Hi guys! Lagi cerita tentang 'kematian' yang aku baca hari ini. Korang mesti baca kan paper hari ni. Tentang kemalangan ngeri yang mengorbankan 4 orang serentak selepas 3 jam majlis akad nikahnya dilangsungkan. Sangat sedih bila aku baca berita ni sebab sepatutnya majlis ini adalah saat yang membahagiakan bagi kedua-dua pengantin baru tetapi sebaliknya yang berlaku. Apa yang difahamkan, cinta mereka ini telah berputik sejak diorang menuntut di MRSM Berseri lagi sebelum diorang mengambil keputusan untuk berkahwin selepas pihak lelaki tamat pengajian di United Kingdom. Pada usia 23 tahun dah sudah menamatkan pengajian dan semestinya lelaki ini tergolong dalam orang-orang yang berjaya kan? Dan apa yang aku tahu, isteri yang dinikahinya juga sedang menuntut di Australia dan masih ada setahun lagi sebelum menamatkan pengajian. Dalam kemalangan ngeri yang berlaki di Kilometer 7, Jalan Kangar - Padang Besar telah mengorbankan 4 orang iaitu pengantin lelaki - Mohd Ariff Ab Kadir,23 - kedua ibu bapa Mohd Ariff, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dan rakan karib Ariff, Mohd Farhan Musa.
Abang mangsa sedang ditenangkan kerana terkejut dengan kemalangan ngeri yang menimpa ahli keluarganya.
Dan apa yang diberitahu, arwah Mohd Ariff yang baru menamatkan pengajian di United Kingdom akan memulakan tugasnya sebagai pensyarah di UiTM Arau, Perlis. OMG! Mungkin juga dia akan menjadi salah satu lecturer aku. Siapa tahu kan? Tetapi, itu semua sudah ditentukan Allah Taala. Mungkin apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Kita sebagai manusia biasa tidak sepatutnya menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku ini adalah satu ujian Allah kepada hamba-Nya. Percayalah, aku juga seorang manusia yang lemah dan aku juga tidak pasti samada dugaan sebegini aku mampu menghadapinya atau tidak sekiranya ia berlaku pada diri ku. Tapi aku pernah baca satu buku keagamaan yang mengatakan bahawa Tuhan tidak akan menguji hamba-hambanya dengan dugaan yang tidak mampu dipikul oleh hamba Nya.
Walaupun aku tidak mengenali mereka, tetapi sebagai saudara seIslam aku sangat sedih dengan keadaan yang menimpa mereka. Memang ajal dan maut di tangan Allah. Apabila sudah sampai ajal kita, tidak akan cepat dan tidak akan lambat walaupun sesaat. Ajal tetap akan datang menjemput kita.
Aku kembali teringat arwah Makngah dan atok Ahmad. Sehingga kini, aku masih terkilan sebab tidak dapat melihat wajah arwah Makngah buat kali terakhir. Sangat terkilan sebab aku amat menyayangi arwah Makngah dan aku juga tahu ayah aku pun amat menyayangi arwah adiknya. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu dan kini dah 4 tahun berlalu.. Aku masih rindukan arwah Makngah..Ya Allah, kau tempatkan arwah Makngah dan atok di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Takziah buat ahli keluargaku jiranku yang kehilangan nenda terchenta. Al-Fatihah.

No comments:
Post a Comment