Followers

January 1, 2013

Azam Tahun Baru 2013

Hi Diary. Hari ini aku telah kembali menceriakan dirimu setelah lama kau dipinggirkan. Cian ah kau diketepikan oleh tuanmu. 


Hoyey!! Tahun baru beb. Reality kita sekarang berada di tahun baru 2013. Pasti sana sini duk pasang azam baru. Kan Kan? At least satu dua mesti ada dalam list. Azam aku tahun ini mestilah pertama sekali nak improve work performance. Alhamdulillah, last month aku dapat dua berita gembira. First ialah dapat letter "Performance Bonus 2012" and the second letter "Salary Increment". Sepanjang aku kerja sini, sebenarnya takdelah panjang mana pun baru 8 bulan je aku kerja di sini. Aku tak sangka gaji aku dinaikkan secepat ini. Apapun, aku tetap bersyukur kerana kenaikan gaji ini sedikit sebanyak boleh la aku menyimpan sikit-sikit untuk masa depan jugak. Sebelum ni ada jugak menyimpan, tapi tah duit tu tetap mengalir macam air jugak la. 



Sekarang kena buat persiapan untuk majlis kami nanti. Memang sangat merunsingkan kepala weyh! Macam-macam nak buat dan macam-macam tu semua perlukan duit. Boleh botak kepala aku kalau cakap pasal duit ni. Hahaha. Mana ye aku boleh cari duit sampingan? Bisnes? Hurmm, minta maaflah ye skill memang takde dalam bab bisnes ni. Aku tak reti promote barang or semua lah. Biarlah aku hanya menjadi pengguna setia produk-produk tertentu yang berada di pasaran. Biarlah aku yang melariskan produk korang. Biarlah aku yang support bisnes korang.



Azam kedua aku ialah nak menurunkan berat badan. Hehehe. Mesti korang bosan lah dengar bab diet ni. Yelah merata cakap nak kurus balik, sebab dah gemok lah, takde masa nak work out la, takde masa nak gi Gym la. Pipi dah naik la. Lemak kat peha dah kumpul la. Macam-macam la.




Nanti sambung lagi :)

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)