Assalammualaikum.
Hari ini saya nak share tentang satu Surah yang amat pendek untuk dibaca dan yang penting sekali amat mudah untuk dihafal, iaitu Surah Al-Kautsar. Mari kita sama-sama baca surah ini...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Mari kita kenali dulu asal-usul Surah Al-Kautsar. Di mana surah ini adalah surah yang paling pendek, hanya mengandungi tiga ayat dan diturunkan di Mekah.
Korang tahu tak apa maksud disebalik surah ini?
Hmmm... Ini yang ingin dikongsi bersama dengan anda. Surah ini bermaksud sungai di syurga, dimana sungai ini tercipta dari batu permata nan indah dan cantik =)
Rasanya lebih manis dari MADU
Warnanya lebih putih dari SUSU
&
Lebih wangi dari KASTURI
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana surah ini diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya, Nabi Ibrahim a.s dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Macam-macam khasiat yang terkandung dalam surah ini dan boleh kita amalkan :)
----------------------------------
# Baca lah surah ini ketika hujan dan berdoa apa yang dihajati, mudah-mudahan Allah Taala akan makbulkan doa-doa anda.
# Jika kita dalam keadaan kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilanglah dahaga.
# Jika anda sering sakit mata seperti mata kerap berair, gatal-gatal, bengkak... sapukan air mawar yang sudah dibacakan dengan surah ini sebanyak sepuluh kali pada mata anda.
# Jika rumah anda terkena sihir, baca surah ini sebanyak sepuluh kali. Mudah-mudahan Allah Taala akan bagi ilham atau petunjuk pada kita dimana letaknya sihir itu.
# Jika anda membacanya seribu kali, insyaAllah rezeki anda akan bertambah.
# Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
# Dan bagi orang yang teraniaya, sekiranya anda membaca sebanyak tujuh puluh satu kali, Allah Taala akan memberi petunjuk kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.
----------------------------------
Perkara yang baik, kita sebar-sebarkanlah ya kawan-kawan.
Saya ingin berhijrah.... ke dunia yang lebih tenang =)
No comments:
Post a Comment