Followers

June 17, 2011

Result Dah Keluar

Assalammualaikum.

Agak dah lama tak update blog. Eh, bukan semalam dah update ke? Haha.. Lupa. Aku lupeeeeeeee aku update belog semalam :P

Firstly, aku teramat bersyukur - Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah diatas keputusan ini. Keputusan exam yang aku tempuh pada bulan yang lalu. Dan keputusan nya selamat aku perolehi melalui e-mel dari pihak UiTM. Bulan lalu aku lalui pada aku sangat kelam kabut. Saat-saat akhir fokus lebih sangat pada Final Year Project. Kadang-kadang dah sampai nak muntah hari-hari menghadap FYP. Seriusss weyhhh. Hmm.. dan semester lepas rasa masa sangat cepat berlalu. Masa cepat sangat berlalu since kejadian yang sangat aku tidak dapat lupakan seumur hidup aku. Iye.. kehilangan kawan dari dunia ini dalam sekelip mata. Dan selepas itu, masa berlalu terlalu pantas. Pejam celik pejam celik secara tak sengaja, bila duduk sama-sama ada yang bersuara - dah sebulan arwah takde. Semua pun akan teringat dan rindui saat yang dilalui sewaktu arwah ada. Kadang-kadang macam sukar untuk aku percaya yang dia sudah tiada. Tapi benar lah orang kata, lama-kelamaan orang yang meninggalkan dunia ini akan semakin dilupakan dek kesibukan kita di dunia ini. Sibuk yang bagaimana, hanya diri kita sahaja yang dapat menentukan. Kerana kesibukan kita semua tidak sama. -_-

Ya, berbalik kepada result yang aku terima pada hari ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Kadang-kadang aku rasa usaha aku tidak lah sungguh mana. Tapi, benar lah orang kata. Ilmu itu datang dari Nya. Kita selalu lah berdoa kepada Allah. Dan yakin dengan doa kita. Di sini, ingin aku lahirkan perasaan terima kasih di atas pertolongan kawan-kawan yang banyak membantu, kepada mak dan ayah, terima kasih kerana mendoakan kejayaan anakmu ini dari kejauhan =) 

Ouh, sebelum aku terlupa. Bulan ini adalah Hari Bapa. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa sedunia kepada ayah, abah, papa, walid di seluruh Malaysia. Dan ucapan ikhlas ini ingin aku tujukan buat ayah tercinta, Selamat Hari Bapa. Terima kasih kerana ayah banyak berkorban demi keluarga, dan memberi kesenangan kepada kami adik-beradik. Walaupun ayah pendiam, tapi zati akui ayah sangat tabah sejak kehilangan arwah abah ayah dan adik ayah - arwah makngah yang zati sangat rindui. Ayah menjalankan tanggungjawab ayah membantu adik-adik ayah - pak lang, pakcik Ghani dan Mak Su Midah sehingga kini. Untuk ayah, zati cuma nak nasihatkan ayah kena jaga kesihatan ayah sebab zati tak sanggup tengok ayah jatuh sakit. Memang zati akui ayah jarang jatuh sakit, tapi bila ayah jatuh sakit, zati rasa keseluruhan badan zati jadi lemah. zati akan fikir perkara yang bukan-bukan. kenapa ya lahir perasaan begitu? ya.. mungkin sebab ayah jarang jatuh sakit. dan, zati rasa zati banyak mengikut ayah. sebab zati pun jarang jatuh sakit. tapi, bila zati jatuh sakit, berminggu-minggu lamanya baru sembuh. Dan disebalik kesedihan yang ayah alami kehilangan arwah mak (nenek zati yang zati sendiri tak pernah jumpa) sejak berusia 18 tahun, Allah berikan kudrat kepada ayah untuk memikul tanggungjawab menjaga adik-adik ayah sehingga kini. zati sangat sayangkan ayah. Terima kasih kerana selalu menasihatkan zati tentang pentingnya ingat Allah, pentingnya pelajaran dalam hidup, pentingnya menabung dan menyimpan duit, penting nya untuk tidak belagak, pentingnya untuk jangan selalu ber-SMS sebab ayah selalu tegur perkara itu yang akan buat zati selalu leka, pentingnya untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki, pentingnya memberitahu nak kemana-mana sebelum keluar rumah, pentingnya balik awal ke rumah, pentingnya tidak keluar malam, pentingnya belajar memasak, pentingnya menjadi kakak yang bertanggungjawab kepada adik, dan pentingnya menjaga maruah diri bila bersama kawan lelaki. 


Ayah selalu cakap dekat zati sampai ke hari ini, kalau apa-apa pasal pelajaran, selagi ayah hidup, ayah sanggup keluarkan duit berapa banyak sekali pun, janji zati ada kemahuan hendak belajar. Kalau ayah takde duit sekalipun, ayah akan  carik juga duit sebab anak ayah nak belajar..... dan zati akan terdiam dan tak  akan lawan kata-kata ayah sepatah pun. Terima kasih ayah. Semua nasihat ayah zati belajar satu demi satu dan terima kasih untuk semua itu.


Sayu hati bila melihat semakin hari mak dan ayah semakin tua. zati sayangkan mak dan ayah.

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)