Assalammualaikum.
Saja ingin berbicara tentang masalah wajah. Gilo ke apo si Isma ni tengah pagi buto ni duk post entry pasal nak rawat-rawat wajah pulak kan? hehehe... Penat aku menghadap FYP research, sampai dah nak termuntah dah. Ececeyyy, macam banyak pulak la kan aku study? Baru start hari ni kowt. Adoyaiii ~ Hmmm, tinggal lagi 4 hari lagi aku nak balik Arau. At least, kena lah start buat jugak kan even hati berat nak menghadap ke semua journal-journal ni. Rasakan kau bahang jadi student final year. Banyak benda yang kau kena korbankan. Sob2x ;(
Ha.. back to my entry.Hmmm... korang ada masalah tak pada kulit wajah? Masalah macamana nak mengecilkan liang roma? Masalah jerawat? Ouh, aku mengalaminya. Tapi, alhamdullillah, sekarang jerawat dah tiada. Nak kata langsung tak ada tu tipulah kan. Kadang-kadang naik jugak lah tapi boleh di jangka waktu nak keluar jerawat tuh. Contohnya, bila stress sangat dan bila hormon tak stabil. Sekarang, masalah yang ingin dikurangkan ialah untuk mengecilkan liang roma di wajah. Iyelah, perempuan mana yang tak mahu cantik kan? For me, bukan lah nak cantik semata-mata. Tapi nak mendapatkan kulit yang bersih dan sihat. Sebab pada aku, bila dah mengalami masalah jerawat macam ni, proses untuk sembuhkan kulit memakan waktu yang panjang. Tapi masih bersyukur sebab tak mengalami jerawat yang serius macam jerawat batu. Haishhh, mengalami masalah jerawat tak batu pun hati manyak runsing wooo ~
Sebab terlalu rajin hari ini, aku saja membaca petua-petua kecantikan yang lebih spesifik pada penjagaan wajah. So far, penjagaan wajah memang paling utama perlu dititikberatkan :) Bukan nak kata selama ini aku tak titikberatkan, cuma biasa-biasa aja. Dah banyak sangat produk cuba tapi hasilnya takdelah seperti yang di canang-canangkan. Semuanya hampeh..
Tapi,sekarang alhamdulillah. Since aku guna TIA AMELIA. Ceyy, nak highlight besaw-besaw bagi kome nampak. (Aii, keluar loghat perak plak!) dan setiap malam pakai Simple Light Moisturizer. Agak berkesan dan aku dah promot pada kawan serumet dan bila dia pakai produk ni, dia pun nampak perubahan pada kulit wajah dia. Okeyyy, boleh tersenyum setelah menggunakannya. InsyaAllah.
Ha... actually aku try dengan set promotion. Harga waktu tu kalau tak silap RM23.90. Boleh didapati di Watson atau Guardian. Kalau beli set promotion, ada pencuci, penyegar dan pelembap. Saving cket duit korang kalau beli set promotion ni. Yelah, mestilah nak kena cuba dulu. Kalau dua tiga minggu ada perubahan, baru beli yang botol besar. Pencuci muka dia aku tak pakai dan ganti dengan Tia Amelia. Sebab bila cuci muka dengan Tia, after basuh muka tu rasa bersih sangat dan kulit muka akan tegang. Sesetengah orang kata dia tak sesuai pakai Tia sebab nanti kulit diorang akan tegang sangat dan rasa sakit pada kulit wajah. So, bagi sesiapa ada masalah kulit wajah atau sekarang ini sedang runsing nak cuba produk apa, boleh lah try produk Simple ni. Tak mahal pun, korang mesti mampu beli. Only RM23.90 ;)
Kalau tak, cuba lah benda yang paling menjimatkan dengan menepek bedak sejuk. Hehehe... bedak sejuk ni salah satu cara nak mengurangkan jerawat jugak. Selain tu, hasilnya kulit korang akan lebih cerah dan halus. Tapi bedak sejuk ni orang kata kena pakai berterusan. Perubahan yang korang inginkan tu tak akan nampak dalam seminggu dua. Mungkin berbulan-bulan dan mungkin juga memakan masa bertahun-tahun. Patutlah tak ada perubahan pada wajah aku sebab aku pakai seminggu dua pastu stop panjang. Ikut mood pulak tuh bila rajin nak pakai, aku pakai. Bila malas, langsung tak usik bekas bedak sejuk tu. Bukan apa, dulu masa duk hostel... toilet jauh sangat nak cuci muka. Sekarang dah duk rumah sewa, bukan alasan toilet, tapi habuk-habuk bedak sejuk bila dah kering tu nanti melekat kat sarung bantal. huhu... Tu yang terasa leceh bila pakai bedak sejuk.
