Followers

December 9, 2009

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini ada budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu merupakan satu perkara yang wajib dalam kehidupan seharian kita, maka cara makan juga merupakan sebagai satu budaya. Setiap bangsa ada budaya mereka tersendiri. Contohnya orang Cina menggunakan 'chopstick' dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Pernah tak kita terfikir kenapa budaya makan kita berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing? Mesti ada sebab tertentu bukan kenapa mereka mengamalkan cara itu. Sebagaimana yang diketahui, orang Melayu kan biasannya makan menggunakan tangan kanan. Jadi, apakah rasional nya orang Melayu memilih makan dengan menggunakan tangan? Bukan sudu dan garfu, bukan juga chopstick. Soalan ini telah dijawab dengan mudah di akhir abd ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. 


Ceritanya begini.. Pada suatu hari, Tengku Kudin telah dijemput oleh Resident British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah beliau. Ketika itu, semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadap hidangan. Dengan tiba-tiba, Tengku Kudin bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain yang semuanya menggunakan sudu dan garfu, Tengku Kudin dengan selamba menyuap makanan ke mulut dengan tangannya. 


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk disisinya, wanita itu lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?" Dengan selamba, Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Nak tahu apa yang dijawab oleh Tengku Kudin? 


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya ada tiga sebab: Pertama, saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. Dan ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih sebab ia tidak pernah jatuh dalam longkang!" 


Mungkin ada logiknya bukan jawapan yang diberi oleh Tengku Kudin. Moralnya disini, kita jangan cepat memandang negatif dengan perilaku orang lain yang berlainan adab dan budaya yang berlainan dengan kita.

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)