Hi Blog,
Udah lama kita tidak ketemu. Barangkali engkau sudah lupa siapa aku. Kedatangan ku disini untuk kembali mencatat satu kenangan manis untuk dikenang-kenangkan.
1hb Disember 2012 - Alhamdulillah, majlis pertunangan yang telah dirancang beberapa bulan telah pun berjalan dengan lancar walaupun hujan seketika selepas majlis berlangsung. Disebabkan ini adalah kali pertama keluarga aku buat majlis, so banyak jugak kekurangan nya. Tapi, takpe. Kita belajar dari kesilapan. Kesilapan pun bukanlah yang besar-besar. Kesilapan yang kecil-kecil sahaja.
Tapi, biasalah manusia. Mencari kesempurnaan. Kita buat majlis selalunya nak meng'happy'kan tetamu yang hadir ke majlis. Sebagai contoh, aku takde kesempatan untuk bergambar dengan kedua-dua belah family. Sebabnya ayah dan mak terlalu sibuk melayan tetamu yang hadir. Yelah, terkilan jugak sebab majlis berlangsung sekali je, tapi aku faham ayah dan mak tak boleh melayan karenah aku sangat sebab tetamu pun perlu diutamakan. So, no picture kedua-dua belah pihak. Tapi, masih ada kenang-kenangan gambar ahli keluarga masing-masing. Lagipun baru majlis tunang. In sha Allah, bila dah sah nanti, akan ada picture kami sefamily dengan keluarga tunang sekali. Baru nampak big family :)
En. Tunang pun nampaknya gembira selepas apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Yelah, pengharapan kami berdua mestilah nak tengok majlis berlangsung seperti yang dirancang. So far, semua ok. Majlis rasmi pun dah selamat berlangsung. Betul lah jugak zaman sekarang ni anak muda bercinta 2-3 tahun, pastu bertunang and peringkat seterusnya. Tapi adat dulu, dari merisik baru bertunang, waktu bertunang baru la nak kenal isi hati pasangan masing-masing pastu terus majlis kahwin.
Teringat bila en.Tunang melamar nak jadikan isteri, tapi aku merasakan yang aku masih belum bersedia. Tapi dalam hati siapa lah yang tak gembira bila ada sang kumbang menyunting bunga. Kami pun dah kenal lebih 4 tahun. Tak sangka sehingga ke hari ini en.Tunang sudi menjadi teman setia.
Kami merancang untuk ikat selama lebih kurang setahun. Tarikh majlis nikah dan sanding pun dah dipilih oleh kedua-dua belah pihak. akan diumumkan kemudian. Apa yang aku harapkan agar hubungan kami berjalan baik, dipupuk atas dasar cinta dan kesetiaan tanpa jemu.
Sambung kendian lagi eh, nantok sudeyh..
No comments:
Post a Comment