Okeyyy, bedak sejuk ini yang dimaksudkan. Mungkin ada jenis yang lain, tapi if tanya aku bedak sejuk mana yang aku tahu.. yang bekas macamni la bentuk yang aku rasa paling familiar. Actually, banyak petua yang boleh diamalkan. Rajin dengan tak rajin nak buat je masalah nya. Ada orang kata nak mengecilkan liang roma kita boleh letakkan ais pada wajah sebelum pakai make-up. Haa... rasanya petua ni ada betulnya sebabnya mak andam akan buat macamni pada pengantin. Al-maklumlah, pengantin mestilah kena maintain make-up sampai berjam-jam kan. Boleh try di rumah. Ambil ketulan ais yang kecil-kecil dan balut dengan apa-apa kain tuala dan tekap la pada muka anda.
Cara lain yang ingin dikongsi?? Hmmm... boleh jugak pakai madu. Tapi, nak beli madu yang original tu mahal jugak kan? Kalau tak silap la.. Sesiapa yang ingin mencuba dan ada hasilnya, boleh berkongsi :) Ini dah kira macam bukan mengecilkan liang roma, tapi dah masuk petua menghilangkan parut jerawat. Petua lain yang aku rasa berkesan ialah dengan menggunakan kulit kayu manis. Kulit kayu manis ni kena tumbuk sampai jadi serbuk dan kemudian letak sedikit air. Pastu, tepek kat yang ada parut jerawat tu. Kalau boleh, gunakan sekerap yang mungkin. Tapi tapi tapi, pedih sikit lah bila pakai tu. Bagi sesiapa yang tak tahan, sila jangan cuba ok! Ha, bagi sesiapa yang tak tahu rupe bentuk kulit kayu manis ni, macamni lah bentuknya..
Bersungguh jugak kan aku menaip entry kali ni. Huhu ~ Eksaited plak sebab nak berkongsi petua la katakan. Ngeh ngehh.. Pasni, leh wat tentang penggunaan foundation. Aku ni tak berapa nak suka make-up sangat. Tapi at least after pakai toner, memang tepek foundation. Sebabnya tak naklah bagi nampak muka tak mandi sangat kan. Eh eh, mandi setiap pagi okeyyy tapi tak nak lah nampak muka tak mandi sangat tuhhh :P dan semestinya sebab nak menyamarkan noda di wajah.. itulah tujuan utama nya. Tapi, memang foundation diciptakan untuk menyamarkan noda di wajah bukan?
Tangan dah penat menaip. Next, will be continue. tatatititutu





2 comments:
waa da pkai tia amelia... dia bole sekatakan kulit muka tak ma? boleh putihkn muka tapi nnt tak ke muka putih dr tangan.huhu
hehe... Tia Amelia aku pakai pencuci muka je. Pakai Tia putihkan muka ke? Sbb bila pakai muka rasa bebas dari minyak n fresh. aku pakai x makin putih tapi pakai moisturizer Simple tu muka cerah cket la.. lai lai try produk simple tu =)
Post a Comment