remember
Saya amek picture ni (:




 Miss Syafnidar with us~





Kami disini akan meneruskan perjuangan tanpa dirimu wahai teman.

Semadilah engkau di sana dengan tenang...

Kini, sudah tidak sama seperti dulu.

Pengalaman bermakna ini mengajar aku tentang erti kehidupan sebenar.



"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" - [6:32]

March 8, 2011

Hari pertama ...

Hari pertama ku jejak ke kelas... terasa kelainan... Kelainan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata... Semalaman tidur ku resah... Sangat lain rasanya bila kehilangan teman yang kira ku kenali sudah genap 2 tahun lebih..


Dan ku sedar, ini semua adalah ujian dari Allah kepada hamba-Nya. Kehilangan seorang sahabat dalam sekelip mata, memang satu berita yang sangat mengejutkan aku dan teman-teman yang lain. Mana tidak, pagi bertemu di kelas. Bersembang bergelak tawa. Dan malam, dia sudah tiada. Tiada di dunia buat selama-lamanya..... Dan kini aku lebih sedar, bahawa kematian sangat hampir dengan kita. Tak kira kita berada dimana sekalipun. 

Buat kawan-kawan yang lain, kuatkan semangat. Perjuangan harus diteruskan. Kita harus redha akan pemergiaan arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Ta'ala dan ditempatkan di kalangan para solihin. Buat teman yang sudah tiada, sedarilah dikau wahai teman... walaupun kita baru dua tahun saling mengenali, kehilangan dirimu cukup terasa. Kehilangan ini telah memberi pengajaran dan kesedaran pada diri ini tentang janji Allah pada hamba-hamba Nya bahawa kematian itu tidak akan cepat dan tidak akan lewat walaupun sesaat. Dan Allah lebih menyayangi diri mu wahai sahabat ku..

Sungguh... ku akui, aku lemah tatkala menulis entry ini. Aku sentiasa meminta pada Nya agar menjauhkan diriku dari kelalaian duniawi. Aku sudah banyak terleka. Dan aku sedar kembali. Mungkinkah aku akan terleka lagi.. benteng keimanan ku masih rapuh ya Allah. Kuatkan imanku dari godaan duniawi ;(


Selendang merah... akan ku ingat sampai bila-bila..


Genap seminggu..... Cepatnya masa berlalu. 

March 5, 2011

Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman

Hanya Tinggal Kenangan

Buat temanku.... 

Kau lah sahabat... Kau jua lah teman...
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana Takdir Yang Maha Esa telah menetapkan...
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan..
Kau sahabatku...Kau teman sejati...
Tulus ikhlasmu...
Luhur budimu bagai tiada pengganti..
Senyum tawa mu juga kata mu menghiburkan hati
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku... Kau teman sejati...

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu...
Di saat kau masih diperlukan...
Tuhan lebih menyayang dirimu...
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa...

Ya Allah...
Tempatkannya di tempat yang mulia...
Tempat yang Dikau janjikan nikmat hamba Mu...
Sahabatku,
Akan ku teruskan perjuangan ini..
Walau ku tahu kau tiada di sisi...
Perjuangan kita masih beribu batu...
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan...
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau...
Bagai semalam kau bersama kami...

Moga amanlah dan bahagia dikau disana..
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan..
Moga di sana kau bersama para solihin..
Kau sahabatku... Kau teman sejati..










Al-Fatihah buat Allahyarhamah Umi Khalsum binti Abdul Majid yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2/03/2011.. Semoga dikau di tempatkan di kalangan orang yang beriman. we will MISS u 4EVER umi... ;(( 





Saya Nak Upah (wat muka chomel..)