Hari pertama ku jejak ke kelas... terasa kelainan... Kelainan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata... Semalaman tidur ku resah... Sangat lain rasanya bila kehilangan teman yang kira ku kenali sudah genap 2 tahun lebih..
Dan ku sedar, ini semua adalah ujian dari Allah kepada hamba-Nya. Kehilangan seorang sahabat dalam sekelip mata, memang satu berita yang sangat mengejutkan aku dan teman-teman yang lain. Mana tidak, pagi bertemu di kelas. Bersembang bergelak tawa. Dan malam, dia sudah tiada. Tiada di dunia buat selama-lamanya..... Dan kini aku lebih sedar, bahawa kematian sangat hampir dengan kita. Tak kira kita berada dimana sekalipun.
Buat kawan-kawan yang lain, kuatkan semangat. Perjuangan harus diteruskan. Kita harus redha akan pemergiaan arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Ta'ala dan ditempatkan di kalangan para solihin. Buat teman yang sudah tiada, sedarilah dikau wahai teman... walaupun kita baru dua tahun saling mengenali, kehilangan dirimu cukup terasa. Kehilangan ini telah memberi pengajaran dan kesedaran pada diri ini tentang janji Allah pada hamba-hamba Nya bahawa kematian itu tidak akan cepat dan tidak akan lewat walaupun sesaat. Dan Allah lebih menyayangi diri mu wahai sahabat ku..
Sungguh... ku akui, aku lemah tatkala menulis entry ini. Aku sentiasa meminta pada Nya agar menjauhkan diriku dari kelalaian duniawi. Aku sudah banyak terleka. Dan aku sedar kembali. Mungkinkah aku akan terleka lagi.. benteng keimanan ku masih rapuh ya Allah. Kuatkan imanku dari godaan duniawi ;(

1 comment:
alfatihah..semoga rohnya dicucuri yang Esa.kuatkan semangat ma
Post a Comment