Followers

April 24, 2011

Exam is coming around. Belum study apa-apa lagi setakat ni. Haihhh -_- Terasa teruk sangat time arrangement aku semester nie. Fokus lebih sangat kat final year project. Hopefully, dapatlah keputusan yang baik untuk subjek nie. Dan dan dan, untuk subjek yang laen jugak kalau boleh, InsyaAllah. Presentation final year project proposal dah pun berakhir pada 21th April 2011. Woww, kenangan tuh! First time present depan public. Selalu present depan kawan-kawan dalam kelas je. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Sekarang ni, fokus hanya untuk CISCO final online pada 26th April, continue 1st paper - ENT600 (Technopreneurship) will be on 28hb April. Next, 03rd May ada dua paper - Electronic Commerce dan Computer Architecture. Dan, malam tu balik Klang! YEAY!!! Eh, paper belum habis lagi. Will be continue on 10th May, last paper - Switching Technology. Balik rumah nak release tension otak puas-puas. Naik cuti terus start praktikal on 12th May until 3rd July. Only 2 months, kalau boleh tak mahu ada penambahan tarikh! Good Luck to ols =)

April 7, 2011

MAAF

Maaf kawan.
Aku dah biar kau terus jahat.
Aku dah biar kau semakin jauh.
Aku dah biar kau terus berdosa.
Aku dah biar kau tercontengcomot.
Aku dah biar keluarga kau bersedih dengan kau yang sekarang.
Aku tak punya kuat itu untuk tegur kau.
Aku takut hilang kau.
Tapi takut aku dah buat kau terus hanyut dalam dunia kau sendiri.
Adakah kerana aku kurang sayang kau.
Maaf kawan.

April 6, 2011

ALASAN

kadang orang buat baik depan kau.
tukar.
selalu nya orang buat baik depan kau.
tapi kau masih tak baikbaik.
tapi kau masih jahatjahat.
adakah kerana salah nya mereka tak ajak kau untuk buat baik.
@kerana salah nya kau tak minta mereka untuk ajak kau buat baik.
@kerana salah nya diri kau sendiri sebab kau yang tak nak ikut mereka buat baik.
@kerana balikbalik kau masih nak salah kan syaitan yang selalu goda kau.
@kerana balikbalik kau masih nak salah kan keluarga@family@kawankawan@guruguru@masyarakat@suasana.
@ semua tu hanya lah sebagai alasan

April 1, 2011

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

Assalammualaikum.

Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan kita. Dan, ia mengajar kita erti SYUKUR! Tak semua orang akan mengalami pengalaman yang sama dengan kita. So, apa salahnya kita melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang mengalami pengalaman itu. Kerana, setiap pengalaman itu akan kekal abadi dalam ingatan kita sehingga ke akhir hayat. Tidak kira lah pengalaman itu adalah pengalaman yang manis atau sebaliknya. Sesungguhnya setiap pengalaman itu akan mengingatkan kita kepada kenangan itu. Ya, ia manis sekali. Sangat manis untuk dikenangkan. Mungkin juga pengalaman itu sangat pahit untuk dilupakan. Terus kekal di sanubari. 

Second time aku mengalami pengalaman banjir. Walaupun aku bukanlah antara mangsa banjir, tapi aku dapat melihat dengan mata sendiri keadaan banjir yang sebenar dan yang penting, aku juga melaluinya sikit-sikit. Selalu bila kita tengok depan TV, 'feel' tuh tak akan sama dengan yang berlaku depan mata. Keinsafan dan ketakutan itu akan berbeza sama sekali. Kejadian alam yang kerap berlaku sekarang ini mungkin boleh jadi juga amaran dari Allah. Sampai aku rasa dunia sekarang ini seolah-olah sudah tidak selamat lagi. 

UiTM CUTI BANJIR!


On the way hantar member kat Bus Stand Kangar

Depan stesen minyak SHELL

Kedai Ah Beng pun tenggelam...


Pengalaman kehilangan kawan sekelip mata sangat mengajar aku tentang kekuasaan Allah Taala. Kealpaan, kelekaan dan kelalaian dunia yang sering kali manusia kejar tidak membawa erti apa-apa. Itu PASTI! Kita sahaja yang tidak akan pernah tahu hari kematian kita. Tinggalkan lah kelalaian dunia sedikit demi sedikit. Tolong ingatkan aku tatkala aku ALPA! Hanya ini saja menjadi kenangan terakhir di dalam phone yang diambil ketika aku berada di tempat kejadian.

Hanya tinggal kenangan ;(


Pengalaman usia bertambah dari tahun ke tahun. Hee ~ Apakah?? Eh, bukan dikira satu pengalaman ke pertambahan usia nih? Hargai usia anda. Hargai perubahan wajah anda =) Hargai pertambahan kawan-kawan disekeliling anda. Hargai ibu dan bapa anda yang setia membantu anda dari segi wang ringgit sehingga kini.. Hargai ibu anda yang masih memasak untuk anda setiap kali anda balik pulang bercuti di rumah. Hargai pasangan anda yang sanggup meminjam telinga mendengar celoteh anda walaupun mungkin kadang-kadang dia bosan. Hehehe...

Dah 24 TAHUN :)


.:: Derma Darah 2nd time ::.


SEKIAN ;)

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)