Just wanna share, satu video yang sangat menyentuh perasaan. Hargai lah ibu bapa kita selagi mereka masih disisi kita.
Ringkasan dari kisah ini:
Hakikat yang sebenar, seorang ibu pasti akan sunyi apabila anak-anak mereka jauh dari mereka. Jadi, sebagai seorang anak kita haruslah sentiasa menghubungi mereka agar mereka tahu yang kita juga mengingati mereka. Sekadar bertanyakan khabar. Jangan terlalu berkira tentang wang ringgit untuk menghubungi mereka. Anggaplah, setiap kali kita menghubungi mereka, mungkin boleh jadi itulah kali terakhir kita akan mendengar suara mereka.
Wahai teman, ingatlah, kejayaan kita ini memang hasil usaha kita. Tapi, tanpa doa dari kedua ibu bapa kita, percayalah kita tidak akan menjadi seperti hari ini. Hargai lah kedua ibubapa kita. Doakanlah mereka selalu. Sayangilah mereka lebih dari segala-galanya, nescaya hidup kita akan lebih bermakna dan bahagia.
Buat mak & ayah yang tercinta, anakandamu ingin memohon maaf salah dan silap dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sekiranya pernah mengguris hati kalian berdua sepanjang 24 tahun ini. Sesungguhnya, kalian adalah mak & ayah yang paling terbaek dalam hidup ini. Terima kasih kerana mendidik diriku menjadi seperti hari ini.
You're the best thing that I had in my life for ever.

Ikhlas dari anakmu.
No comments:
Post a Comment