Followers

November 25, 2011

Can't Sleep...

"Can't Sleep" pun boleh jadi Title kan?? Al-maklum lah ni namanya ada hati nak buat belog tapi kekurangan idea. Eh eh, bukan kekurangan idea sebenarnya lebih kepada kemalasan diri yang melanda tanpa diragui lagi. Cepatnya masa berlalu... Bulan demi bulan, sekarang dah bakal nak masuk bulan Disember. Cepat sungguh masa berlalu. Bila imbas kenangan lama, dah 9 bulan pemergiaan arwah. Bila semakin dah nak habis belajar ni, rasa rindu tu bukan kemain lagi pada kenangan. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita semua akan meninggalkan sesama kita untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Semoga persahabatan kita semua akan terus kekal. Tidak mungkin aku akan lupakan kenangan kita semua bersama. Yang pasti, kita semua pernah melalui kenangan yang paling tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Kehilangan arwah Umi membuatkan kita semua semakin akrab dan mengambil berat antara satu sama lain. Itu yang pasti!








Yup. Ini adalah kenangan kita bersama. 
Semoga ianya akan kekal terpahat di ingatan.
Dan amat benar sekali, beli tengok gambar ini aku merasakan badan aku dah makin mengembang. HaHaHa...
Ok, masa untuk menurunkan berat badan!!!


 


No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)