Followers

April 1, 2011

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

Assalammualaikum.

Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan kita. Dan, ia mengajar kita erti SYUKUR! Tak semua orang akan mengalami pengalaman yang sama dengan kita. So, apa salahnya kita melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang mengalami pengalaman itu. Kerana, setiap pengalaman itu akan kekal abadi dalam ingatan kita sehingga ke akhir hayat. Tidak kira lah pengalaman itu adalah pengalaman yang manis atau sebaliknya. Sesungguhnya setiap pengalaman itu akan mengingatkan kita kepada kenangan itu. Ya, ia manis sekali. Sangat manis untuk dikenangkan. Mungkin juga pengalaman itu sangat pahit untuk dilupakan. Terus kekal di sanubari. 

Second time aku mengalami pengalaman banjir. Walaupun aku bukanlah antara mangsa banjir, tapi aku dapat melihat dengan mata sendiri keadaan banjir yang sebenar dan yang penting, aku juga melaluinya sikit-sikit. Selalu bila kita tengok depan TV, 'feel' tuh tak akan sama dengan yang berlaku depan mata. Keinsafan dan ketakutan itu akan berbeza sama sekali. Kejadian alam yang kerap berlaku sekarang ini mungkin boleh jadi juga amaran dari Allah. Sampai aku rasa dunia sekarang ini seolah-olah sudah tidak selamat lagi. 

UiTM CUTI BANJIR!


On the way hantar member kat Bus Stand Kangar

Depan stesen minyak SHELL

Kedai Ah Beng pun tenggelam...


Pengalaman kehilangan kawan sekelip mata sangat mengajar aku tentang kekuasaan Allah Taala. Kealpaan, kelekaan dan kelalaian dunia yang sering kali manusia kejar tidak membawa erti apa-apa. Itu PASTI! Kita sahaja yang tidak akan pernah tahu hari kematian kita. Tinggalkan lah kelalaian dunia sedikit demi sedikit. Tolong ingatkan aku tatkala aku ALPA! Hanya ini saja menjadi kenangan terakhir di dalam phone yang diambil ketika aku berada di tempat kejadian.

Hanya tinggal kenangan ;(


Pengalaman usia bertambah dari tahun ke tahun. Hee ~ Apakah?? Eh, bukan dikira satu pengalaman ke pertambahan usia nih? Hargai usia anda. Hargai perubahan wajah anda =) Hargai pertambahan kawan-kawan disekeliling anda. Hargai ibu dan bapa anda yang setia membantu anda dari segi wang ringgit sehingga kini.. Hargai ibu anda yang masih memasak untuk anda setiap kali anda balik pulang bercuti di rumah. Hargai pasangan anda yang sanggup meminjam telinga mendengar celoteh anda walaupun mungkin kadang-kadang dia bosan. Hehehe...

Dah 24 TAHUN :)


.:: Derma Darah 2nd time ::.


SEKIAN ;)

No comments:

Saya Nak Upah (wat muka chomel..)