Perasaan ingin meng'update' entry kali ini adalah kerana saja suka-suka. Cerita Soffiya sudah habis kelmarin dan kini ada slot drama baru: Kisah Dhia lakonan Nora Danish. Kadang-kadang layan drama ni memang best lagi-lagi bila menonton bersama family mahupun kawan-kawan. Sekarang drama yang aku follow up ialah Drama Lestary: Cinta Elysa lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif (dalam cerita Juvana dia lebih fofular dengan nama BOTAK). OK. Bukan nak sentuh pasal Fasha Sandha, sebaliknya nak cerita pasala Johan Arif. HAHA... Nampak tak ada unsur ke'GATAL'an di situ. Tak paham? Erkk... tak pe. Kita abaikan. Apa pendapat anda melihat lakonan Johan Arif ni? Rasanya dia macam pelapis pelakon lelaki yang boleh tahan hebat la lakonan dia. Sekali tengok macam Nabil Raja Lawak pun ada. Dua kali tengok, macam Zul Huzaimy. Tiga kali tengok, ye lah macam Johan Arif plak =)
Ini adalah Johan Arif Asari
(sumber: Google)
Bagi sesiapa yang tak kenal, ini Zul Huzaimy.
(sumber: Google)
Drama ni pun belum habis lagi. So, nanti dah habis baru akan dikomenkan.
Cerita mengenai kehidupan sekarang, alhamdulillah so far baik-baik saja. Sekarang sedang bercuti di rumah bersama keluarga tercinta. Semakin dewasa kini semakin ingin lebih dekat bersama keluarga. Zaman muda dulu jiwa ini lebih terdorong kepada mencari kawan-kawan yang boleh sama-sama enjoy. Sekarang tidak lagi. Jiwa lebih kepada ingin meluangkan masa bersama keluarga. Pengalaman banyak mengajar sebenarnya serta diikuti faktor usia. Kadang-kadang berkali-kali cuba memperingatkan diri bahawa kita di dunia ini hanya sementara. Bila makin dewasa ini, kadang-kadang otak saya jadi bingung sekejap. Dulu saya masih dapat melihatnya, sekarang semuanya tidak lagi. Terpisah dua alam yang sangat berbeza. Kadang saya meminta untuk didatangi sahabat yang dapat memberi saya semangat. Saya tidak pandai berdakwah tapi cukuplah perubahan dari segi pemakaian, percakapan dan pergaulan yang sopan. Bila melihat orang yang baik-baik dari segi pemakaian, percakapan serta pergaulan mereka, saya jatuh hati tidak kira dia adalah seorang wanita atau lelaki. Anugerah Allah itu indah bukan? Dia memberi kita pelbagai nikmat. Dia hanya nak hamba-Nya taat dan patuh pada suruhan-Nya.
Memang hidup ini perlu ada matlamat. Kita perlu merancang kehidupan kita bila mana usia kita mencecah 30an, 40an dan seterusnya. Terima kasih Ya Allah kerana kau masih memberi aku peluang untuk bernafas sehingga ke saat ini.


1 comment:
'nikmatilah cuti, sebelum ianya berakhir' =)
Post a Comment