Followers

June 4, 2011

Cuti Rancang Rancang

Aduh. Belum buat keputusan lagi nak bercuti ke mana. Ingatkan nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Takpun ke Teluk Batik. Tapi, ayah ajak pergi ke Cameron Highlands. Hurmmm, sebab sekarang masing-masing bekerja dan adik aku sedang cuti sekolah tapi menghabiskan cuti di kampung selama seminggu di sana. So, hari untuk percutian bersama keluarga menjadi pendek sebab cuti sekolah akan dibuka minggu depan, dah tak boleh pergi bercuti hari biasa. Kalau pergi on weekdays, aku plak yang jadi masalah sebab sedang berpraktikal dan dalam syarat menjalani latihan praktikal, tak boleh cuti sesuka hati except kalau ada surat MC atau cuti sebab jatuh sakit. Alhamdulillah, setakat ni belum MC lagi. Dua bulan je pun. Sedaya upaya cuba untuk tidak mengambil MC sebab perlulah buat rekod baik sepanjang berpraktikal di sini. Bertahan Isma, bertahan, bertahan hanya dua bulan je lagi okeyyy ! Eh eh tak stress pun kerja kat sini. Best, company yang sangat sangat sangat fleksibel dan kawan-kawan pun alhamdulillah so far ok perangai tolak tambah lebih kurang macam aku jugak. Tapi diorang lebih talkative la dari aku sebab aku memang suka mendengar dari bercakap. Tapi bukanlah aku langsung tak bercakap. Cuma sebagai ahli baru aku lebih suka memerhati dari bersuara. 

Erm, percutian? Kali ini aku memilih untuk ke Cameron Highlands. Memang dah pernah ke sana tapi saja memilih untuk pergi sana lagi sebab cuti yang jatuh sabtu ahad sahaja membuatkan aku pilih destinasi ke situ sebab perjalanan pun tak makan masa yang lama dan boleh la tidur semalaman dan pulang keesokkan hari nya dan hari isnin kembali ke tempat kerja seperti biasa. wuuu ;(

Kebarangkalian untuk mengisi masa lapang pada Julai ini, ingat nak buat kerja partime. Kerja apa-apa pun boleh tapi dah kalau nak kerja yang dekat ngan rumah, senang nak ulang-alik, save minyak, dapat gaji riban riban sebulan dengan mengerah keringat sebanyak yang mungkin, woahh demi menggenggam berkepuk-kepuk duit aku sangguppppppp. *_* 

Tapi, masa untuk abadikan diri di rumah akan jadi limited sebab balik rumah dah konfem aku akan tidur sepuas-puasnya. HUH! Tapi, aku nak cari duwet ntuk belanja diri sendiri. Raya dah nak dekat kan, leh shopping baju ngan tudung murah-murah dan chantekk kat Jalan TAR bulan puasa nanti =) Kalau duwet PTPTN masuk bulan Julai ni, memang joli sakan la aku nanti. Harap-harap tak masuk awal sangat, sebab kalau masuk awal konfem duit tuh nanti akan mengalir macam air punyeee... Dalam kepala ni dah macam-macam fikir nak beli itu ini. YUP! Aku asyik nampak banyangan $$$$$$$$$$ sepanjang bulan depan. Serius, macam-macam kemahuan dalam kepala ni. Tapi, antara kena berkorban waktu la. Aku boleh bekerja part-time, tapi dah takde masa nak lah nak rehat sabtu ahad sebab kerja partime selalunya jadi cashier pun gaji dah atas lima ratus, janji saving duwet petrol dan yang penting  parking FREE. So, apa yang aku perlu fikir just duit untuk support perut. 

By the way, hari tu aku ke Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Dulu-dulu dah pernah pergi tapi dah lupa tempatnya. Bila pergi hari tuh dah ingat balik tapi dah jauh beza dari dulu. Best tempatnya. Kalau hendak ke sana, nasihat aku pakailah pakaian jogging sebab tempat tu adalah salah satu tempat yang agak berbaloi untuk mengeluarkan keringat. Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu keringat, keringat is peluh. Aktiviti bersukan ni memang aku minat, cuma dah lama meninggalkan dunia sukan dan kemalasan semakin menjadi, sukan dah makin jauh aku tinggalkan. Persekitaran dah berubah kan. Mungkin boleh nak kembali macam dulu, tapi terlalu banyak komitmen dan sedikit sebanyak aktiviti perlu dikurangkan sebab nak fokus kerja lain yang lebih penting. 

















Memang best. Tapi kalau pakai baju sukan, lagi best. Berpeluh sakan, rasa segar badan ^_^ Ada masa nanti boleh datang lagi.  


Have a nice day =)

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)