Followers

February 2, 2011

Mari Bersangka Baik Sesama Manusia

Assalammualaikum.

Haaa... mesti pelik bukan sampai dua kali aku meng'update' blog. well.. well.. well.. Mengisi masa lapang walaupun hakikatnya takde lah lapang mana pun. 

Tadi terbaca artikel ini. Saja ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita sentiasa bersangka baik sesama manusia. (~ Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ~)


Kenapa ye kita perlu bersangka baik sesama insan? Sebabnya, ini lah cara kita menunjukkan diri kita seorang yang sentiasa berfikiran positif. Yang penting sekali, dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan hasad dengki mahupun dendam dengan orang lain :) dan hasilnya, hati kita akan bahagia. 





Sekiranya anda bertemu dengan seseorang, anda harus yakin bahawa dia lebih baik dari anda. Bicaralah dalam hati anda, "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari ku."

Sekiranya anda bertemu anak kecil atau baby, maka bicaralah dalam hati anda bahawa "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku...."

Sekiranya anda bertemu dengan orang yang lebih tua, maka ucapkanlah dalam hati anda bahawa " Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dari ku..."

Sekiranya anda bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka bicaralah dalam hati anda.. " Orang ini memperolehi kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dari ku......"

Sekiranya anda  bertemy dengan seseorang yang kurang berilmu @ tidak pandai, maka berkatalah dalam hati anda.. " Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu, sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik dari ku... "

Dan sekiranya anda bertemu dengan orang kafir @ orang bukan Islam, maka katakanlah dalam hati anda "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia mendapat hidayah dari Allah lalu memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usiaku diriku kufur dan berbuat kejahatan. Tentu dia lebih dari ku..."






No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)