Followers

May 16, 2011

Membebeli...

Assalammualai’kum…

Hai kawan-kawan. Dah lama aku tak menulis belog. Sekejap muncul Sekejap hilang. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Macam chipsmore la! HeHeHe.. well… Sekarang dah start praktikal. Praktikal di UiTM memang tak sama tempoh macam praktikal di Politeknik. Praktikal dari enam bulan terus dipendekkan menjadi dua bulan sahaja. Syiok kan dengar praktikal dalam waktu yang singkat macamni? Tapi, itulah payah nak dapat company yang hebat-hebat sebab diorang tak mahu ambil student praktikal yang menjalani praktikal kurang tempoh dari tiga bulan. Memang betul pun, dua bulan apa je yang dapat kau belajar tentang bidang yang kau ceburi? Masuk hari aku menulis belog untuk kali pertama setelah lama menyepikan diri, ini adalah hari ketiga aku menjalani praktikal di syarikat ini. Syiok jugak lah sebab company ini memang berkaitan dengan background systems, programming and sekurang-kurangnya aku dah nampak sikit-sikit macam mana diorang develop and apply program tu ke dalam systems or web tersebut. Best jugak tengok programmer khusyuk menaip script JAVA dan bila berjaya compile, wahaha, gembira tidak terkata. Itu time student memang yes yes yes. Bila dah bekerja, kena complete kan tugasan dan bila berjaya siap, boleh relax, pergi meja ke meja kacau programmer laen. Haa… best kan kerja yang focus dengan dunia sendiri dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Ye lah, bagi yang berjiwa network, pasti mereka memahami apa yang aku maksudkan. Kita ini membesar dengan jiwa network, berkomunikasi setiap hari dengan computer dan menjadi kekasih yang paling setia hanya untuk bersama-sama dengan computer. HeHeHe.. Hang rasa syiok ka? Pastilah kadang-kadang tuh tak best tapi nak buat camana, nak berkomunikasi dengan orang laen tu rasa berat mulut je dan memilih untuk mendiamkan diri lebih baik. Apa aku merepek disini sebenarnya?? Ok, hilang punca sebab elok-elok tengah study pasal switching dan sekarang aku menaip belog dan bersembang mengenai dunia kerjaya yang tidak pasti. Beransur pergi. 

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)